
Pelakon popular, Fattah Amin menjadi bualan hangat netizen apabila tidak kelihatan di majlis persembahan tarian tradisi anak perempuannya, Nur Fatima Aisya baru-baru ini.
Ketidakhadirannya mula dipersoalkan selepas bekas isterinya yang juga aktres dan usahawan, Nur Fazura, memuat naik perkongsian sekitar acara sekolah anak mereka di media sosial tanpa kehadiran aktor tersebut.
BACA: Keluarga Fattah Amin Restu,Terima Baik Kehadiran Amira Othman
Rata-rata warganet meluahkan rasa hairan dan kurang senang, mempertikaikan keputusan Fattah yang memilih untuk bekerja di luar negara berbanding memberi sokongan secara fizikal kepada anak perempuannya.
Namun menerusi satu hantaran Instastory, Fattah tampil memohon maaf kepada Fatima serta menyuarakan rasa bangga terhadap puteri sulungnya itu.
BACA: Fattah Amin Luah Rasa Sayang Buat Puteri Sulung -“Daddy Harap Fatima Tak Lupakan Daddy”
Difahamkan, Fattah kini berada di New Zealand untuk menjalani penggambaran sebuah drama dan tidak dapat bersama Fatima yang kini berusia lima tahun.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.