Satu video yang tular baru-baru di ruangan media sosial ternyata telah mengecewakan ramai warganet termasuklah pelakon drama hit, Projek: High Council, Nadhir Nasar.
Video berdurasi satu minit dan empat saat itu memaparkan beberapa anak muda tempatan di sebuah pusat membeli-belah diajukan dua soalan bagi melihat sejauh mana ilmu pengetahuan am dikuasai oleh mereka.
Anak-anak muda tersebut diminta untuk menamakan figura Lisa Manoban (ahli kumpulan Blackpink) hanya dengan melihat foto pada telefon pintar; dan mereka dengan mudahnya dapat mengenali siapakah gerangan selebriti tersebut.
Bagaimanapun, apabila disuakan dengan foto Perdana Menteri Malaysia pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, amat mengecewakan apabila masing-masing gagal menamakan figura penting negara itu dan ada yang tidak mengenali siapakah beliau berdasarkan foto berkenaan.
Nadhir tampil mengekspresikan kekecewaannya apabila menonton video tular tersebut. Menerusi ciapan di Twitter, juara Hero Remaja 2020 itu mempersoalkan sama ada anak muda tempatan benar-benar sudah ‘Merdeka’ atau minda masih dijajah pengaruh asing.
Ads
“Belajarlah sejarah kamu supaya ia tidak berulang kembali. Ilmu sejarah sangat penting supaya kita dapat elak kesilapan lampau.
“Betuul ke kita ni merdeka? Macam masih dijajah je,” ciapnya baru-baru ini sebelum menambah, “Tweet ini adalah pesanan kepada diri sendiri.”
Belajarlah sejarah kamu supaya ia tidak berulang kembali. Ilmu sejarah sangat penting supaya kita dapat elak kesilapan lampau. Betul ke kita ni merdeka? Macam masih dijajah je. https://t.co/JHpOwHdpdM
Tinjauan di ruangan komen ciapan itu mendapati majoriti bersetuju dengan pandangan Nadhir dan berharap agar semangat kenegaraan dipupuk dengan lebih berkesan sejak di bangku sekolah.
“OMG ni kalau cikgu sejarah tahu tak boleh jawab, nangis cikgu. Tanpa dia (Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan) kita tak merasa nikmat merdeka sekarang.”
“Memang masih dijajah tapi dengan hiburan dan ketaksuban pada duniawi. Soalan basic pun tak tahu.
Ads
“Kalau untuk content pon, perlu ke macam ni? Tak kelakar la nanti negara lain tengok betapa ceteknya ilmu dan kurang rasa hormat terhadap sejarah negara sendiri. Sedih.”
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu posting oleh akaun Instagram, House of Pahang semalam mengesahkan keberadaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Institut Jantung Negara (IJN).
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja daripada Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, Baginda dirawat di wad di-Raja hospital tersebut sejak Isnin selepas mengadu kesihatan berada pada tahap tidak memuaskan.
“Selepas menerima nasihat, Al-Sultan Abdullah diletakkan di bawah pengawasan doktor dan keadaan Baginda tidak berada dalam situasi kritikal,” kata beliau sambil berkongsi bahawa Baginda dijangka akan dibenarkan keluar dari wad dalam waktu terdekat.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bahawa Raja Permaisuri Agong, Tunku Aziziah Aminah Maimunah Iskandariah yang sedang dalam rangka lawatan peribadi ke Kota Bharu mengambil keputusan untuk bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk bersama Baginda sejak semalam. Lawatan yang dijadualkan berlangsung selama 3 hari itu dibatalkan serta-merta.
Sama-samalah kita menadah tangan dan mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong terus dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan demi memimpin Malaysia.
*
Tinjauan REMAJA di media sosial juga menunjukkan keprihatinan netizen tempatan yang mendoakan agar Baginda dikurniakan kesembuhan dengan segera.
*
*
Dirgahayu Tuanku.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sweet betul mendengar kisah cinta atlet badminton China ini.
Inilah yang terjadi kepada Huang Yaqiong, pemain badminton wanita dari China. Yaqiong bersama pasangannya, Zheng Siwei, berjaya memenangi pingat emas dalam acara badminton beregu campuran di Olimpik Paris 2024, mengalahkan Kim Wonho dan Jeong Naeun dari Korea Selatan.
Selepas upacara pingat, rakan sepasukan Yaqiong, Liu Yuchen, membuat kejutan besar! Yuchen, yang memenangi pingat perak dalam beregu lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan akan beraksi lagi di Paris, tiba-tiba mengeluarkan cincin, berlutut, dan melamar dia di hadapan semua orang.
Dengan bunga di tangannya dari upacara pingat, Yaqiong tidak dapat menahan air mata kegembiraannya dan terus berkata ya.
Lamaran itu dipaparkan di Arena Porte de la Chapelle di Paris, dan orang ramai bersorak meraikan detik manis mereka bersama-sama.
Sweet kan pasangan ini, moga terus kecapi bahagia sampai bila-bila!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa saja yang tidak terpedaya dengan promosi jualan murah yang ada di media sosial. Pantang nampak potongan sehingga 50%, confirmlah gatal tangan nak membeli itu dan ini.
Namun begitu, korang perlu berhati-hati dan jangan terlalu percaya dengan setiap jualan murah yang ditawarkan dalam media sosial.
Seperti apa yang berlaku pada Mimi Shafie, dia sudah terkena dengan sebuah website yang menjual kasut murah. Tengok harga kasut RM22.50, siapa yang tak kelam kabut nak beli kan? Hiks!
Jom kita ikuti pengalaman yang dikongsi sendiri wanita ini di laman Facebooknya.
Harga RM67.50 tapi kena bayar RM180
Bila tengok harga sepasang kasut berharga RM22.50, Mimi pun terus proceed order untuk tiga pasang kasut yang jumlah keseluruhannya berharga RM67.50. bayaran dibuat menggunakan Master Card dan tiba-tiba keluar payment successful RM180.
Pelik juga sebab sepatutnya Rm67.50 tapi kenapa jadi RM180 pula?
Lepas tu masuk pula dua mesej potongan Maybank, satu CNY330.07 dan satu lagi CNY380.56 (CNY ini mungkin matawang China).
Sebaik menerima mesej tersebut, Mimi terus menghubungi pihak bank untuk mengetahui tentang status transaction tersebut dan mereka juga mengatakan bahawa ia nampak pelik, tetapi mujur status pending.
Pihak bank memberitahu transaction itu berjumlah RM514, tetapi oleh kerana statusnya pending maka tiada duit yang dipotong. Mereka terus block kad tersebut.
So guys, kalau berlaku yang sesuatu yang agak pelik, cepat-cepatlah hubungi bank untuk block kad korang. Dikhabarkan wanita tersebut bukanlah mangsa pertama. Bila check semula website shopping online tersebut, memang banyak mereka create page dan brand untuk menipu kononnya ada sale.
Untuk korang yang kaki shopping tu, jangan mudah terpedaya dengan website seperti ini. Selidik dulu background mereka sebelum mengambil keputusan untuk membeli-belah.
*
VIDEO REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.