Macam Adik & Kakak, Anak Lelaki Rossa Curi Perhatian Warganet

Share

Penyanyi wanita popular Indonesia, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handayani baru-baru ini telah memuat naik gambar bersama anak lelakinya, Rizki Langit Ramadhan di laman instragram.

Instagram: @itsrossa
Instagram: @sheluvsridz

Apa yang menarik perhatian ramai, anak lelaki penyanyi itu dilihat sudah semakin dewasa dan gaya mereka seperti seorang kakak dan adik atau lebih kepada rakan sebaya. Tidak dinafikan susuk tubuh Rossa yang genit dan wajahnya yang awet muda seakan membuatkan ramai yang tidak percaya bahawa usianya kini sudah menginjak 44 tahun.

Anak lelaki Rossa diberi nama Rizky Langit Ramadhan berusia 16 tahun, hasil perkahwinan bersama bekas suaminya yang juga merupakan drummer kumpulan Padi iaitu Yoyo. Perkahwinan mereka berakhir pada tahun 2009, ketika Rizky berusia 3 tahun.

Instagram: @sheluvsridz

Rossa juga pernah berkongsi bahawa anak tunggalnya ini tidak terlalu minat dalam bidang nyanyian dan lebih cenderung dengan aktiviti melukis anime atau kartun.

Instagram: @sheluvsridz

Like mother like son!

Ketampanan anak muda ini sudah pasti diwarisi oleh kedua ibu bapanya. Betul tak?

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN