Masih mencari lokasi yang sesuai untuk ‘healing’ ke tu? Ha, mari sini Remaja kongsikan satu tempat yang korang boleh healing sepuasnya dengan tenang…
Ya, lokasinya hanya di Pulau Mutiara, Pulau Pinang sahaja! Selain terkenal dengan nasi kandar, negeri ini juga memiliki ‘hidden gems’ yang semakin popular iaitu Boulder Valley Glamping yang terletak di Teluk Bahang, Balik Pulau.
Lokasi yang diselimuti kehijauan alam semula jadi itu adalah destinasi percutian yang sesuai untuk mereka yang ingin beristirehat daripada hiruk-pikuk kota dan mencari ketenangan atau lebih popular dengan istilah terkini ‘healing’.
Paling syok sekali, korang tak perlu dah nak bawa pelbagai peralatan seperti berkhemat tu…. Di sini, semua dah tersedia buat anda!
Ads
Biarpun bilik yang ditawarkan berkonsep kanopi, tetapi Boulder Valley Glamping tidak berkompromi soal keselesaan pengunjung. Tidak keterlaluan jika dikatakan anda seolah-olah berada di hotel lima bintang, namun dikelilingi alam semula jadi.
Saat kaki melangkah masuk ke Boulder Valley Glamping, anda disambut dengan alunan bunyi cengkerik dan aroma hutan yang cukup mendamaikan. Fuh, memang tenang!
Menurut Pengurus Boulder Valley Glamping, Eugene Hoe, terdapat tiga jenis bilik yang ditawarkan kepada pengunjung iaitu Safari Tent, Tented Villa dan Chalet Room yang harganya bermula daripada RM300 sehingga RM800.
Ads
Sungguhpun konsep seperti perkhemahan, kelengkapan asas disediakan antaranya seperti, pengering rambut, ketuhar gelombang mikro, soket elektrik untuk memudahkan pengunjung menggunakan barangan elektronik dan juga bilik mandi serta tandas di dalam setiap bilik.
“Jika pengunjung mahu rasa seperti tinggal di dalam khemah sebenar mereka boleh mengambil Safari Tent yang dikelilingi kanvas, bezanya kelengkapan asas semua ada di dalam bilik termasuk mempunyai perkhidmatan ‘room service’ untuk tempahan makanan.
“Tempat ini juga sering disewa untuk pelbagai acara seperti perkahwinan, fotografi, yoga, Zumba, kem bina semangat (team building) syarikat dan jabatan kerajaan serta pelbagai lagi.
“Biasanya pihak kami akan berbincang dengan pelanggan dan sebolehnya cuba memenuhi permintaan mereka mengikut kesesuaian bajet masing-masing,” ujar Eugene.
Ads
Lebih menariknya, sayuran dan ulaman yang dihidangkan dalam makanan di kafe Boulder Valley Glamping ditanam secara organik oleh kakitangannya.
Sekadar informasi, Boulder Valley Glamping mula dibuka pada 2014, tetapi kini pengurusannya telah diambil alih oleh DXN Holdings Berhad sejak 2019.
Buat mereka yang ingin merasai sendiri pengalaman bersama alam semulajadi di sini boleh membuat tempahan menerusi laman web, https://bouldervalleyglamping.com.my .
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dulu mungkin ramai yang menganggap platform Tik Tok ini hanya untuk BBNU (budak-budak baru nak up) kerana rata-rata daripada content yang dipaparkan hanyalah dengan tarian sahaja, tetapi kini Tik Tok telah menjadi medium untuk kita mencari ilmu juga.
Selain daripada follow akaun Tik Tok hiburan, korang juga boleh follow akaun-akaun yang memberi manfaat, seperti perkongsian ilmu yang dibuat oleh individu professional.
Seperti yang dilakukan oleh seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Samhan, selain mempunyai akaun Twitter, beliau juga kini bergiat aktif menyampaikan ilmu perubatan di laman Tik Tok. Tidak dinafikan, masyarakat sekarang lebih-lebih lagi golongan anak muda memang suka menonton video berbanding membaca. Jadi, jika ingin menyampaikan sesuatu info atau ilmu, mereka lebih tertarik untuk mengetahuinya dengan menonton video.
Maka, tidak hairanlah sekiranya Dr. Samhan berjaya memperoleh lebih daripada 1 juta pengikut di Tik Tok dan video-video yang dimuat naik olehnya juga mendapat tontonan yang tinggi.
Kami juga tertarik dengan perkongsian yang dibuat kerana terdapat banyak persoalan tentang perubatan yang dijawab oleh doktor ini.
Jom kita lihat antara video-video perkongsian ilmu perubatan yang telah dikongsi.
Pengorbanan seorang bapa menyara keluarga sebagai seorang pemandu bas terbalas apabila puterinya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023.
Menurut pemilik nama Riska Sainuddin, dia memaklumkan bapa tercintabya banyak berkorban termasuk sentiasa memberi dorongan supaya belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang sangat membanggakan itu.
“Saya pelajar asrama dan setiap jam 3 pagi, bapa akan hubungi untuk kejutkan saya supaya mengulang kaji pelajaran terutama pada minggu peperiksaan.
“Dia akan pastikan saya belajar semasa sepanjang minggu ulang kaji dan peperiksaan supaya dapat fokus untuk menjawab peperiksaan.
“Alhamdulillah, semua keputusan cemerlang dan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 bagi subjek Geografi, Pengajian Am, Sejarah, Sains Sukan dan Pengajian Perniagaan,” katanya pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan itu.
Dalam pada itu, bapanya Zainudin Osman mendedahkan walaupun dia hanya bekerja sebagai pemandu bas dengan pendapatan tidak menentu namun dapat memberi peluang pelajaran yang terbaik buat kesemua anaknya malah salah seorang daripadanya mencapai keputusan cemerlang.
“Saya akan sokong anak saya jika dia mahu melanjutkan pengajian di universiti walaupun pendapatan sebagai pemandu bas tidak menentu malah kadang-kadang hanya mendapat RM50 sehari, tetapi berkat kesabaran Alhamdulillah masih boleh memikul tanggungjawab sebagai bapa.
“Selain itu, mujur juga anak-anak yang sudah bekerja banyak membantu dari segi kos pendidikan adik-adik mereka yang masih bersekolah,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lokasi rekreasi popular, Padang Merbok di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur akhirnya dibuka sepenuhnya kepada orang ramai selepas penutupan selama lebih tiga tahun.
Padang Merbok yang popular dalam kalangan komuniti Kuala Lumpur yang ingin bersukan terutamanya untuk sesi latihan dan perlawanan ragbi telah dibuka semula sejak 14 Januari lepas setelah pagar penghadang diturunkan oleh Kerajaan MADANI.
Menurut Menteri di Jabatan perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dalam satu hantaran di akaun Facebook, Padang Merbok bukan hanya merupakan lokasi bersejarah untuk digunakan bagi tujuan rekreasi terutamanya dalam kalangan penduduk Kuala Lumpur serta bagi tujuan perhimpunan aman.
Malahan, ia juga boleh digunakan bagi tujuan peningkatakan aktiviti pelancongan dan acara awam berskala besar.
“Ruang awam mesti berkhidmat untuk rakyat, bukan untuk kuasa.”
“Dengan memulihkan padang bersejarah ini, kerajaan menyediakan lokasi yang lebih selamat dan mudah diakses untuk rakyat berkumpul, sambil mengurangkan kesesakan dan melindungi kawasan warisan berdekatan.
“Padang Merbok kini dibuka semula dan berada tepat di tempat yang sepatutnya,” catatnya.
Faktor lokasi Padang Merbok yang terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka dan Parlimen membawa makna tersendiri dalam sejarah kebangsaan. Bak kata Hannah Yeoh, ia menjadi titik pertemuan semula jadi antara kehidupan komuniti dan ekspresi demokrasi.
Penutupan Sejak 2022 Undang Kritikan
Terdahulu, Padang Merbok ditutup sejak Ogos 2022 di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu. Penutupan tersebut secara tidak langsung menafikan penggunaannya dalam kalangan orang awam, khususnya komuniti sukan dan aktiviti rekreasi.
Pembukaan semula Padang Merbok kini dilihat sebagai satu langkah positif ke arah mengembalikan fungsi asal ruang awam serta memperkukuhkan hubungan antara kerajaan dan rakyat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!