
Bagi mereka yang lahir sekitar tahun 80 dan awal 90-an, pastinya korang sangat mengenali suara ngilai dan susuk yang menakutkan yang sering menghiasi muka depan VCD pada suatu ketika dahulu. Siapa lagi kalau bukan Mak Lampir.

Walaupun kisah Mak Lampir ini berasal dari Indonesia namun ia cukup dekat bagi masyarakat Malaysia kerana penjualan VCD Mak Lampir pada ketika itu sangat memberangsangkan.
Namun, ada berita tidak baik untuk peminat Mak Lampir ini apabila beliau dikhabarkan sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir baru-baru ini pada usia 68 tahun.
Perkara itu dimaklumkan oleh cucunya, Ify Alyssa yang juga merupakan seorang penyanyi menerusi laman Instagram.

Mak Lampir atau nama sebenarnya, Farida Pasha juga merupakan pelakon popular di Indonesia. Pernah memegang watak dalam sinetron popular Misteri Gunung Merapi dilaporkan telah meninggal dunia disebabkan pandemik Covid-19.
Takziah kami ucapkan buat semua ahli keluarga Farida Pasha dan Al-fatihah buat pelakon ini.
Sumber : Kompas , Instagram Ify Alyssa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sharifah Fatma Nour Jamalullail Pilihan Nama Buat Puteri Sulung Da’i Syed & Hana Ismail

Pendakwah selebriti dan penyanyi, Da’i Syed tampil berkongsi nama cahaya mata sulung selepas isteri tercintanya yang juga personaliti media sosial, Hana Ismail selamat melahirkan melahirkan bayi mereka, pada 14 Ogos lalu.
Menerusi sebuah perkongsian di platform Instagram, Da’i Syed dilihat sedang mendukung anak perempuan bersama isteri yang berada di sampingnya.
Dalam pada itu, Da’i Syed menerusi ruangkan kapsyen memaklumkan mereka memberikan nama Sharifah Fatma Nour Jamalullail kepada anak perempuan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Hanya Sejam Sesi Taaruf, Da’i Syed Temui Cinta Sejati Dalam Diri Hana Ismail

“Alhamdulillah, we are finally a family of 3. Perkenalkan Sharifah Fatma Nour Jamalullail, dilahirkan pada 14 Ogos 2024 bersamaan 9 Safar 1446H,” katanya.
Pada masa yang sama, dia juga meluahkan rasa kesyukuran kerana Hana melahirkan bayi mereka dengan normal dengan tanpa komplikasi.
“Syukur pada Allah atas kelahiran puteri sulung kami, dan isteri saya bersalin secara normal. Mohon Doakan kebaikan buat keluarga kecil kami,” corernya lagi.

Pemerhatian Remaja mendapati, rata -rata pengikut dan rakan selebriti menzahirkan ucapan tahniah dan mendoakan yang baik-baik buat zuriat comel mereka.
Sekadar informasi, pasangan dua sejoli itu selamat diijab kabul dengan sekali lafaz di Masjid Mas’ud, Jalan Damai pada jam 11.43 pagi.
Da’i Syed dan Hana sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 16 November lepas. Namun momen tersebut tidak dihebahkan kepada mana-mana pihak luar termasuk penggiat media.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber & kredit foto: Instagram Da’i Syed
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lelaki Ini Ajar Guna Tabung Asingkan Duit Simpanan Cecah Hingga Ribuan Ringgit Setahun

Dah masuk tahun 2018 ni mesti macam-macam azam yang nak dicapai dengan semangat baru. Selain kurus, impian menabung pun menjadi salah satu azam popular setiap tahun.
Cuma, biasalah tak semua apa yang kita hajati tu terlaksana. Sebab apa? Diri sendiri yang tak mahu berusaha dan hanya hangat-hangat tahi ayam.
Walau bagaimanapun, mungkin ada segelintir daripada kita yang sebenarnya masih kurang tahu tentang bagaimana strategi atau cara mudah untuk menyimpan wang sendiri. Tak perlu nak melabur ke dalam bank, hanya guna tabung je pun dah boleh kumpul sehingga lebih kurang RM4,000 setahun.
Nak tahu macam mana caranya? Jom kita lihat bagaimana Eiyoi Amer ini berkongsi tip menabung di laman Facebooknya untuk memberikan inspirasi buat semua.
RM 5.00

Matlamat: Masukkan setiap kali ada RM5
Disiplin: Wajib (anggap RM5 tu tak ada nilai)
Jumlah tabung penuh: 3
Jumlah wang terkumpul: RM1490
RM 10.00

Matlamat: Masukkan jika RM 10 lebih empat keping dalam dompet
Disiplin: Wajib
Jumlah tabung penuh: 1
Jumlah wang terkumpul: RM820
RM 1.00

Matlamat: Masukkan setiap hari RM1 termasuk hari cuti
Disiplin: Wajib
Jumlah tabung penuh: 6
Jumlah wang terkumpul: RM800
RM 1.00 (Jika ada)

Matlamat: Masukkan RM 1 sebanyak mana yang ada
Disiplin: Jika ada
Jumlah tabung (tin) penuh: 1
Jumlah wang terkumpul: RM320


RM 5 = RM 1490.00
RM 10 = RM 820.00
RM 1 (Wajib) = RM 800.00
RM1 = RM 320.00
Syiling 10 sen – 20 sen = RM 81.00 (tiada dalam gambar)
Syiling 50 sen = RM 510.00 (tiada dalam gambar)
JUMLAH: RM 4021.00

Perkongsian ini bukanlah nak menunjuk-nunjuk atau bersikap riak. Sebaliknya, hanya nak memberikan inspirasi dan usaha ini perlu dilakukan secara berterusan. Barulah segala matlamat tercapai dan akhir tahun nanti, boleh la kira koleksi anda pula.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masya Allah! Tak Sangka Bunyi Mengiau Kucing Sebenarnya Bermaksud YA RAHIM @ Allah Maha Pengasih

Ramai yang tahu kucing merupakan binatang kesayangan Rasulullah SAW. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing diberi nama Mueeza. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi suka ialah Mueeza selalu mengiau ketika mendengar suara azan, seolah-olah seperti mengikuti alunan suara azan. Nabi berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan seperti mana menyayangi keluarga mereka sendiri.
Pernah juga Nabi mahu mengambil jubahnya dan Mueeza sedang tidur di atasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza daripada jubahnya supaya tidak menganggu Mueeza. Selepas Nabi pulang ke rumah, Mueeza terbangun dan pergi merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak tiga kali. Nabi menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. (sumber Utusan Malaysia).

Namun tentu ramai yang tertanya-tanya apa maksud di sebalik bunyi mengiau seekor kucing?. Binatang manja ini selain mahu mencari perhatian, ia biasanya lapar atau ingin bermanja.
Baca perkongsian seperti disyerkan oleh Amyatz di laman fbnya. Tak sangka, maksud di sebalik mengiau kucing membawa maksud Ya Rahim atau Allah maha mengasihani.
Tahukah anda…?
Kucing merupakan makhluk yang berkat. Mengapa? Kisah ini dipetik daripada kisah Badiuzzaman Said Nursi; seorang pejuang dan pemikir Islam Turki. Ketika beliau berseorangan di pondok, beliau hanya ditemani oleh 4 ekor kucing.
Terlintas di hatinya mengapa kucing dikatakan makhluk yang berkat sedangkan kucing kerjanya hanya bermain, makan dan tidur tidak seperti makhluk lain yang melakukan pekerjaan.
Pada malam itu, Badiuzzaman Said Nursi ingin tidur dan datang seekor kucing duduk di tepi bantalnya. Kemudian kucing itu menghampirkan mulutnya ke telinga Badiuzzaman Said Nursi lalu berzikir “YA RAHIM” berulang kali.
Pada awalnya beliau berkira ia hanya mimpi namun ia memang benar. Semakin lama beliau mendengar semakin jelas kucing-kucing ini mengiau dengan menyebut YA RAHIM dan ia berzikir dengan begitu fasih dan penuh kesedihan. Kucing-kucing ini seperti sedang merayu kepada TuhanNya yang bersifat Ar-Rahim.


Allahuakbar. Tanpa kita sedar inilah zikir dan munajat kucing setiap hari dan kerana inilah kucing adalah makhluk yang berkat di sisi Allah dan kucing tidak berzikir dengan nada haiwan sebaliknya ia berzikir dengan nada insan kerana ia hidup bergaul dengan manusia. Kucing sangat memerlukan belas kasihan daripada manusia.
Selepas kucing ini mendapat kasih sayang dan makanan daripada tuannya ia tidak berhenti mengucapkan syukur dan pasti ia akan berdoa untuk kebaikan dan kemurahan rezeki buat tuannya kerana tidak kedekut berkongsi rezeki dengan makhluk sepertinya. Dan adakah kita mengira doa daripada kucing ini tidak makbul? Ia pasti makbul kerana darjatnya tinggi di sisi Allah walau ia hanya seekor kucing.
Dan kucinglah haiwan kesayangan Rasulullah SAW. Jadi kwn-kawan, sayangilah kucing dan jangan pernah sesekali menzaliminya. Ketahuilah bahawa doa kucing berkekalan hingga ke akhirat untuk kita. Setidak- tidaknya mungkin dengan kita berlaku ihsan pada kucing, Allah SWT akan redha pada kita dan dapat menolong kita di akhirat kelak.
Hormat sapa yang sudi kongsi makanan dengan kucing.
#PatutlahRezekiTidakPutus
Wallahu a’lam…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

