Baru-baru ini, L’Oréal Paris memperkenal produk inovasi terbaru iaitu Glycolic Bright Anti-Dark Spot Serum yang diformulasi semula dan kini menampilkan ramuan MELASYL, dalam satu acara istimewa di Sunway Pyramid pada 17 Oktober semalam.
Membawa konsep ‘House of Science’, acara yang dijalankan selama seminggu ini mencerminkan dedikasi L’Oréal Paris terhadap inovasi kecantikan, menunjukkan bagaimana kemajuan inovatif mampu memperkasakan para individu untuk mendukung jati diri mereka yang unik.
Selain itu, menerusi L’Oréal Paris House of Science, orang ramai berpeluang menyertai pameran interaktif, menyaksikan demonstrasi secara langsung, dan mendengar panel perbincangan bersama pakar serta peminat penjagaan kulit terkemuka.
Perbincangan tentang MELASYL, termasuk mitos yang berkaitan serta solusi moden dalam penjagaan kulit. Pengunjung berpeluang memahami sains di sebalik ramuan ini dan melihat sendiri bagaimana inovasi L’Oréal Paris menetapkan penanda aras baharu dalam industri kecantikan.
“MELASYL bukan sahaja mencerminkan inovasi terkini kami, tetapi juga memperkukuhkan komitmen untuk memperkasakan individu dengan solusi yang efektif dan mudah diakses. Menerusi MELASYL, kami ingin menyuntik keyakinan dengan memberikan hasil yang boleh dinikmati oleh semua, kerana kecantikan harus bersifat inklusif dan sejajar dengan slogan kami, ‘because you’re worth it’,” ucap Jaren Ong, Pengarah Pemasaran L’Oréal Paris Malaysia-Singapura semasa majlis pelancaran L’Oréal Paris House of Science.
Ads
Bercakap mengenai serum Glycolic Bright Anti-Dark Spot yang dipertingkatkan ini menggunakan MELASYL, ramuan revolusioner hasil kajian selama lebih 18 tahun. Ia terbukti secara klinikal dapat mengurangkan 77% tompokan hitam dalam masa 8 minggu.
Ads
Dalam pada itu, formulasi inovatif ini turut menggabungkan kebaikan niasinamida, terkenal dengan sifat anti-keradangannya bersama asid glikolik dan membuktikan keberkesanannya dalam menangani pelbagai masalah pigmentasi, termasuk kesan jerawat, tompok penuaan, dan kerosakan kulit akibat sinaran matahari.
Walau bagaimanapun, menurut Pengarah Saintifik L’Oréal Paris SAPMENA, Dr. Richard Betts berkata pengguna akan dapat melihat kesan yang lebih baik dalam tempoh satu minggu dan di minggu keempat dengan penggunaan konsisten, tompokan hitam dan tona kulit juga akan lebih sekata.
“Ini antara tip yang boleh saya kongsi kepada anda, pastikan anda gunakan krim pelindung UV matahari sekurangnya empat kali dan gunakan serum Glycolic Bright Anti-Dark Spot pada siang dan malam untuk lihat keberkesanan yang lebih baik”
“Jika dibandingkan pendedahan cahaya biru yang dipancarkan oleh skrin telefon atau sebarang gajet elektronik lain. Saya lebih bimbang jika anda lebih terdedah kepada sinaran UV kerana kesan pigmentasi akan lebih cepat terlihat di permukaan kulit anda,” jelasnya ketika di temubual Remaja dalam acara yang sama.
House of Science turut disertai oleh peneraju industri, wakil media yang bersama-sama meraikan era baharu dalam inovasi penjagaan kulit.
Ia akan berlangsung sehingga 20 Oktober 2024 di Orange Atrium, Sunway Pyramid, acara ini mempelawa anda untuk meneroka dunia kecantikan berinovasi. Temui sains di sebalik MELASYL dan ikuti perjalanan kecantikan bersama L’Oréal Paris!
Terdapat banyak aktiviti lain dan istimewa pada hujung minggu ini beberapa artis jemputan seperti Azrel Ismail, Riena Diana, Jack Gohr, Lisha Ho, Chang Le and Lizz Chloe turut memeriahkan acara ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan adanya teknologi yang semakin luas diterokai sekarang, bukan hanya industri utama dunia yang memperoleh manfaat. Industri kreatif seperti fesyen juga sudah semakin aktif menggunakan kepakaran teknologi bagi menghasilkan sesuatu yang boleh memberikan manfat kepada alam sekitar.
Haa, jangan ingat teknologi yang akan merosakkan bumi kita.
Dengan teknologi juga, kita boleh menghasilkan pakaian yang diperbuat daripada bahan buangan tau!
Inisiatif ini telah diambil oleh dua jenama ‘adik-beradik’ pada akhir tahun ini iaitu H&M dan Monki. Mana tahu selepas ini korang juga akan memakai baju yang dihasilkan daripada kertas yang telah dikitar semula?
.
.
H&M
Seperti tahun-tahun sudah, H&M kembali semula dengan koleksi H&M Conscious Exclusive bagi musim luruh/sejuk 2020.
Kali ini, bahan-bahan yang ditransformasi menjadi pakaian dan aksesori yang boleh dibeli di stor ini telah betul-betul dipilih daripada bahan buangan dan membuktikan bahawa teknologi mampu merealisasikan misi penghasilan produk H&M yang mesra-alam.
Untuk pengetahuan, terdapat fabrik yang diperbuat daripada sisa pokok (wood pulp) bagi menghasilkan pakaian baru yang selesa dipakai, cantik dipandang dan menyerlahkan lagi stail seorang pemakain. Selain itu, penulis juga tertarik dengan aksesori wanitanya yang bold dan edgy. Apabila mengetahui ianya diperbuat daripada besi buangan dan bahan biomass, kami seakan tidak percaya hasilnya bole menjadi secantik ini.
Menariknya, kali ini H&M mengembalikan helaian pakaian untuk lelaki bagi koleksi ini. Ia termasuklah pilihan kemeja, jaket, seluar dan tuksedo!
.
.
MONKI
Koleksi Monki Green Machine merupakan usaha jenama tersebut untuk membantu pengilang operasi membezakan material kapas dan poliyester serta mengitar semula dua material tersebut menjadi koleksi fesyen terjual.
Misi ini menjadi realiti dengan sistem ‘Mesin Hijau’ hasil penyeidikan yang dilakukan di antara H&M Foundation dan HKRITA (Hong Kong Research Institure of Textile and Apparel).
Bahan fabrik yang dikitar semula menjadi material baru.
Koleksi pertama Monki menggunakan sistem ini telahpun dijual melalui laman web rasmi mereka dan ia terdiri daripada beberapa pakaian yang biasa kita gayakan seperti hoodie, seluar trek dan sebagainya. Walaupun projek ini masih pada skala yang kecil, namun Monki bercita-cita untuk memperluaskan lagi penciptaan koleksi fesyen mesra-alam ini pada musim luruh 2021.
*
*
Khas untuk musim percutian akhir tahun ini, H&M turut memperkenalkan koleksi khas yang boleh korang miliki.
Gadis dan wanita masa kini lebih terbuka dalam berfesyen, kebebasan mengekspresikan gaya fesyen mereka.
Rata-rata mereka yang berhijab kini lebih berketrampilan trendy dan chic, namun masih mengekalkan kesopanan dalam berfesyen termasuklah Nana Mahazan. Nana dilihat sering mengenakan fesyen oversized yang menarik perhatian netizen. Dia bijak berfesyen dengan imejnya sekarang.
Pernah ditemubual oleh Berita Harian, Nana mengakui hijrahnya dalam berhijab ialah untuk memperbaiki diri.
“Sejujurnya, sudah lama saya memikirkan hal ini. Situasi pandemik COVID-19 banyak membantu saya mencari sisi lain dalam diri sejak perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan hinggalah ke Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.
“Ia lebih kepada refleksi diri dalam hidup dan kerohanian. Saya manusia tidak sempurna, namun berusaha memperbaiki kekurangan diri. Keputusan berhijrah ini bukan bererti saya sudah cukup bagus atau baik. Sebaliknya saya masih belajar untuk ke arah yang lebih baik,” katanya.
Bagi penulis apabila memiliki keyakinan yang tinggi dalam diri mereka, pakailah fesyen macam mana sekali pun, ia tetap akan kelihatan cantik.
Tidak percaya, jom follow fesyen dari OOTD Nana yang stailo tapi masih sopan.
Sumber Instagram Nana Mahazan
Nampak rileks dengan padanan oversized t-shirt dan jeans. Stailo tapi masih menutup aurat wanita.
Sumber Instagram Nana Mahazan
Yes, hitam itu menawan.
Sumber Instagram Nana Mahazan
Padanan baju blaus hitam yang dipadankan dengan jeans jenis flared memang onzz. Tambah pula dengan hijab bercorak . Tampak stylo habis kan!
Sumber Instagram Nana Mahazan
Apa susah-susah, sepasang blouse muslimah dengan warna biru lembut dan tote bag dah cukup.
Sumber Instagram Nana Mahazan
Simple yet elegant. Satu perkataan penulis boleh katakan.
Bak bidadari turun ke bumi kan?
Penampilan Nana Mahazan ni ringkas je tetapi masih mengekalkan sentuhan elegan dan sopan ini menjadi contoh yang sesuai untuk wanita bertudung! Bolehlah tiru sikit-sikit OOTD Nana ni…hehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam telah berlangsungnya pentas akhir Miss Face of Humanity di Kanada. Pertandingan yang buat julung kalinya diadakan ini telah menyaksikan seramai 17 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan masing-masing bangga mewakili negara tercinta.
Salah sebuah negara yang bertanding adalah Thailand menerusi perwakilan oleh Bew Nuttha Thongkaew. Semestinya wakil dari negara gajah putih ini tidak mengecewakan dengan raut wajah yang cantik dan tubuh yang langsing, dia menyerlahkan aura seorang ratu.
Apabila melalui sesi kuarantin dalam pertandingan, pelbagai aktiviti diadakan. Antara aktiviti yang paling mendebarkan semestinya sesi soal jawab bersama para juri. Sesi ini seperti yang kita sedia maklum, bakal menentukan nasib peserta yang akan mara ke peringkat seterusnya.
Apa yang menarik perhatian ketika sesi soal jawab, Bew Nuttha telah menggayakan sepasang kebaya dalam rona biru gelap dan biru cair siap dengan sulaman mewah. Eh, kenapa kebaya?
Kalau pembaca nak tahu kebaya bukan hanya menjadi busana tradisi di Indonesia, Singapura dan Malaysia sahaja, di Thailand pun ada komuniti yang menjadikan kebaya sebagai pakaian tradisi mereka. Di sana busana kebaya ini dikenali sebagai Banong.
Menurut penjelasan oleh ratu cantik berusia 28 tahun ini, “Saya menggayakan pakaian tradisi Banong dari wilayah sempadan selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat. Ini adalah sebagai perlambangan dan juga simbol keamanan kepada mereka yang melalui keganasan domestik di tiga walayah selatan itu. Saya bawa suara anda bersama saya di Humanity Pageant Global.”
Pakaian tradisi Banong merupakan pakaian yang sama rekaannya seperti kebaya Nyonya yang digayakan masyarakat campuran Melayu-Cina di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Selain mengenakan pakaian ini, Bew Nuttha turut melengkapkan gaya keseluruhannya dengan aksesori Yan Lipao iaitu rekaan beg turun temurun berasal dari daerah Nakhon Si Thammarat yang merupakan sebuah bandar di Selatan Thailand.
Wanita anggun ini menamatkan saingan di pentas finale Miss Face of Humanity di kedudukan top 10. Wakil Indonesia, Nadia Tjoa dimahkotakan sebagai pemenang sulung pertandingan ratu cantik ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!