Berita

Lisa Manobal Guna Peluang Tonjolkan Seni Fesyen Thailand & Perancis Sewaktu Dilantik Duta Pelancongan Negaranya

Share

Bersempena pelantikannya sebagai Duta Amazing Thailand di bawah kempen ‘Feel All The Feelings’, penyanyi dan pelakon antarabangsa Lisa Manobal sekali lagi membuktikan pengaruhnya dalam aliran fesyen global.

Pelantikan ini dilihat sebagai langkah strategik kerajaan Thailand dalam menarik minat pelancong antarabangsa melalui figura berpengaruh yang dekat di hati peminat dari seluruh dunia.

Dalam penampilan rasmi tersebut, Lisa Manobal menyarungkan adi busana daripada Balmain, sebuah rumah fesyen mewah terkenal dari Perancis. Pemilihan ini bukan sekadar soal estetika, tetapi membawa simbolik sejarah dan hubungan budaya yang mendalam antara Thailand dan Perancis.

Inspirasi Gaun Ikonik Balmain Era 1960-an

Bersempena pelantikannya sebagai Duta Amazing Thailand di bawah kempen ‘Feel All The Feelings’, penyanyi dan pelakon Lisa Manobal telah menyarungkan adi busana daripada Balmain, sebuah rumah fesyen terkenal Perancis.

Pemilihan adi busana ini tidak dibuat sewenang- wenangnya. Rekaannya diinspirasikan daripada gaun ikonik Balmain bernama ‘Nuit à Londres’ daripada koleksi Spring Summer 1960; asalnya digayakan oleh Mendiang Baginda Ratu Sirikit, Bekas Permaisuri Thailand dan Ibu Suri kepada Raja Maha Vajiralongkorn.

Hubungan Erat Balmain & Keluarga Diraja Thailand

Selama lebih 20 tahun, Pierre Balmain telah menyiapkan sebahagian besar busana Mendiang Baginda, sekaligus mencorakkan hubungan akrab di antara rumah fesyen Balmain dan keluarga Diraja Thailand.

Intepretasi semula adi busana ini telah menggunakan fabrik brocade Thai rona kuning, rose gold dan emas. Diadun pula dengan fabrik sutera Thai rona chartreuse, manakala bahagian bawah gaun daripada fabrik duchesse satin.

Pemilihan rekaan dan rumah fesyen Balmain oleh Lisa kali ini juga selari dengan ulang tahun hubungan diplomasi ke-170 negara Thailand-Perancis. Sekaligus, ia membawa mesej yang lebih mendalam dan signifikan menerusi pemilihan fesyen.

Lisa juga menyarungkan rantai Bvlgari memandangkan beliau adalah duta kepada jenama berkenaan di bawah syarikat konglomerat mewah dari Perancis, LVMH.

Manakala beg Lisa dengan rekaan unik ini pula adalah daripada jenama kelahiran Thailand, Jasmina.

Peranan Lisa Manobal Sebagai Duta Amazing Thailand

Bercakap lanjut mengenai pemilihan Lisa oleh kerajaan Thailand pula, Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) Thapanee Kiatphaibool berkata, peranan Lisa sebgai duta akan mengajak pelancong dalam dan luar negara untuk ke serata negara Thailand yang kaya dengan keindahan, keunikan dan penuh nilai.

Lisa sebagai salah seorang selebriti antarabangsa paling bekerja keras turut mencerminkan diri sebenar rakyat Thailand yang mesra, sekaligus mendorong kunjungan berulang ke negara itu.

 

Published by
FZ