Saban minggu pasti ribuan penonton di rumah akan setia duduk di hadapan televisyen masing-masing untuk menonton rancangan I Can See Your Voice Malaysia Musim 2 (ICSYVM2).
Malam ini tak terkecuali apabila ia menampilkan beberapa lagi selebriti jemputan menarik termasuklah Janna Nick, Remy Ishak, Jihan Muse dan Siti Sarah Raisuddin.
Walaupun Sarah menjadi tumpuan sepanjang episod yang baru berakhir tadi, namun peserta terakhir dengan gelaran Squasy Skuash mencuri sedikit limelight Sarah dengan suaranya yang jantan serta deep!
Amboi..
Ads
Peserta yang dikenali sebagai Arm Yunus di akaun Instagram & Twitter miliknya tampil mendendangakan lagu nyanyian asal Sarah, Kesetiaan sebagai penutup rancangan dan berjaya membuktikan dialah peserta yang pandai menyanyi.
Dengan suara yang daaaaalam dan macho, Arm tak menunjukkan rasa gentar berada di atas pentas apatah lagi ketika berduet bersama Sarah.
Netizen tertarik dengan suara lunaknya (dan rupa tampannya, ahem!) lalu pantas melakukan kerja tengah malam dan mencari siapakah kelibat penyanyi tersebut.
Mereka turut mengucapkan tahniah kepada Arm kerana berjaya pada malam ini dan memintanya mengeluarkan single nyanyian secepat mungkin.
Ads
Iyalah mana tahu ada komposer yang menonton ICSYVM2 pada malam ini, silap haribulan impian itu akan bertukar menjadi realiti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Datangnya hari kiamat di mana seluruh dunia akan hancur benar namun tiada siapa pun tahu tarikh tepat bila kejadian ini akan terjadi. Sebaliknya kita disuruh untuk terus beriman kepada Allah dan memperbanyakkan amalan sebagai bekalan di hari akhirat.
Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai hari kiamat dan ini jawapannya.
Suatu hari, Rasulullah SAW didatangi seorang laki-laki berpakaian putih. Para sahabat tidak kenal pada lelaki asing tersebut. Ini kerana penampilannya kemas, rambut tidak kusut, pakaian juga tidak berdebu.
Namun Rasulullah memaklumkan, lelaki itu adalah Malaikat Jibril. Saat diajar, Rasulullah menjawap tepat pada semua jawapan Jibrail kecuali satu iaitu saat ditaya bilakah akan terjadinya kiamat. Rasulullah menyatakan “yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya.”
Inilah jawapan Rasulullah tatkala ditanya oleh para sahabat mengenai hari kiamat. Namun Baginda turut menjelaskan tatkala Malaikat Jibrail terus bertanya petanda mengenai hari tersebut.
Jawapan Rasulullah SAW, “Jika budak wanita telah melahirkan tuannya serta kalian melihat orang yang bertelanjang kaki dan tak memakai baju yakni para penggembala kambing berlomba-lomba meninggikan bangunan” (HR. Muslim).
Berdasarkan hadis berkenaan, ia merujuk kepada orang Arab yang suatu ketika dahulu adalah pengembala kambing tapi kini mereka menegakkan bangunan tinggi (bangunan di sekeliling Kaabah dan lain-lain lagi).
Ya, ramai mengaitkan kejadian membina bangunan tinggi ini dengan petanda hari kiamat.
Susulan artikel REMAJA siarkan semalam mengenai bangunan Merdeka 118 yang bakal siap pada 2021 dan menjadi kedua tertinggi di dunia di belakang Burj Khalifa, Dubai UAE, netizen berbeza pendapat mengenai ketinggian bangunan tersebut.
Ramai mengaitkannya dengan petanda dunia hampir kiamat namun seperti kami jelaskan di atas sebagaimana dikatakan oleh Rasulullah SAW menyatakan “yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya.”
Ini bermakna, tiada siapa pun tahu bila terjadinya hari kiamat. Ya memang benar bangunan tinggi itu salah satu tanda-tanda dunia menghampiri kiamat tetapi ia dirujuk kepada orang Arab.
Bagi sesetengah dari kita bangunan tinggi itu dianggap sebagai kejayaan Malaysia yang bakal menjadi tumpuan dunia tetapi sebahagian pula menganggapnya sebagai petanda dunia hampir kiamat.
Bacalah pandangan golongan remaja mengenainya.
Apa pun pandangan kita, mari kita saling menasihati untuk menjaga iman dan islam kita hingga ke akhir hayat dan kita tidak kerugian di sana kelak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sedang negara kita tengah bergelut dengan kenaikan kes Omicron COVID-19 dan kerajaan mengesa rakyat mengambil booster dan vaksin untuk keselamatan diri masing-masing.
Foto Via Malay Mail
Negara Sweden mengejutkan dunia apabila membatalkan hampir semua sekatan dan menghentikan ujian saringan COVID-19 percuma, walaupun tekanan sistem penjagaan kesihatan kekal tinggi dan beberapa saintis menggesa lebih banyak kesabaran dalam memerangi pandemik itu.
Malah, khemah besar yang terdapat di seluruh pusat bandar, tempat yang menyediakan ujian COVID-19 secara pandu lalu serta perkhidmatan kit ujian yang dihantar ke rumah kini diberhentikan serta merta selepas pengumuman terbabit. Kerajaan Sweden juga tidak lagi menyediakan data penting untuk mengesan penyebaran COVID-19. Sweden juga tidak lagi menyekat orang ramai untuk berkumpul di sesuatu acara atau di restoran dan sijil vaksin tidak lagi diperlukan.
Langkah ini sememangnya pelik dan drastik. Ia juga meletakkan Sweden bertentangan dengan kebanyakan negara Eropah yang lain.
Kerajaan Sweden sebelum ini memilih untuk tidak melakukan perintah berkurung sebaliknya menggunakan pendekatan sukarela sepanjang pandemik, namun mengumumkan akan membatalkan sekatan yang masih berkuat kuasa dengan mengisytiharkan COVID-19 berakhir, kerana vaksinasi dan varian Omicron mengurangkan kes dan kematian.
Foto Via Government Offices of Sweden
“Seperti kita ketahui, pandemik ini saya katakan ia sudah berakhir,” kata Menteri Kesihatan Lena Hallengren kepada Dagens Nyheter selain menambah COVID-19 tidak akan lagi diklasifikasikan sebagai bahaya kepada masyarakat.
Biarpun hospital di Sweden masih mengalami tekanan dengan kira-kira 2,200 kes COVID-19 memerlukan penjagaan hospital, hampir sama semasa gelombang ketiga pada musim bunga 2021.
Memandangkan ujian saringan COVID-19 percuma dikurangkan sejak awal bulan ini dan dihentikan mulai semalam, tiada siapa mengetahui bilangan kes yang tepat.
Fuh, betul-betul berani kerajaan Sweden ini mengambil keputusan sebegini.
Nama Cikgu Fadli Salleh hangat diperkatakan oleh warganet sejak semalam setelah guru subjek Matematik itu mendakwa akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan isu membabitkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.
Menerusi sesi langsung di akaun Facebook miliknya, guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, Selangor itu berkongsi dua surat tindakan tatatertib daripada Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) yang diterimanya.
Susulan aduan yang dilontarkan oleh Cikgu Fadli itu tular di internet, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pantas menjadi mangsa kecaman dan sindiran warganet terutamanya daripada pihak guru dan ibu bapa yang turut tidak berpuas hati dengan beberapa isu menyelebungi pendidikan negara seperti yang diutarakan guru tersebut.
Malah, mereka berpendapat guru itu tidak melakukan sebarang kesalahan displin atau menghadapi masalah dengan ibu bapa murid.
Demi menyatakan sokongan mereka, warganet juga telah melancarkan petisyen berjudul ‘Tuntut Keadilan Untuk Cikgu Fadli Salleh’ sejak semalam menerusi laman sesawang change.org dan setakat kini telah menerima lebih daripada 20,000 tandatangan serta turut dikongsi oleh platform sistemguruonline.my.
Akibat pergerakan warganet ini, Cikgu Fadli telah menerima perhatian daripada individu penting negara termasuklah Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali; Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dan Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kata Pkharuddin dalam satu rakaman di Facebook lewat petang semalam, surat yang ditularkan itu hanyalah untuk memaklumkan bahawa dakwaan Cikgu Fadli telah diterima Lembaga Tatatertib pada 14 Oktober lalu. Pihaknya dijadualkan bersidang pada 17 Oktober (Isnin).
Manakala Dr Radzi pula menerusi akaun Twitter-nya Sabtu lalu berkata beliau, “Tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan Cikgu Fadli. Kalau Cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa.”
Paling mengagumkan apabila isu ini mendapat perhatian Perdana Menteri Sementara Malaysia yang mengulas, “InsyaAllah apa yang digambar dalam surat itu tidak akan berlaku. InsyaAllah perkara yang positif akan dapat kita dengar esok selepas mesyuarat.”
Dalam pada itu, Cikgu Fadli mewakili Pegawai Pendidikan peringakt daerah dah negeri mahu KPM untuk sedia menerima teguran dan berubah menjadi lebih baik.
“Tak ada gunanya selamatkan kerjaya saya tanpa perubahan di peringkat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
“Perlu ada perubahan dalam KPM, nun di pucuk kepimpinan di atas. Daripada Ketua Setiausaha Kementerian, KPPM sampai ke Pengarah Jabatan itu, ini dan sebagainya.
“Ketahuilah majoriti guru menyokong saya, cuma mereka tidak boleh bersuara. Banyak bahkan pegawai-pegawai di KPM, Putrajaya, JPN dan PPD pun ramai sokong saya.
“Tapi mereka terikat dengan peraturan akta penjawat awam,” katanya.
Sama-samalah kita nantikan intipati perjumpaan Lembaga Tatatertib pada hari ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...