Dalam tempoh minggu lalu nama Little Miss Khan atau Ameera Khan yang juga merupakan adik kepada Neelofa telah menjadi bualan ramai. Kontorversi kecil yang tercetus berlaku kerana dia dikatakan telah memperlekehkan sebuah jenama telefon pintar dari Korea Selatan iaitu Samsung di dalam salah sebuah vlog-nya di YouTube yang berjudul ‘Quickfire Q&A with LMK‘.
Dan seperti mana yang korang mungkin sudah maklum menerusi sesi soal jawab quickfire itu Ameera telah ditanya tentang pilihannya antara Apple atau Samsung. And the rest is history…
Ads
Namun Ameera telah tampil secara terbuka memohon maaf menerusi akauan Instagram miliknya kerana telah secara tidak langsung menyinggung perasaan mana-mana pihak di atas insiden tersebut.
Foto: Instagram @littlemisskhan
Jelasnya, ketika penggambaran tersebut dijalankan dia berada dalam keadaan terlalu selesa di depan kamera dan orang-orang persekitaran. Dan disebabkan itu jugalah perkataan ‘ewww’ tersebut terkeluar secara spontan. Tambah Ameera lagi, pihaknya juga sepatutnya memotong scene berkenaan sebelum di muat naik. Dia sedar perkara tersebut telah menyinggung sesetengah pihak dan dia juga tidak bermaksud untuk berbuat demikian.
Ads
Malah jelas Ameera lagi dia sangat menghormati jenama antarabngsa berkenaan dan berazam untuk lebih berhati-hati di masa akan datang.
Selain itu, Ameera juga menegaskan tentang kisah tular yang mendakwa ‘bekas gurunya’ adalah tidak benar. Dan perkara tersebut sangat mendukacitakan baginya.
Ads
Walau apapun Remaja berharap Ameera terus tabah dan sabar. Jadikanlah setiap apa yang berlaku sebagai pengajaran. Mungkin ramai yang sudah lupa bahawa Ameera masih muda dan merupakan seorang remaja yang sedang belajar.
Okay kami nak letakkan disclaimer dahulu: Rezeki jodoh ajal maut semuanya di tangan Tuhan ya.
Cumanya, setelah Jabatan Perangkaan Negara meneliti statistik purata usia rakyat Malaysia di setiap negeri bagi tahun 2018, ia menunjukkan bahawa anggaran purata jangka hayat lelaki di Kelantan dan Terenggany lebih rendah!
Mereka sekadar mencatatkan usia 69.6 tahun berbanding purata kebangsaan 72.7 tahun.
Purata jangka hayat tertinggi bagi lelaki di Malaysia pula dicatatkan oleh lelaki di Sarawak iaitu 75.3 tahun. Fuhh..tu lagi tinggi daripada purata kebangsaan!
BAGAIMANAPUN(sabar ya lelaki di Kelantan dan Terengganu)..
..kadar kelahiran yang agak tinggi dicatatkan di negeri Kelantan dan Terengganu. Masing masing pada purata 21.6 dan 23.1 kelahiran bagi setiap 1,000 populasi.
Kadar kelahiran tertinggi jatuh kepada Wilayah Persekutuan Putrajaya (28.8) manakal terendah pula dicatatkan negeri Perak iaitu 14.0.
***
Girls, jangan risau. Statistik untuk korang pun adalah!
Secara keseluruhannya, purata jangka hayat perempuan di seluruh Malaysia tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dari negeri ke negeri.
Purata jangka hayat kebangsaan mencatatkan purata usia 77.6 tahun bagi perempuan. Akan tetapi, Sarawak SEKALI LAGI mencatatkan purata jangka hayat yang lebih tinggi berbanding purata kebangsaan iaitu 78.9 tahun bagi perempuan.
Haih, nak lahir dan tinggal di Sarawak lah! Hiks.
Apapun, yang penting adalah kita menjaga kesihatan, kadar stres dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pemain pasukan bola tampar Serbia baru-baru ini telah digantung selama 2 permainan setelah dia didakwa berkelakukan rasis sewaktu perlawanan menentang pasukan Thailand di Itali pada 1 Jun lalu.
Amat malang bagi pemain bernama Sanja Djurdjevic apabila perlakuannya itu dirakam dalam paparan kamera. Dengan menggunakan jarinya, Sanja didapati menarik matanya agar ia kelihatan ‘sepet’ sewaktu perlawanan berlangsung. Perbuatan tersebut nyata telah mencetuskan amarah dalam kalangan peminat sukan.
Sanja sejak itu telahpun memohon maaf bersama-sama Persatuan Bola Tampar Serbia yang – BTW – beranggapan ia hanyalah salah faham kerana Sanja tiada niat untuk mencetuskan polemik perkauman di atas gelanggang,
Bagaimanapun, itu tidak bermakna pemain itu terlepas daripada hukuman daripada Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB)
Persatuan itu telah dikenakan kompaun melebihi USD22,000 dan wang tersebut akan didermakan kepada program yang dikhaskan untuk mengajar mengenai sesitiviti budaya dalam sukan bola tampar di peringkat antarabangsa.
Selain tu, Sajan juga digantung daripada dua perlawanan akan datang di mana Serbia akan menentang Belgium dan Kanada.
Sanja Djurdjevic.
Ulas Persatuan Bola Tampar Serbia menerusi akaun rasmi Facebook, mereka berkata, “Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada pasukan Thailand, kepada rakyat Thai dan kepada semua yang terkesan dengannya.
“Kami meminta anda untuk tidak memperbesarkan isu ini melebihi sekarang. Sanja sedar akan kesalahan yang dilakukan dan dia terus meminta maaf kepada keseluruhan pasukan Thailand. Dia tidak bermaksud untuk berkelakuan biadap.” Malah menerusi muat naik pada 2 Jun itu, Sanja dan pasukan bola tampar Thai juga dilihat sudah bermaafan dan tidak menyimpan dendam.
Insiden tersebut telah mendapat perhatian ramai memandangkan kempen ‘Stop Asian Hate’ masih hangat diperkatakan di seluruh dunia.
Terdahulu, dunia sukan bola tampar telah dilanda satu lagi kontroversi membabitkan pasangan kembar yang juga merupakan atlet kebangsaan pasukan Korea Selatan disebabkan oleh dakwaan kononnya mereka pernah bergelar pembuli semasa di sekolah menengah.
Semalam, hari kedua serangan zionis Israel ke bumi Palestin, menyaksikan 30 buat rumah hancur serta merta manakala 500 rumah lain mengalami kerosakan.
Dalam serangan berterusan itu, tentera Israel dilihat melepaskan beberapa peluru berpandu ke kawasan Yarmouk di Timur Khan Younis. Jet perang mereka turut mengebom kawasan Al-Sharqiya di Selatan Semenanjung Gaza.
Di sebalik pengeboman dilakukan, menerusi facebook Aman Palestin, mereka melaporkan zionis Israel telah menggerakkan lebih banyak kereta kebal, tentera dan pelbagai senjata canggih ke sempadan Gaza.
Kereta kebal zionis Israel sudah mula berkumpul di sempadan menanti tarikh 30 Mac ini
Saksikan betapa pengecutnya Israel melawan rakyat Palestin yang hanya punya batu dan tayar ketika melawan mereka setahun laluSemakin banyak peralatan ketenteraan dikerah ke sempadan demi #GreatReturnMarch ini iaitu dua hari lagi
Sebabnya, di sebalik kekejaman ini, Israel begitu bimbang dengan kedatangan tarikh 30 Mac, dua hari lagi
Apa ada di sebalik tarikh 30 Mac ini? Kenapa Israel kecut perut menanti sehingga menggerakkan tenteranya ke sempadan.
Tahukah, sejak 71 tahun lalu bumi Palestin dijajah oleh zionis Israel dengan cara yang sangat keji, kejam dan tidak boleh diterima akal. Puluhan ribu rakyat menderita Palestin dan ribuan ekar tanah dirampas. Malah dari tahun 1948 itu turut menyaksikan lebih 5 juta rakyat Palestin keluar dari Palestin dan menetap di negara lain.
Namun sejak tahun lalu, penduduk Gaza terinspirasi untuk menuntut kembali tanah yang dijajah. Maka timbulkan idea #GreatReturnMarch yang bakal berlaku dua hari lagi iaitu tanggal 30 Mac ini.
Israeal sama sekali tidak menyangka, lebih 200,000 ribu rakyat Palestin bangkit dan berada di batas-batas sempadan, membakar tayar, membaling batu demi mengambil semula tanah yang dirampas.
Lihat betapa bersemangatnya Saber Al-Ashkar 30 tahun dalam #GreatReturnMarch tahun laluKaki kudung akibat kekejaman zionis Israel tak halang Saber untuk sama berjuang semasa #GreatReturnMarch tahun laluRakyat Palestin menggunakan batu melawan tentera Israel
Semangat kali pertama itu menyaksikan ramai yang mati shahid termasuk seorang jururawat Razzan Al-Najjar yang juga sukarelawan Humanitarian Care Malaysia Berhad yang meninggal pada hari Jumaat selepas ditembak semasa tarikh 30 Mac tahun lalu.
Sukarelawan ini Najjar mati syahid akibat ditembak dalam kejadian 30 Mac tahun laluDalam usia kecilnya, kanak-kanak ini turut berjuang dalam #GreatReturnMarch dan akhirnya dia mati syahid selepas ditembak zionis Israel
Ada apa di sebalik #GreatReturnMarch yang kita semua perlu tahu dan sokong ini?
Great Return March merupakan perjuangan daripada rakyat Palestin dalam mengembalikan hak dan kebebasan mereka. Antara objektif utama GRM ialah:
Menuntut hak untuk kembali pulang ke Palestin adalah sah mengikut ketetapan 194 PBB. Tidak ada mana-mana pihak yang boleh manafikan atau membatalkan hal tersebut.
Meraih sokongan seluruh dunia bagi mengangkat martabat nilai keadilan dan keamanan untuk Palestin.
Menyeru agar PBB mengambil tanggunjawab sepenuhnya untuk melindungi pelarian Palestin agar mereka kembali ke tanah Palestin.
Hak untuk kembali adalah hak yang ‘suci’ dan tidak boleh ditangguhkan dan mesti segera dilaksanakan secepat mungkin.
Demonstrasi ini adalah bentuk penentangan dan perjuangan rakyat Palestin yang baru. Wanita, kanak-kanak dan lelaki akan turut mengambil bahagian bagi menuntuk hak mereka untuk kembali dan bebas dari penjajahan.
Seruan #GreatReturnMarch ini juga merupakan seruan untuk seluruh umat Islam selain menyebarkan mesej perjuangan untuk membebaskan bumi Palestin. Marilah kita bersama-sama menyahut seruan ini bersama rakyat Palestin dan menunjukan kepada dunia persaudaraan dan penyatuan umat Islam dalam isu Palestin. Jangan berhenti untuk berdoa dan kongsikan penderitaan mereka kepada seluruh dunia.
Roket yang dilancarkan dalam tempoh dua hari iniBandar di Gaza dibedil oleh roket-roket Zionis Israel. Setakat ini 30 rumah musnah serta merta dan 500 lagi alami kerosakan akibat bedilan
Kenapa Israel kecut perut?
Kebangkitan ini adalah sesuatu yang zionis tidak sangka akan berlaku.
Masa yang sama, Israel malu di peringkat antarabangsa apabila Palestin berjaya merakam kejadian zionis kejam ini membunuh dan mencederakan 1400 warga Palestin dalam masa sehari sahaja. Masa yang sama, mereka turut membunuh 22 orang rakyat Palestin dan mencederakan 1500 orang dari daerah yang berbeza.
Isu Gaza kembali mendapat perhatian dan krisis kemanusiaan di negara terbabit mula mendapat perhatian dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!