
Baru-baru ini, kejadian yang menimpa guru selebriti dan pempengaruh terkenal, Cikgu Zack Kirana ketika sedang bercuti bersama keluarga mencuri perhatian apabila beliau mengalami kecederaan di bahagian bibir selepas sebuah bingkai gambar di penginapannya jatuh tepat di atas muka.
Menerusi perkongsian di Instagram story, Cikgu Zack atau nama sebenarnya Saliza Ibrahim memuat naik video dan gambar selepas kejadian tersebut berlaku.
“Malang menimpa Zack Kirana pada pagi yang hening ketika sedang tidur,” tulisnya.


Pada masa yang sama, Cikgu Zack turut bersyukur dan berterima kasih kepada pengikutnya di media sosial selepas ramai yang bertanya keadaannya yang dilihat mengalami luka.
“Terima kasih kawan-kawan yang bertanyakan keadaan saya”
“Pagi tadi ketika sedang tidur di airbnb, bingkai gambar yang diletakkan di atas kepala katil jatuh menimpa muka saya,” jelasnya lagi mengenai apa yang terjadi.
“Jatuhnya itu dalam keadaan menegak. Jadi hujung bawah bingkai tu terkena tepat pada bibir atas dan gigi atas. Ada dua luka panjang (di bahagian luar dan dalam bibir atas),” ujarnya.

Difahamkan, bingkai gambar itu tidak digantung, sebaliknya hanya disandarkan pada dinding pada kepala katil dan menjadikan ia mudah terjatuh serta beliau menyifatkan keadaan tersebut seperti filem yang tular baru-baru ini berjudul ‘Final Destination’.
“Rupanya bingkai gambar tu tidak digantung, sebaliknya hanya disandarkan pada dinding di atas kepala katil. Macam final destination daaaa. Dah la bekerja di hadapan kamera. Dugaan, tanda Allah sayang. Alhamdulillah,” tambahnya lagi.

Sementara itu, di media sosial, insiden yang menimpa Cikgu Zack Kirana ini bukan sahaja mengejutkan, malah membuka mata banyak pihak tentang kepentingan aspek keselamatan di tempat penginapan, terutamanya barangan yang diletakkan berhampiran ruang tidur.
Walaupun kejadian itu membawa kecederaan, Cikgu Zack Kirana menanganinya dengan penuh ketabahan dan rasa syukur, sambil mengingatkan kita bahawa setiap ujian ada hikmahnya. Semoga beliau segera pulih sepenuhnya dan terus menginspirasi melalui platform yang beliau ceburi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!









