Semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia, kita sering diingatkan untuk mengamalkan norma baharu seperti penjarakan sosial, kerap mencuci tangan dan periksa suhu sebelum masuk ke premis perniagaan.
Terbaru, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini mengumumkan yang mana mereka akan mula menggunakan topi keledar pengimbas suhu untuk mengimbas suhu-suhu penumpang, sekaligus mengekang penularan wabak Covid-19.
Wah, memang canggih….
Ads
.
Langkah ini juga dalam usaha memberikan lebih keyakinan kepada pengguna perkhidmatan KTMB, dan pada masa yang sama, memudahkan lagi urusan imbasan dilakukan secara rawak dari semasa ke semasa.
Ads
KTMB mengatakan topi keledar ini akan digunakan oleh anggota Polis Bantuan yang sedang membuat rondaan, dan mengesan penumpang bergejala menggunakannya.
Buat masa ini, penggunaan topi keledar ini masih pada peringkat percubaan, dan KTMB akan menilai keberkesanan penggunaannya.
Pihak KTMB tidak mendedahkan model yang digunakan tetapi ia menyerupai topi keledar yang dikeluarkan oleh Kuang-Chi Technology untuk polis di China sejak Februari lalu. Di China topi keledar dengan teknologi terimbuh ini mampu mengimbas suhu dari jarak 5 meter, membaca kod QR, dilengkapi sistem pengecaman wajah dan menyokong 5G. Selain China dan Malaysia, India turut memperkenalkan “Robocop” pengimbas suhu untuk mengawal penularan Covid-19.
Bagus betul ada teknologi macam ni, admin pun teruja. Rasa macam cerita “Robocop”, bila robot tu scan banda yang dia lihat. Hebat betul!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mas kahwin atau disebut sebagai mahar adalah antara pemberian berharga wajib yang diberikan si suami buat isterinya sewaktu berlangsungnya Ijab dan Qabul antara kedua calon mempelai.
Ada lelaki bagi cincin. Kalau ikut adat orang Indonesia, mereka banyak beri jongkong emas dan syiling emas sebagai mahar. Manakala dalam masyarakat Melayu Malaysia, ada yang beri wang tunai atau aksesori barang kemas seperti gelang dan rantai emas yang bernilai sama atau lebih tinggi dari harga mahar yang ditetapkan.
Namun, baru-baru ini tular di platform media sosial satu video yang mencuri perhatian dan dipercayai dari negara jiran, Indonesia.
Saya terima nikahnya… dengan mahar…seperangkat alat solat…. dan TIKET COLDPLAY! Sah sah sah 😂🙏🏻 pic.twitter.com/Sv02DQElEZ
— Coldplay Indonesia (@IDWantsColdplay) May 21, 2023
Berdasarkan video, satu sesi akad nikah sedang berlangsung. Jika diperhatikan, ianya hanya satu sesi akad nikah yang biasa. Namun, jika netizen dengar dengan teliti ada satu perkara yang sangat unik untuk mas kahwin mereka.
Pengantin lelaki itu menyebut mas kahwinnya adalah seperangkat alat solat dan juga tiket Coldplay! Berdasarkan komen, ramai yang mencerumbui pengantin tersebut kerana berjaya membeli tiket Coldplay dan dijadikan sebagai mas kahwin.
Gambar Hiasan
Sebelum ini, tiket konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour yang menjadi rebutan ribuan rakyat Malaysia. Bahkan, ribuan peminat tegar Coldplay masih lagi meluahkan rasa bengang dan kecewa apabila tiket umum untuk menyaksikan konsert band muzik pop rock British yang mula dibuka pada jam 10 pagi tadi telah habis dijual dalam tempoh tiga jam.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
KUALA LUMPUR – Polis mengklasifikasikan kes remaja maut ditimpa kerusi dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam, kelmarin sebagai kes bunuh.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim, berkata, Unit Siasatan Tempat Kejadian Forensik (CSI) Polis Kuala Lumpur, telah mengambil sampel DNA pada kerusi berkenaan dan lima dari 31 saksi yang ditemu bual dan dirakam percakapan berhubung kejadian itu,untuk dibuat analisis.
“Polis sedang menjalankan siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Pihak Polis KL meminta kerjasama orang ramai jika ada maklumat mengenai kejadian ini atau sebarang bahan bukti kes ini. Orang ramai juga diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan maklumat hendaklah disalur kepada pihak polis.
“Maklumat boleh salurkan ke Pegawai Penyiasat ASP Firdausi Shahril, di talian , 012-3388164/03- 90516222 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Brickfields DSP Tony Lunggan 014-6225262,”katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
SUMBER :- SINAR HARIAN
Carian Remaja di wikipedia mendapati, jika sabit kesalahan dan dibicarakan di bawah 302 Kanun Keseksaan, hukuman gantung sampai mati adalah sebahagian dari hukuman yang akan dihadapi oleh suspek pembunuhan.
Di Malaysia, kaedah pelaksanaan hukuman mati adalah menerusi teknik gantung. Kesalahan membunuh dengan niat, mengedar dadah melebihi jumlah yang ditetapkan dan keslahan bersabit pemilikan senjatapi adalah di antara perbuatan yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati.
Dalam sistem perundangan di Malaysia, seseorang itu akan melalui beberapa peringkat perbicaraan terlebih dahulu sebelum hukuman mati dilaksanakan. Peringkat pertama ialah hukuman oleh Mahkamah Tinggi diikuti Mahkamah Rayuan dan terakhir sekali oleh Mahkamah Persekutuan.
Sekiranya ketiga-tiga peringkat mahkamh ini memutuskan keputusan bersalah terhadap tertuduh, maka satu rayuan pengampunan terhadap kesalahan akan dilakukan dikemukakan kepada Yang Di Pertua Agong atau Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Yang Di Pertua Negeri, bergantung di mana kesalahan itu dilakukan.
Keputusan yang diputuskan ini adalah dianggap muktamad dan sekiranya hukuman itu dikekalkan, maka mahkamah akan memerintahkan supaya Jabatan Penjara menjalankan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah.
Seseorang yang dihukum gantung sampai mati oleh mahkamah, dari aspek perundangan yang dilalui oleh mereka memakan masa yang panjang. Pengalaman Penjara Taiping, di dapati purata seseorang itu menjalani hukumanmati dari tarikh mula jatuh hukum oleh mahkamah tinggi adalah berbeza-beza dan mengambil masa bertahun-tahun. Ada yang melibatkan masa antara 1 tahun 9 bulan dan sehingga ada yang mengambil masa 7 tahun 10 bulan.
Setelah semua proses perundangan tamat dan rayuan untuk meringankan hukuman telah ditolak oleh Lembaga Pengampunan, pihak penjara terlibat akan menunggu arahan untuk menjalankan hukuman. Apabila arahan melaksanakan hukuman dikeluarkan oleh mahkamah, pihak Jabatan Penjara akan mengendalikan urusan pelaksanaan hukuman gantung berasaskan 5 fasa tindakan.
Pengampunan adalah suatu bidang kuasa yang terletak dibawah Raja atau Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) negeri di mana jenayah itu dilakukan, ATAU Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengampunkan penjenayah jika jenayah itu dilakukan di Wilayah Persekutuan atau apabila melibatkan ahli-ahli angkatan tentera. Hukuman mati di Malaysia dijalankan atas konsep gantung sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 281 Kanun Tatacara Jenayah. Wanita hamil dan kanak-kanak tidak boleh dihukum mati. Terdapat dua jenis hukuman gantung iaitu Hukuman gantung dan Hukuman gantung sehingga mati.
Sumber :- https://ms.wikipedia.org/wiki/Hukuman_mati_di_Malaysia
Siaran media yang dikeluarkan sebentar tadi oleh Ketua Polis Kuala Lumpur
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau sebut tentang ‘midnight’ movie, rasa-rasanya semua di antara kita pernah merasai pengalaman menonton wayang pada tengah malam, bukan?
TAPI, tak semua yang pernah bermalam di dalam pawagam dari tengah malam sehingga ke awal pagi. Tengok wayang apa sampai enam jam tu?!
Sebilangan peserta kempen WONDA #StayStrong baru-baru ini telahpun menyahut cabaran untuk menonton tiga ke empat buah filem bergenre seram di pawagam MBO Atria, Petaling Jaya selama dua hari berturut-turut!
Tayangan yang bermula dari 11.30 tengah malam hingga ke 6.30 pagi itu telahpun dianjurkan oleh WONDA Coffee bagi melihat siapa yang kental dan sanggup bersengkang mata dengan menonton kesemua filem seram yang ditayangkan.
Syaratnya mudah sahaja, mereka perlu menonton tanpa menutup mata, tanpa menutup telinga, tanpa menutup muka dan perlu kekal berjaga sepanjang termpoh tersebut. Haa, jika mereka ditemui tertidur, serta-merta penyertaan penonton tersebut boleh terbatal!
Dengar seperti mustahil, tambahan pula waktu tayangannya bukan kaleng-kaleng. Waktu nak tidur tu!
Namun, segalanya membuahkan hasil dengan adanya stok minuman WONDA Coffee yang membolehkan mereka menahan rasa ngantuk (dan takut!) di pawagam tersebut.
Mereka yang berjaya bertahan sehingga ke minit terakhir itu akhirnya membawa pulang hadiah terkumpul sebanyak RM10,000.
Terdahulu, kempen WONDA #StayStrong ini bertukar tular di media sosial akibat kelibat ‘makhluk menyeramkan’ yang dilihat berlegar-legar di sekitar Kuala Lumpur. Ada warganet yang mendakwa mereka terserempak dengan tiga kelibat misteri berdekatan KLCC dan di beberapa lagi ‘lokasi panas’ pada waktu malam.
Hakikatnya, ia adalah sebahagian daripada gimik kempen #WondaStayStrongChallenge ini untuk mengajak orang ramai menonton beberapa filem seram secara maraton bagi memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 itu.
Menarik juga kan! Harapnya cabaran #WondaStayStrongChallenge ini akan dikembalikan semula pada bulan Oktober tahun ini sempena keraian pesta Halloween.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!