“Mak, mata kita rasa sakit. Rasa seperti terkeluar,” kata Shahira.
Setiap hari, mulutnya tak pernah lekang dengan ayat tersebut. Dia hanya tahu menyebut perkataan sakit kerana matanya seperti mahu jatuh.
Bila dibawa ke hospital, doktor mengesahkan mata bengkak itu sebenarnya adalah tumor. Masa berlalu, dari usianya 11 tahun hingga kini mencecah 19 tahun, kansernya semakin merebak dan kini sudah semakin serius kerana matanya mulai keluar dari ruang.
Terkini, matanya sudah terbonjol keluar dan jika tidak dilindungi di sebalik cermin mata, kemungkinan kanak-kanak yang melihat akan berasa takut.
Matanya semakin terbonjol keluar akibat tumor
Inilah derita dialami oleh Nurshahira Junuh, 19 tahun dari Sungai Durian, Kuala Krai sejak 8 tahun lalu apabila tumornya semakin menekan saraf matanya.
Ads
Dalam seminggu, gadis remaja ini pasti akan demam dan tidak pernah sekalipun kuman itu tidak menyerang tubuhnya.
Akui gadis ini, mata kirinya acap terasa sakit dan seringkali juga dia pening sehingga tidak dapat bekerja. Mulai tahun lepas, mata saya tersembul keluar. Malah saya juga sudah tidak dapat melihat lagi,” katanya yang sudah menjalani pemeriksaan doktor.
Bercerita tentang penyakit dihadapinya sejak di sekolah rendah lagi gadis itu berkata, kini dia hanya tinggal di rumah menemani ibunya yang juga ibu tunggal setelah kematian bapanya 11 tahun lalu.
Ads
Menurutnya,penyakit itu juga juga melayakkan dia menerima kad Orang Kurang Upaya (OKU).
” Saya teringin sangat bekerja seperti orang lain selepas habis belajar tetapi masalah penglihatan menghadkan pergerakan saya yang perlu diteman untuk keluar rumah,” katanya di mana dia amat berharap agar dapat menjalani pembedahan dengan kadar segera serta kembali pulih seperti sedia kala.
Tidak hanya diuji dengan tumor di mata yang semakin serius, anak gadis ini turut mengidap ketumbuhan seperti lendir di kakinya yang menyukarkan dia untuk berjalan.
Lendir di tapak kakinya semakin membesar sehingga dia sukar berjalan
Setia menemani anak yang semakin sulit kesihatannya, kata ibunya, Rohani Ismail, 58, dia turut sedih penglihatan anaknya makin teruk serta berharap ada pihak tampil membantu supaya mata anaknya dapat dibedah.
Ads
Sekian lama merayu untuk bantuan OKU tetapi ditolak, dengan bantuan wartawan Sinar Harian baru remaja ini peroleh bantuan bulanan dari JKM
Menceritakan saat awal anaknya menghadapi penyakit ini, wanita ini berkata pada mulanya anaknya kerap demam sehinggalah berpanjangan hingga tempoh 10 hari.
“Selepas itu saya bawa ke Hospital Kuala Krai dan doktor membuat pemeriksaan mata dan mendapati mata kirinya tidak dapat melihat.
“Kemudian anak saya dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM) Kubang Kerian, doktor memberitahu anak saya perlu dibedah,” katanya dalam nada sedih.
Membuat rujukan kedua di sebuah hospital swasta oleh anaknya yang bekerja di Kuala Lumpur, pihak hospital memaklumkan kos pembedahannya mencecah RM60,000 demi menukar bebola matanya sekali gus menyelamatkan nyawa.
Namun sebagai suri rumah, ibu tunggal dia langsung tidak mampu. Biar anak-anaknya bekerja tetapi belum dapat menampung perbelanjaan sebanyak yang diperlukan.
Jika anda prihatin membantu remaja ini, boleh salurkan bantuan ke akuan CIMB milik Rohani binti Ismail di akaun 7611556951.
Semoga setiap ganjaran ini dapat membantu remaja ini meneruskan kehidupannya ke arah lebih baik. Kredit Azura Mohamad, Skuad Kuala Krai
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Acara Disney Investor Day yang berlangsung hari ini telah membuatkan ramai peminat dunia animasi Disney, peminat Marvel Cinematic Universe, pengikut setia Star Wars dan secara amnya, peminat dunia hiburan lakonan seluruh dunia tersenyum lebar.
Ia bukan hari pengumuman biashe-biashe seperti mana yang dilakukan sebelum ini.
Sebaliknya, Disney telah menyenaraikan kesemua projek filem, drama bersiri dan siri animasi yang bakal dimulakan, sedang dihasilkan dan yang akan menemui penonton dari akhir tahun ini hinggalah ke tahun 2023 kelak.
Terlalu banyak projek baru yang menarik perhatian kami. Oleh itu, penulis telah memilih 9 buah projek yang akan ditayangkan sepanjang tahun 2021. Kesemuanya akan ditayangkan menerusi platform penstriman Disney Plus.
Bukan itu saja, kami juga pasti akan setia menantikan filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings yang akan menemui menonton pada bulan Julai 2021. Istimewanya, ia menanmpilkan pelakon lagenda, Tan Sri Michelle Yeoh!
Sebut saja Facebook, tak kira peringkat umur daripada kanak-kanak sampailah warga emas pun dah pandai menggunakan media sosial ni untuk berinteraksi bersama kawan-kawan.
Laman sosial ini juga bukan saja digunakan sebagai medium komunikasi bersama teman rapat, bahkan ia juga menghubungkan pelbagai perkara berkaitan dunia di persekitaran kita.
Secara tidak langsung ini akan membuatkan akaun Facebook mempunyai pelbagai info peribadi yang mungkin ingin diuruskan dengan lebih efektif, terutamanya apabila anda sudah meninggal dunia.
Pernah tak terfikir apa akan jadi pada akaun Facebook apabila anda sudah tiada nanti? Jangan risau, anda boleh mewasiatkan akaun tersebut kepada ahli keluarga terdekat mahu pun teman-teman rapat.
Facebook menamakan sokongan untuk mewasiatkan akaun ini sebagai Legacy Contact, di mana penama yang anda namakan ini boleh pin kan sesuatu perkongsian pada susur masa profil anda, kemas kini gambar profil dan berinteraksi dengan friend request yang baru.
Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh membuat sebarang posting update atau membaca mesej anda.
Untuk mewasiatkan kepada orang lain, caranya anda hanya perlu membuka aplikasi mudah alih, pergi ke halaman settings dan kemudian, pilih Security > Legacy Contact.
Seterusnya, anda boleh memulakan proses memilih penama wasiat dan menjadikan mereka sebagai waris untuk menguruskan akaun anda setelah meninggal dunia.
Selain itu, pihak Facebook juga memberikan pilihan buat anda untuk memadamkan akaun tersebut setelah sudah tiada. Pewaris perlu memberitahu pihak Facebook berkenaan dengan kematian anda, dan Facebook akan membuang profil anda daripada laman sosial tersebut.
Selain daripada menggunakan handphone, anda juga boleh mengakses page Legacy Contact pada desktop.
Nah, apa tunggu lagi. Cepat-cepat cari pewaris untuk memadamkan profil Facebook kalau anda sudah tiada nanti ya. Bukan apa, tidak mahu dikenang-kenang orang yang dah tak ada, so baik kita padam saja profil tu kan?
Bagi si kaki travel, mereka sering kali berasa excited bila terbaca tentang tempat-tempat baru yang menarik untuk dikunjungi. Pasti ada saja plan mereka untuk melancong ke tempat baru.
Kali ini, kami nak senaraikan antara tempat-tempat menarik di negara Islam yang korang boleh kunjungi.
1. Bandar Constantine, Algeria
Bandar ini dibina di sekitar bukit dan lembah yang dikelilingi Sungai Rhumel, serta dihubungkan dengan jambatan yang mengagumkan. Ia merupakan bandar ketiga terbesar di Algeria dan terdapat banyak bangunan bersejarah yang sudah tentu bakal menjadi tempat menarik untuk korang ber’OOTD’.
2. Waw an Namus, Libya
Merupakan kawasan oasis di sebuah gunung berapi tidak aktif yang terletak di Libya. Apa yang menariknya, oasis ini berada di tengah-tengah kawasan gunung berapi. Lokasi ini juga dipanggil ‘Oasis Nyamuk’ kerana terdapat banyak nyamuk disini. Ia juga dikelilingi kira-kira 10-20 kilometer kawasan berdebu hitam bekas letusan gunung berapi yang terjadi ratusan tahun dulu.
3. Gurun Pasir Putih, Mesir
Tidak seperti padang pasir yang berwarna kuning keemasan yang selalu korang bayangkan, disini padang pasirnya putih kerana terdapat batuan kalsium yang terbentuk daripada hakisan angin. Kalau dilihat dari jauh, ia kelihatan seperti kawasan putih bersalji. Tempat ini menjadi tarikan pelancong kerana bentuk-bentuk batuan disini seperti cendawan gergasi dan ais krim.
Hm, macam best je!
4. Bandar Biru Chefchaouen, Morocco
Kelihatan sedikit sama dengan Santorini di Greece, Chefchaouen adalah sebuah bandar berwarna biru yang terletak di kawasan pergunungan Maghribi. Kenapa bandar ini berwarna biru? Ada yang berpendapat untuk mengekalkan budaya masyarakat Yahudi yang pernah menetap disitu dan ada pula yang mengatakan untuk menjadikan bandar itu lebih sejuk, serta ada juga yang cakap bangunan dicat biru untuk menghalau nyamuk.
5. Pulau Socotra, Yaman
Dikenali sebagai ‘pulau alien’, ia diberi julukan nama tersebut kerana flora dan fauna yang ada disini mempunyai bentuk yang sangat pelik dan tidak terdapat di tempat lain. Tumbuhan yang paling terkenal disini adalah pohon yang berbentuk payung raksasa atau dipanggil ‘Pohon Darah Naga’. Kalau korang memang suka tempat-tempat yang rare, Pulau Socotra adalah pilihan terbaik.
So, lepas ni korang dah ada idea ke nak bercuti di mana?