Assalamualaikum doktor. Saya minta maaf kerana marahkan doktor hari tu. Saya terlalu sakit dan takut. Saya bukan budak nakal. Sepatutnya saya budak baik. Terima kasih rawat saya.
From Adam Amir Hakim.
Alahai, tingginya budi bahasa mu dik. Siap minta maaf sebab dah termaki doktor yang mahu menyunatkannya tempoh hari.
Sudah pastinya doktor akan jadi terharu. Lihat apa respon doktor ini bila dapat surat cinta dari pesakitnya.
Kepada adik Adam ;
”Jangan risau.. doktor tak marah dan maafkan awak. Doktor faham perasaan awak yang tengah risau dan takut. Doktor pun dulu melalui pengalaman sunat sama macam awak. Doktor tahu awak seorang budak yang baik.’
Semoga adik Adam cepat sembuh dan menjadi pewaris negara yang sentiasa berbakti kepada masyarakat. Amin.
Menurut Dr Hanafi Yahya, semalam dia menerima surat cinta dari seorang pelajar yang dia sunatkan minggu lalu. Dan surat permohonan maaf ini dilakukan ketika pelajar ini membuat rawatan susulan di klinik.
Ads
Memetik laporan Harian Metro, Dr Hanafi Yahya, 35 tahun berkata, dia menerima surat cinta dari seorang pelajar Adam Amir Hakim, 7 yang menyerahkan surat itu kepadanya semalam ketika mengunjungi klinik bagi pemeriksaan susulan selepas dikhatankan minggu lalu.
Inilah surat cinta dari Adam untuk Dr Hanafi. Syahdukan. Baik je budi bahasanya minta maaf balik.
Jelas Dr Hanafi, dia masih ingat kejadian minggu lalu apabila pelajar cilik ini memarahinya sejak mula proses bersunat mahu dilakukan.
“Budak ini marah saya, kata saya jahat, halau saya keluar dari bilik itu (bilik khatan), malah dia jerit kata dia nak pulang dan bencikan doktor.
“Semalam, saya terima surat itu ketika dia datang ke klinik untuk membuat rawatan susulan dan saya terharu apabila membaca surat dan pengakuan ikhlasnya.
Ads
“Dia memohon maaf kerana marahkan doktor dan memaklumkan dirinya takut dan sakit ketika bersunat. Dalam surat itu juga dia maklumkan dirinya budak yang baik serta mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana merawatnya.
“Sepanjang kerjaya sebagai doktor, inilah kali pertama saya terima surat permohonan maaf daripada seorang pesakit yang menerima khidmat di klinik,” katanya yang juga pengasas Klinik Doktor Bergerak (DOC MOVE) di Tapah Road, Tapah.
Dr Hanafi berkata, beliau hanya tersenyum ketika murid berkenaan memarahinya dan menerangkan kepada murid berkenaan serta ibu bapanya bahawa prosedur dilakukan di kliniknya adalah biasa.
“Bagi saya murid ini mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi kerana dia sedar apa yang patut dilakukan apabila melakukan kesalahan,” katanya.
Menurutnya, tugas mengkhatankan kanak-kanak agak mencabar kerana pelbagai tindakan dan kata-kata dikeluarkan oleh kanak-kanak disebabkan rasa takut terutama selepas mendengar pelbagai cerita yang sengaja diada-adakan untuk menakutkan mereka.
Di fbnya, Dr Hanafi memuat naik gambar pesakit-pesakit yang sudah berjaya dikhatankan di kliniknya.
Dr Hanafi memang dikenali di daerah Muallim sejak memperkenalkan perkhidmatan DOC MOVE dan Kad Anak untuk anak yatim yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Muallim.
Kad Anak memberi peluang kepada anak yatim menerima rawatan dan ubat-ubatan secara percuma di klinik milik isterinya, Dr Fariza Hanim Shahir, 35, yang terletak di Bandar Behrang 2020, selain menikmati diskaun di premis perniagaan yang berdaftar dalam perkhidmatan ini.
Malah seperti kata Dr Hanafi di fbnya, dia menjelaskan sesetengah kanak-kanak yang takut biasanya akan melakukan tindakan ini. Iaitu menangis, marah, maki, carut, tendang, cubit, gigit, terkencing, kentut dan sebagai doktor dirinya tidak pernah marah atau berkecil hati kepada mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Disangkakan anak patung gergasi yang ditampilkan dalam episod pertama drama Korea popular, Squid Game hanyalah salah satu prop yang dicipta oleh produksi drama Netflix itu bagi menjadikan jalan ceritanya lebih menarik.
Rupa-rupanya, anak patung tersebut memang wujud di Korea Selatan!
Ia menjadi popular setelah teaser rasmi drama Squid Game menampilkan sebagai tarikan utama penonton bagi mengikuti drama itu. Dalam episod tersebut, ia digambarkan sebagai patung robot yang ‘dihidupkan’ dalam permainan ‘Lampu Merah, Lampu Hijau’ dan berjaya membunuh lebih separuh daripada keseluruhan pemain Squid Game.
Dengan populariti yang diperolehi drama Squid Game, rakyat di Korea mula mencari lokasi yang digunakan bagi penggambaran drama tersebut. Akhirnya, mereka berjaya menemui anak pantung gergasi ini di daerah Jincheon.
Difahamkan, patung itu adalah milik sebuah muzium kereta kuda yang dikenali sebagai Muzium Jincheon ataupun Macha Land. Ia kemudiannya dipinjamkan oleh pihak muzium kepada pihak produksi untuk tujuan penggambaran sebelum dikembalikan semula.
Sama tak dengan patung yang berada di dalam muzium itu?
Namun setelah lokasi sebenar patung ini terbongkar, ia serta-merta menarik perhatian orang ramai sehinggakan pihak muzium terpaksa akur dengan kehendak pengeluar/pembuat patung itu untuk menyimpannya di dalam stor persendirian.
Khabarnya, pihak pembuat patung sebenarnya meminta muzium untuk menyimpannya sebaik tamat penggambaran. Namun disebabkan isu salah komunikasi, muzium telah mempamerkannya untuk tatapan orang awam sebaik saja drama itu disiarkan di platform Netflix pada 17 September lalu.
Malang sekali bagi peminat Squid Game, patung itu telah dibungkus dan disimpan di dalam stor.
Tak apalah, harapnya pihak muzium itu akan kembali mempamerkannya semula sebagai tarikan pelancong baharu ke Korea Selatan sebaik saja penduduk dunia dibenarkan untuk melancong ke luar negara semula.
Baru kelmarin The Rock mengumumkan dia, isteri dan dua anak perempuannya dijangkiti virus COVID-19, terbaru pelakon yang popular dengan watak Edward Cullen ini pula antara selebriti barat yang dijangkiti virus tersebut.
Dia yang sedang rancak dalam proses penggambaran filem adiwira The Batman perlu dikuarantin selama lebih kurang dua minggu dan menurut sumber yang memberitahu Vanity Fair, Robert positif virus tersebut biar pun Warner Bros tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.
Namun dalam sebuah kenyataan syarikat penerbitan filem gergasi itu memberitahu bahawa salah seorang anggota produksi filem yang sama disahkan positif dan diarahkan menjalani sesi kuarantin mengikut protokol yang disaran.
Gambar ehsan: Warner Bros
Menurut laporan Variety.com pula, disebabkan penularan Covid-19 ini. Penggambaran filem ini terpaksa ditangguhkan. Warner Bros telah memutuskan untuk melancarkan penayangan filem tersebut ke layar lebar pada 1 Oktober 2021.
***P/S – Tak sabar nak saksikan filem ni, macam mana agaknya ya, dari vampire jadi Batman. Korang sila, jaga penjarakan sosial dan sentiasalah pakai mask supaya pandemik COVID-19 di negara kita kekal rendah ya. Kalau tak nanti nak tengok wayang pun tak boleh.
Sumber: The New York Post, Vanity Fair & Variety
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lelaki yang didakwa menyerang pelakon terkenal, Kamal Adli akan direman seminggu lagi bagi tujuan melengkapkan pemeriksaan kesihatan di Institut Kesihatan Mental (IMH) republik itu.
Menurut Hakim Daerah Terence Tay, terdapat permohonan daripada IMH supaya reman itu dilanjutkan bagi melengkapkan peperiksaan.
“Saya membenarkan permohonan untuk anda direman selama seminggu lagi di IMH,” katanya sambil menambah sebutan kes seterusnya adalah pada 4 April.
Menurut laporan, pada 14 Mac lalu, mahkamah telah membuat keputusan supaya lelaki tertuduh itu direman selama dua minggu untuk menjalani penilaian psikiatri di institut itu.
Dia didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac kerana disyaki terlibat dalam kes yang menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya secara sukarela.
Cota besi yang digunakan oleh suspek ketika insiden.
Jika sabit kesalahan, kesalahan menyebabkan kecederaan secara sukarela dengan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman penjara yang dapat dilanjutkan sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut.
Turut hadir di mahkamah hari ini ialah peguam Kamal, Jason Wee dari Firma Undang-undang AVW yang berpusat di Malaysia.
Sekadar informasi, kecoh 12 Mac yang lalu apabila Pasukan Polis Singapura telah dimaklumkan mengenai satu kes di 1 Expo Drive di mana suspek didakwa telah menyerang pelakon Malaysia itu dengan cota. Dimaklumkan bahawa pihak polis telah pun merampas senjata itu sebagai bahan bukti kes dan siasat kini sedang dijalankan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Mstar, The Star, Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...