Macam Guna Filter! Solekan Naim Daniel Hasil Kreativiti Sejam 10 Minit

Share

 

Berakhirnya acara Anugerah Juara Lagu 34 semalam dengan kemenangan lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel telah menerima respon positif oleh ramai penonton.

 

Walaupun masing-masing mempunyai lagu kegemaran, namun sukar untuk kita menafikan kekuatan Sumpah yang dikategorikan sebagai ‘lagu berhantu’ pada tahun 2019.

Menariknya, bulan komposisi lagu itu saja yang diperkatakan tetapi juga solekan pada wajah, rambut, leher dan tapak tangan Naim Daniel.

Konsep utama yang ingin dipertaruhkan adalah untuk mengadaptasi semula video muzik Sumpah yang mempunyai elemen anime.

Lantas ramai yang tertanya-tanya siapakah jurusolek dan jurudandan yang diberikan tanggungjawab untuk merealisasikan konsep tersebut.

Ia adalah hasil kreativiti dua jejaka bernama Daniel Syazwan dan Eva Shahrul.

Menurut perkongsian oleh @DanielSyazwan di akaun Twitter-nya, beliau pada asalnya melakukan eksperimen terhadap muka sendiri sambil dinilai oleh rakannya yang juga merupakan guru pendidikan seni.


Dari situlah, Daniel memperbaiki lagi skil solekan ala anime ini ke atas rakannya sendiri sehingga dia berjaya menjadikan se-realistik mungkin.

Dari tempoh sejam 20 minit, mereka berjaya merealisasikan solekan pada Naim Daniel semalam agar siap dalam tempoh sejam 10 minit.

*

Untuk menjadikan keseluruhan look Naim Daniel semalam sempurna, pakaian yang disarungkan oleh penyanyi itu direka oleh Hatta Dolmat.

Menurut Hatta, “Macam selalu, saya akan melayan lagu penyanyi dulu. Saya terkejut juga dengan konsepnya kerana saya tak pernah buat hand painting di atas pakaian.

“Ini benda baru pada Hatta. Tahniah pada Naim kerana beri cabaran minda buat abang berkarya dan mahirkan tangan abang yang memang dah lama tak pegang berus,” tulisnya dalam perkongsian seperti di bawah semalam.

Congrats Naim Daniel dan keseluruhan glam squad-nya!

Memang superb.

 

IKLAN