Mesti ramai peminat yang rindu melihat kemunculan pelakon terkenal, Lisa Surihani mewarnai pentas lakonan negara. Walau bagaimanapun, beliau kini lebih menonjol sebagai model tudung muslimah ataupun pengacara program televisyen.
Lisa Surihani atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed (38) berkata, beliau tidak menafikan perjalanan karier seninya sebagai aktres agak perlahan khususnya selepas mendirikan rumah tangga dan menjadi ibu kepada dua cahaya mata.
Selain itu, anak kelahiran Kuala Lumpur ini mengakui sengaja memilih langkah itu untuk bersikap selektif terhadap watak yang ditawarkan kepadanya dan ingin sesuatu kelainan dalam setiap watak yang bakal dilakonkan.
Kredit: Instagram Lisa Surihani
Dalam pada itu, isteri kepada komposer dan pengarah terkenal Datuk Yusry Abdul Halim ini mula tampil berhijab kira-kira lima tahun lalu selepas pulang menunaikan umrah juga kini lebih tertarik kepada naskhah jalan cerita berunsurkan kerohanian serta memberi manfaat kepada orang lain.
Ads
“Kalau ikutkan pada perjalanan kerjaya saya dari awal lagi, saya sudah buat pelbagai (watak). Tetapi, kalau dari segi keagamaan (drama, filem) itu mungkin, in the past sekali dua macam itu (sahaja),” katanya.
“Jadi, kalau ada cerita sebegitu (nilai keagamaan), saya boleh (lakonkannya) dan harapnya juga, ia (drama atau filem yang) tertulis untuk saya, insya-Allah. Sebelum berhijrah pada 2019, saya memang agak berhati-hati memilih watak dan sentiasa menitikberatkan pendapat mereka yang dekat dengan saya,” tambahnya.
Kredit: Bernama
Sementara itu, Lisa yang pernah popular menerusi watak Dian dalam filem Istanbul Aku Datang ini bagaimanapun menafikan bahawa keterbatasannya beraksi di pentas lakonan berpunca daripada suaminya yang menetapkan syarat-syarat tertentu.
Ads
Malah, pemenang anugerah pelakon wanita terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 dan 26 ini berkata suaminya tidak pernah menetapkan sebarang syarat kepadanya dalam mengukuhkan lagi sayap di dunia seni.
“Sebaliknya, dia lebih memberi sokongan di atas keputusan yang (saya) buat. Alhamdulillah, dari awal perkahwinan lagi, ada persefahaman yang cukup baik antara saya dengan suami, bahkan tidak pernah pula ada situasi (dia tidak beri saya ambil apa-apa tawaran). Biasanya, dia akan okey sahaja”
Ads
Kredit: Suara Sarawak
Menginginkan yang terbaik, Lisa, anak keempat daripada lima beradik ini berkata semestinya beliau menyimpan harapan tinggi pada tahun ini untuk melihat perjalanan karier seninya serta kehidupannya bersama-sama dengan keluarga tercinta sentiasa dipermudahkan.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelakon terkenal dan legenda seni mempertahankan diri Hong Kong, Bruce Leung Siu-lung, dilaporkan meninggal dunia pada usia 77 tahun, pada 14 Januari lalu.
Pemergian bintang ikonik itu disahkan menerusi laporan media tempatan Hong Kong yang memetik pengesahan daripada rakan rapat serta pihak pengurusannya. Berita tersebut sekaligus mencetuskan rasa duka dalam kalangan peminat filem aksi klasik Asia dan antarabangsa.
Difahamkan, punca kematian Bruce Leung masih belum disahkan secara rasmi oleh pihak keluarga. Namun, beberapa sumber mendakwa beliau berkemungkinan mengalami edema serebrum akut iaitu keadaan serius yang melibatkan bengkak otak, manakala laporan lain menyatakan faktor kegagalan jantung sebagai antara kemungkinan punca kematian.
Bruce Leung yang pernah membawakan watak ikonik ‘Sifu Kodok’ dalam Kung Fu Hustle
Setakat ini, keluarga mendiang masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan perubatan terperinci berhubung pemergian pelakon berkenaan, dan orang ramai diminta menghormati privasi keluarga dalam tempoh berkabung ini.
Untuk info, Bruce Leung merupakan antara ikon utama era kegemilangan sinema kung fu Hong Kong pada tahun 1970-an dan 1980-an. Namanya sering dikaitkan dengan fenomena ‘Bruceploitation’ yang muncul selepas kematian legenda seni mempertahankan diri, Bruce Lee.
Selepas sekian lama aktif dalam industri, beliau kembali meraih perhatian global menerusi watak The Beast dalam filem Kung Fu Hustle (2004). Lakonan berkarisma serta koreografi aksi yang mantap menjadikan watak tersebut ikonik dan memperkenalkan Bruce Leung kepada generasi baharu peminat filem.
Di samping itu, selain kerjaya lakonan yang menjangkau lebih lima dekad, Bruce Leung turut dikenali sebagai penggiat seni mempertahankan diri yang terlatih dalam beberapa disiplin, termasuk Goju-ryu Karate dan Wing Chun, sekaligus mengukuhkan reputasinya sebagai figura berpengaruh dalam industri aksi Asia.
Sementara itu, upacara perpisahan terakhir mendiang Bruce Leung dijadualkan berlangsung pada 26 Januari ini di Longgang, Shenzhen, bagi memberi peluang kepada keluarga, rakan dan peminat untuk memberikan penghormatan terakhir.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sabtu lalu, pelakon lelaki terkenal Malaysia Remy Ishak telah pun menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan, Ezza Yusof dalam sebuah acara tertutup di Masjid Negara.
Remy Ishak antara ‘Hero Malaya’ yang menjadi pujaan hati ramai peminat wanita ini akhirnya bernikah setelah melalui pelbagai pahit manis dalam perhubungannya bersama Ezza sebelum ini.
Khabarnya, ramai gadis yang ‘patah hati’ apabila jejaka kacak ini melangsungkan perkahwinan. Betul ke? Hiks!
Nampaknya Remy bukan sahaja menjadi perhatian gadis-gadis, malah dia juga turut diminati oleh semua golongan umur.
Semalam, Shuib Sepahtu memuat naik sebuah video yang memaparkan ibunya membuat panggilan video bersama pelakon lelaki itu. Khabarnya, ibu Shuib juga sangat meminati
Remy Ishak dan menerusi video yang berdurasi dua minit lebih itu juga, jelas sekali ibu Shuib sangat teruja apabila dapat bercakap dengan pelakon pujaannya itu.
Lebih menghiburkan lagi apabila ibu Shuib sempat bergurau dengan mengatakan “Selepas ini boleh tengok Remy lagi tak?” Hiks!
Ramai yang meninggalkan komen terhibur melihat reaksi ibu Shuib apabila dapat membuat panggilan video bersama Remy Ishak.
Ibu Shuib juga sempat memberikan nasihat dan doa buat pasangan pengantin baru itu dan diakhir perbualan mereka, Remy turut mengucapkan takziah kepada Shuib dan ibunya atas pemergian Allahyarham Siti Sarah.
Apa-apa pun, sekali lagi Remaja ingin mengucapkan tahniah buat Remy Ishak dan isteri dan semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke Jannah.
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...