Bintang K-Pop terkenal, Lisa BLACKPINK sekali lagi mencuri perhatian apabila melangkah lebih jauh dalam dunia perniagaan menerusi pengembangan syarikat miliknya, LLOUD Co., ke Amerika Syarikat. Langkah tersebut dilihat sebagai satu perkembangan besar buat penyanyi itu yang kini bukan sahaja aktif dalam bidang muzik, malah semakin menyerlah sebagai seorang usahawan dan pelakon.
Menerusi sebuah perkongsian portal Pop Core di X, Lisa atau pemilik nama sebenar Lalisa Manobal (29), dilaporkan telah membuka cawangan rasmi LLOUD di California, Amerika Syarikat selepas proses pendaftaran syarikat tersebut disahkan pada Julai 2026. Pembukaan cawangan itu menjadi sebahagian daripada usaha LLOUD untuk memperluaskan operasi ke pasaran hiburan global.
Berdasarkan dokumen pendaftaran syarikat, LLOUD kini mempunyai kebenaran rasmi untuk beroperasi di California yang sememangnya dikenali sebagai salah satu pusat utama industri muzik, hiburan dan fesyen dunia. Sebelum ini, syarikat tersebut telah beroperasi dengan ibu pejabat yang berpusat di Singapura.
Ads
Lebih menarik lagi, dokumen sama turut menunjukkan Lisa memegang beberapa jawatan penting dalam syarikat tersebut termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Pengarah serta Setiausaha. Perkara itu sekaligus memperlihatkan penglibatan secara langsung Lisa dalam menguruskan hala tuju syarikat yang diasaskannya.
Dalam pada itu, Brandon Chon pula disenaraikan sebagai Registered Agent atau Agen Berdaftar yang bertanggungjawab mengendalikan urusan pentadbiran serta dokumen perundangan syarikat. Jawatan tersebut tidak bermaksud beliau merupakan pemilik kepada LLOUD.
Ads
Perkembangan terbaru beliau juga menerima pelbagai reaksi daripada peminat (BLINK) yang kagum melihat kemampuan Lisa mengimbangi kerjaya seni dan tanggungjawab sebagai peneraju syarikat. Ramai memuji pendekatan ‘hands-on’ penyanyi itu dalam membina empayar sendiri sejak menubuhkan LLOUD pada 2024 selepas tidak meneruskan kontrak solo bersama YG Entertainment.
Selain fokus mengembangkan LLOUD, Lisa juga bakal meneruskan beberapa projek besar dalam bidang muzik dan lakonan. Dalam temu bual bersama Vanity Fair pada Jun lalu, Lisa mengesahkan bahawa beliau sedang memulakan proses menghasilkan album solo terbaru yang masih berada di peringkat awal.
Album tersebut dijangka hadir bersama siri persembahan residensi ‘VIVA LA LISA’ di Las Vegas yang bakal berlangsung di The Colosseum, Caesars Palace pada November ini. Lisa turut mencipta sejarah apabila menjadi artis K-Pop pertama yang mengetuai persembahan residensi di lokasi berkenaan, selain terus mengembangkan kerjaya lakonan menerusi projek Netflix termasuk ‘Tygo’ dan sebuah filem komedi romantik yang mendapat inspirasi daripada ‘Notting Hill’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk pengetahuan semua, Esma Daniel juga merupakan pemenang Hero Remaja pertama yang dipilih oleh Majalah Remaja sekitar tahun 1990/1991 bersama rakan seangkatan iaitu Badrul Muhayat dan Azhar Sulaiman.
Baru-baru ini, nama Esma Daniel kembali menjadi bualan ramai selepas anak lelakinya, Harith yang juga merupakan pelakon dilihat melakukan trend ‘My dad/mom said he/she rejected a lot of girls/boy back then’ di TikTok.
Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Harith dilihat ‘throwback’ beberapa keping foto bapanya ketika masih muda.
Perkongsian Harith di TikTok telah dibanjiri dengan komen netizen yang kembali mengimbau memori mengenai paras rupa bapanya yang sememangnya sangat kacak sejak terjun ke dalam industri seni sejak 30 tahun yang lalu.
Masih kacak abang Esma ini walaupun sudah berusia 50-an…
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular baru-baru ini apabila pelakon cantik popular, Nora Danish mengajak para peminat dan pengikutnya di media sosial untuk sama-sama menghafal salah satu surah di dalam Al-Quran iaitu surah Al-Mulk.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik semula oleh peminat, tindakan Nora Danish atau nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif (42) yang mengajak peminat untuk menghafal surah yang boleh menjadi pelindung dari azab kubur bagi umat Islam itu mendapat pujian.
Mengakui masih dalam proses pembelajaran, Nora berkata setakat ini dia baru sahaja menghafal ayat satu sehingga ayat lima.
Kredit: Nora Danish
“Saya sekarang sebenarnya dalam percubaan untuk menghafal surah al-Mulk. Saya harap dengan perkongsian video saya ini akan membuka ramai hati orang di luar sana untuk sama-sama menghafal surah ini dengan saya”
Ujarnya menerusi video yang sama, “Saya baru sahaja hafal ayat 1 hingga 5, jom kita lumba nak sama-sama? Jom dengar saya baca, korang tolong semakkan.”
Kredit: Nora Danish
Dalam pada itu, ramai yang memuji usaha pelakon yang terkenal melalui drama bersiri Puteri dan filem Aku Terima Nikahnya dalam menghafal surah berkenaan dan ada juga yang berkongsi tip cara menghafal dan mengingati surah Al-Mulk dengan cara lebih mudah.
Sementara itu, menerusi akaun Instagram Nora, beliau berharap agar perkongsian yang dibuat akan menjadi manfaat kepada orang yang menonton video tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagu terbaru Blackpink, How You Like That menerima reaksi positif daripada peminat diseluruh dunia kerana sewaktu pelancarannya, baru 4 jam sahaja sudah mendapat 20 juta tontonan di YouTube.
Blackpink telah berjaya mencipta rekod apabila mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 1.65 juta semasa tayangan perdana, sekali gus mencipta rekod baru dan memintas tontonan tayangan perdana kumpulan BTS yang mendapat tontonan sebanyak 1.54 juta menerusi lagu ON.
Biasanya, ramai yang akan membuat cover tarian lagu-lagu Blackpink, namun sedikit kelainan yang telah dilakukan oleh penyanyi dan pemuzik, Sissy Imann apabila dia memainkan lagu How You Like That dengan petikan piano.