Fesyen

Met Gala 2026: Lisa BLACKPINK Tampil Bak Pengantin Futuristik, Busana Mewah Makan Masa Hampir 3,000 Jam Untuk Disiapkan

Share

Penampilan Lisa BLACKPINK di Met Gala 2026 baru-baru ini menjadi sorotan dan bualan orang ramai selepas beliau tampil dengan gaya busana yang dianggap antara paling unik serta artistik di acara berprestij itu. Kemunculan penyanyi rap itu sekaligus membuktikan pengaruh besar beliau dalam dunia fesyen antarabangsa, khususnya dalam mencetuskan tren berani di karpet merah.

Dalam acara tersebut, Lisa memilih rekaan khas daripada pereka Robert Wun yang menampilkan busana serba putih dengan fabrik sheer yang memberi efek elegan dan moden. Penampilannya itu turut menyerlahkan siluet pengantin kontemporari yang menggabungkan elemen seni dan fesyen dalam satu rekaan yang sangat dramatik.

Antara elemen paling mencuri perhatian ialah struktur lengan Lisa sendiri yang berbentuk arca, seolah-olah mengangkat veil di atas kepalanya. Konsep ini membawa maksud simbolik ‘pengantin yang mengangkat veilnya sendiri’, sekaligus memberi sentuhan naratif yang kuat kepada keseluruhan penampilan beliau di acara tersebut.

BACA: #MetGala2026 Tema ‘Fesyen Adalah Seni’ Jadi Pentas Kreativiti, Namun…

Kredit foto: Getty – John Shearer
Kredit foto: Robert Wun

Lebih menarik lagi, busana tersebut dihiasi puluhan ribu kristal Swarovski yang disusun secara teliti sehingga menghasilkan efek kilauan mewah. Keseluruhan proses pembuatannya pula dilaporkan mengambil masa hampir 3000 jam, menjadikan ia antara rekaan paling kompleks pernah dipakai Lisa di Met Gala setakat ini.

Terdahulu, Lisa juga pernah mencuri perhatian pada Met Gala 2025 apabila membuat debut dengan gaya Louis Vuitton yang lebih edgy dan moden. Penampilannya ketika itu turut menjadi bualan selepas muncul spekulasi mengenai rekaan pada pakaian tersebut, namun perkara itu telah dijelaskan oleh pihak pereka bahawa ia tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana figura terkenal seperti yang didakwa.

Sementara itu, dalam temu bual ringkas di karpet merah Met Gala 2026, Lisa meluahkan rasa teruja apabila dapat menampilkan dirinya melalui karya seni fesyen. Pelantun lagu berjudul ‘Bad Angel’ juga menyatakan bahawa peluang tersebut membolehkan dirinya mengekspresikan identiti melalui pendekatan fesyen yang lebih artistik dan eksperimental, selari dengan konsep ‘avant-garde’ yang dibawakan dalam penampilannya pada malam berkenaan.

BACA: Karina & Ningning Aespa ‘Take Over’ Met Gala 2026, Curi Tumpuan Dengan Gaya Tersendiri

Kredit foto: Getty – Mike Coppola

Selain Met Gala, Lisa juga dikenali dengan gaya fesyen yang konsisten mencuri perhatian dalam pelbagai acara lain seperti festival muzik dan tayangan perdana antarabangsa. Dari pentas Coachella sehingga ke acara hiburan global, di mana gaya beliau sering menjadi inspirasi kepada peminat fesyen muda di seluruh dunia.

Dalam perkembangan lain, Lisa serta kumpulan BLACKPINK terus aktif dalam industri hiburan dengan pelbagai projek individu dan kumpulan yang masih berjalan. Setakat ini, masih tiada pengumuman terbaru yang mengubah aktiviti semasa mereka, namun setiap ahli kekal aktif dalam projek masing-masing dan kolaborasi antarabangsa.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE