Dua bintang K-Pop terkenal, Karina dan Ningning dari kumpulan Aespa meraih perhatian apabila mencatat rekod tersendiri selepas menjadi antara penyanyi K-Pop wanita generasi keempat terawal yang menerima jemputan ke acara fesyen tahunan paling berprestij, Met Gala di kota New York.
Kemunculan mereka di acara eksklusif yang sering menjadi tumpuan dunia itu bukan sahaja mengangkat nama Aespa, malah turut memperkukuhkan lagi pengaruh K-Pop generasi baharu di pentas global. Met Gala sememangnya dikenali sebagai platform yang menghimpunkan figura berpengaruh dari dunia fesyen, hiburan dan budaya pop antarabangsa.
Pada tahun ini, tema yang diketengahkan ialah “Costume Art” dengan kod pakaian “fashion is art”, diinspirasikan daripada pameran Costume Institute yang mengangkat fesyen sebagai satu bentuk seni merentas sejarah. Seperti dijangka, para selebriti tampil dengan interpretasi masing-masing yang penuh kreatif dan artistik.
Walaupun hadir secara berasingan, peminat pastinya menantikan momen kedua-dua anggota Aespa ini dirakam bersama di dalam acara tersebut. Kehadiran mereka sahaja sudah cukup mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat dan pemerhati industri fesyen.
Karina, selaku ketua kumpulan berusia 26 tahun, mencuri perhatian dengan gaun satin putih rekaan khas daripada Prada yang dipadankan bersama jubah hitam. Rekaan tersebut dilihat diinspirasikan daripada hanbok Korea, iaitu pakaian tradisional yang mempunyai nilai sejarah sejak zaman Tiga Kerajaan.
Ads
Sementara itu, Ningning turut tampil memukau dengan gaya tersendiri yang menyerlahkan identitinya sebagai idola K-Pop dan juga ikon fesyen generasi baharu. Kedua-duanya penyanyi ini berjaya membawa aura elegan serta moden yang seiring dengan tema acara.
Lebih menarik lagi, kehadiran Karina dan Ningning turut meletakkan mereka sebaris dengan beberapa lagi selebriti K-Pop yang pernah menghadiri Met Gala sebelum ini, termasuk anggota kumpulan popular seperti BLACKPINK yang sering menjadi perhatian di karpet merah acara tersebut.
Setakat ini, Aespa terus mengukuhkan kedudukan mereka di peringkat antarabangsa dengan pelbagai pencapaian baru, termasuk kolaborasi global dan penampilan di acara berprofil tinggi. Kehadiran Karina dan Ningning di Met Gala dilihat sebagai satu lagi langkah besar dalam perjalanan kerjaya mereka sebagai ikon global.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai antara kira mempercayai pengambilan telur boleh meningkatkan paras kolesterol dan lemak tepu. Maka ramai yang menghindarinya tanpa menyedari telur sebenarnya baik untuk pengambilan harian kerana sebiji telur mengandungi lebih kurang 113mg Choline iaitu ¼ dari keperluan hariannya.
Perkongsian maklumat dari Doktor Norman Norawi mengenai khasiat telur mampu membuatkan kita memahami betapa pentingnya pengambilan makanan ini dalam kesihatan kita. Baca perkongsiannya.
Dr Norman menjelaskan telur bukan punca kolesterol tinggi atau lemak tepu sebaliknya ia baik untuk kesihatan
Pendapat yang mengatakan perlu mengawal pengambilan telur kerana ia tinggi kolesterol & lemak tepu adalah pendapat yang ketinggalan zaman.
Sebiji telur mengandungi lebih kurang 113mg Choline iaitu 1/4 dari keperluan hariannya.
Telur adalah makanan yang sangat baik kerana kandungan lecithinnya akan menjadi Choline dalam hati dan kuning telurlah yang mengandungi lecithin ini.
Choline adalah bahan yang akan menjadi ‘Phosphatidylcholine’ iaitu sejenis molekul lemak iaitu sejenis fosfolipid. Ia sangat penting untuk kesihatan hati kita.
Apabila kita kekurangan Choline maka hati tidak dapat mengeluarkan lemak dari dalam hati yang akan menyebabkan masalah hati berlemak (Fatty Liver )
Kajian menunjukkan pengambilan Choline yang secukupnya akan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Kajian juga menunjukkan ia juga mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara sehingga 24%.
Choline mempunyai beberapa fungsi iaitu…
fungsi isyarat antara sel-sel dengan menghasilkan bahan isyarat antara sel-sel (cell messaging compound )
struktur utama sel-sel iaitu dinding atau membran sel
pengangkutan lemak dalam darah dan metabolisme lemak ..choline di perlukan untuk mengangkut kolesterol dalam darah. …oleh kerana itu kekurangan Choline akan menyebabkan lemak berlebihan (obesiti) dan kolesterol tinggi
penghasilan DNA dengan bantuan nutrien seperti asid folik & vitamin B 12
kesihatan sistem saraf kerana Choline diperlukan untuk menghasilkan acetil Choline iaitu sejenis neurotransmitter untuk fungsi otot, jantung & memori..
Oleh kerana telur adalah sumber utama zat Choline ini dan dengan fungsi Choline yang banyak dalam tubuh…maka pengambilan telur secara kerap adalah sihat dan penting sekali..
Dalam pada itu, Dr Norman menjelaskan kajian terbaru tahun 2015 yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan pengambilan telur yang banyak sehingga 12 biji seminggu dibandingkan dengan seseorang yang makan 2 biji telur seminggu tidak menunjukkan sebarang perbezaan dari segi paras Total kolesterol, LDL, Triglycerides dan paras glukosa darah.
Oleh itu saintis merumuskan bahawa pendapat yang mengatakan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol meningkatkan paras kolesterol adalah TIDAK BENAR …
Takut makan telur kerana KONONNYA ia meningkatkan paras kolesterol adalah tidak berasas sama sekali dan bukanlah satu fakta saintifik. Punca sebenar kolesterol tinggi adalah karbohidrat halus (Refine Carbohydrates) seperti GULA dan makanan daripada tepung gandum.
Amalkan memakan telur setiap hari. ..insyaallah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai teruja menjaga kecantikan luaran dengan mengenakan pelbagai alat solek untuk tampil bergaya. Dan tak kurang juga yang mengamalkan kecantikan dalaman dengan mengamalkan makjun atau disebut juga jamu bagi sesetengah dari kita.
Tapi ternyata kandungan makjun aka jamu boleh memberikan mudarat kepada kesihatan sebagaimana dikongsikan oleh Pakar Ortopedik, Dr Mahyuddin Mohamed dalam facebooknya yang mendapat perkongsian lebih 3000 share.
Bagi anak muda, kisah makcik ini yang mengambil makjun aka jamu boleh kita jadikan pengajaran. Mungkin untuk nampak cantik luar dan dalam, kita sanggup telan apa saja tanpa faham akan risikonya. Sudahnya tulang pinggul (head of femur) kanan beliau telah mati & sendi pinggul kanan telah rosak.
Baca perkongsiannya.
Seorang wanita berusia 70an di tolak masuk ke bilik konsultasi saya semalam. Beliau ditemani oleh 2 orang anak wanitanya.
Makcik Masyitah (bukan nama sebenar) sakit sendi pinggul ye? Surat rujukan di tangan saya mengatakan Makcik Masyitah dirujuk kerana kerosakan sendi pinggul kanan atau Osteoarthritis of the Right hip.
Pinggul kanan ni sakit dah 5 bulan dah doktor. Mula-mula tak kuat. Sekarang ni sakit sampai Makcik tak boleh nak berdiri dah. Kena makan ubat hari-hari. Dah tak tahan sangat.
Maaf Makcik, saya nak tanya sikit ni. Makcik ada tak makan jamu?
Beliau terdiam seketika. Takde doktor, Makcik tak makan jamu.
Saya hanya diam. Mata saya fokus kepada xray Makcik Masyitah. Jelas kepala tulang pinggul (head of femur) kanan beliau telah mati & sendi pinggul kanan telah rosak.
Hati saya kuat mengatakan ini bukan kes Osteoarthritis yang biasa. Pengalaman lalu banyak mengajar saya. Kalau Osteoarthritis biasanya akan melibatkan kedua belah sendi.
Ada masalah darah tak dalam keluarga Makcik. Darah pekat ke? Atau masalah keturunan apa-apa ke?
Makcik Masyitah dan kedua anak beliau menggeleng.
Gambar xray yang menunjukkan tulang pinggul (head of femur) kanan telah mati & sendi pinggul kanan telah rosak. Gambar dr fb Dr Mahyuddin.
Ooo… makcik baru teringat, makcik ada makan makjun!
Aaaa…
Itu la sebabnya makcik. Makjun ni ada steroid kat dalam. Salah satu akibat makan steroid untuk tempoh yang lama ni la Makcik, kepala tulang pinggul kita boleh mati. Makcik Masyitah hanya tunduk terdiam.
Makcik beli kat mana Makjun tu, kat kedai runcit ke? Saya meneka.
Kat tepi jalan je doktor. Kalau makcik sakit makcik telan 2 biji, kuranglah sikit sakit tu, katanya perlahan.
Contoh jamu yang banyak dijual di pasaran. Lebih gusar jika jamu begini dibeli di tepi jalan sahaja. Gambar hiasan
Berapa lama dah makan makjun tu Makcik?
Ada la dalam 6 bulan doktor. Lepas makan tu hilang la sakit kejap. Tapi lepas tu jadi makin sakit pulak pinggul ni. Tak boleh jalan. Kena pakai kerusi roda je. Urut pun tak baik jugak.
Tuan-tuan, antara penyebab kepala tulang pinggul mati (Avascular necrosis) ialah:
Steroid – termasuk jamu, makjun. Teori mengatakan kandungan steroid yang tinggi akan meningkatkan lemak dalam salur darah & menyebabkan bekalan darah terganggu.
Kepatahan tengkuk tulang peha – neck of femur fracture
Sendi peha terkeluar – hip dislocation
Masalah darah – hyperviscosity /Blood dyscrasia, sickle cell anaemia
Alcohol/Arak
Masalah perubatan seperti Diabetes, Pancreatitis, Gaucher’s disease, HIV, AIDS, SLE
Merokok – merokok meninggikan risiko ia terjadi
Dr Mahyuddin yang juga Pakar Ortopedik menerangkan risiko pengambilan makjun yang mana ia banyak mengandungi steroid
Saya mengambil peluang untuk terangkan apa sebenarnya terjadi kepada Makcik Masyitah dan kedua anaknya.
Steroid boleh mengganggu bekalan darah ke kepala tulang pinggul & menyebabkan kepala tulang peha (head of femur) mati, rupanya macam dalam xray ni la.
Biasanya Sakit sendi rosak akibat Osteoarthritis ni akan jadi pada kedua-dua belah. Bila jadi kat sebelah sahaja memang saya akan pelik. Kalau di Malaysia ni, cuma ada beberapa kemungkinan je.
Sebab itu soalan pertama saya tadi pasal jamu Puan. Kebanyakkan jamu mengandungi Steroid yang kita tak tahu sukatannya banyak mana. Orang sibuk kata ubat hospital bahaya, boleh mati la, boleh rosak buah pinggang la. Memang setiap ubat ada kesan sampingan, tapi itu jika ambil ikut suka hati. Hakikatnya kita tahu dos yang boleh diambil. Kalau ikut dos InsyaAllah takde masalah pun.
Yang orang tak tau, ubat kat kedai tepi jalan & penjual produk tu yang bahaya. Entah berapa sukatan steroid kat dalam tu pun kita tak tahu. Dah ramai dah yang rosak buat pinggang akibat makan produk kat luar sana tu. Yang meninggal kat ICU disebabkan hati & buah pinggang rosak akibat nak jadi putih pun ada.
Orang Malaysia ramai yang suka sangat la cara alternatif ni, tak kira la kaum apa pun, Melayu, Cina, India sama je. Bukannya masyarakat luar bandar sahaja, yang Professional pun sama- doktor, cikgu, jurutera tidak terkecuali.
Saya berbincang dengan beliau pilihan rawatan yang boleh diberi. AlhamdulilLah mereka bertiga berpuas hati. Saya doakan Makcik Masyitah akan kembali pulih satu hari nanti.
Tuan-tuan, Saya nak pesan:
1. Jamu atau makjun boleh membuatkan tulang anda mati, tulang jadi rapuh (Osteoporosis), kitaran hormon kortisol anda terganggu
Mengurut tidak menyembuhkan sakit sendi arthritis. Ia juga tidak menyembuhkan Slipped Disc. Ia cuma akan melegakan sekejap. Buat Perabih duit je.
Ramai yang rosak buah pinggang akibat makan produk yang tambah kuat, tambah segar dan tambah segalanya tu kat pasaran. Cuba anda tanya sedara mara anda yang pernah masuk hospital atau sedara mara yang bertugas sebagai doktor atau jururawat. Ramai sangat dah. Tak payah beli la.
Gambar xray diambil dengan kebenaran pesakit & ahli keluarga.
Dr Mahyuddin
Pakar Ortopedik
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi individu yang mempunyai muka berjerawat, tangan sentiasa hendak di muka kerana berasa geram dengan isi yang tumbuh di dalamnya.
Mungkin tanpa sedar dan tidak menyedari risiko memicit jerawat terutama di bahagian Dangerous Triangle atau segitiga bahaya, kita mendedahkan diri kepada bahaya yang boleh mengancam nyawa sendiri.
Perkongsian artikel tulis Dr Latif Saad dari page TheDiagnosa Original berkongsi bahaya memicit jerawat di spot tiga segi ini.
Tuan puan semua, doktor mesti pernah menasihati anda untuk mengelakkan diri daripada memecahkan jerawat di muka anda. Kata doktor ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan juga parut yang teruk.
Tapi adakah ianya dapat membuatkan anda berhenti daripada melakukannya? Mesti ada yang masih juga memecahkan jerawat tersebut. Rasa keseronokan untuk mengeluarkannya adalah satu kenikmatan bagi mereka yang sering melakukan perkara ini.
Tetapi tahukah anda terdapat kawasan di muka anda yang dipanggil sebagai ‘Dangerous triangle'(Segitiga bahaya). Ia boleh menyebabkan nyawa anda terancam jika memecahkan jerawat dibahagian tersebut.
Kisah Pesakit
Seorang pesakit dibawa ke jabatan kecemasan disebabkan tidak sedarkan diri. Pesakit ini berumur 28 tahun, seorang wanita. Dimukanya terdapat jerawat muka yang besar dan merah menyala.Jerawat tersebut terletak dibahagian pangkal hidung iaitu diantara mata.
Tekanan darah normal. Cumanya, pesakit sedang demam dengan suhu 39 darjah. Sampai di zon merah, pesakit mula sawan.
Penyiasatan di dalam wad mendapati pesakit mengalami jangkitan selaput otak dan bakteria yang terlibat adalah Staphylococcus areus.
Perlu diketahui bahawa jangkitan staphylococcus areus pada kawasan selaput otak adalah satu yang jarang berlaku kecuali jika terdapat jangkitan ketika pembedahan dilakukan ataupun ia berasal daripada jangkitan kulit.
Tetapi bagi pesakit ini, ia berasal daripada jangkitan jerawat dibahagian muka pesakit. Ahli keluarga pun mengakui bahawa pesakit cuba untuk mengeluarkan jerawat di bahagian hidung tersebut sebelum insiden ini berlaku.
Segitiga bahaya di bahagian muka
Segitiga ini bermula daripada pangkal hidung dan ia membawa kepada hujung bahagian mulut. Kesemua kawasan ini akan membawa darah terus ke satu kawasan yang dinamakan sebagai Cavernous Sinus.
Kawasan segitiga yang berbahaya
Cavernous Sinus ini pula akan membawa darah terus ke bahagian otak. Jika terdapat jangkitan dibahagian Segitiga yang dikatakan ini, maka jangkitan tersebut boleh masuk ke dalam ruangan ini dan mendatangkan beberapa kesan.
Kawasan Cavernous adalah kawasan yang berwarna biru (rujukan: EBM Consult)
1. Cavernous Sinus Thrombosis
Dimana terdapat pembentukan darah beku di dalam kawasan sinus. Darah beku ini boleh bergerak ke bahagian otak dan menyebabkan strok
2. Jangkitan otak
Saluran darah ini akan membawa darah berdekatan dengan otak dan menyebabkan jangkitan pada otak dan selaput otak. Disebabkan lokasinya yang sangat dekat dengan otak, ia boleh menyebabkan kesan yang cepat seperti pesakit yang saya ceritakan ini
3. Lumpuh saraf
Di dalam Cavernous sinus ini pun menjadi laluan beberapa jenis saraf. Jangkitan kuman dalam kawasan sinus ini akan menyebabkan saraf ini lumpuh. Hasilnya otot dibahagian mulut akan terjejas dan penglihatan akan menjadi kabur.
Cara Pengecahan
Jadi untuk anda mengelakkan masalah yang kami ceritakan ini, elakkanlah diri daripada menekan atau memecahkan atau mengeluarkan jerawat yang berada dibahagian segitiga yang kami katakan ini. Jika anda mempunyai jerawat yang besar, pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu
Rujukan:
Eckberg TJ. The Dangerous Triangle (Still Dangerous). JAMA. 1969;209(4):561. doi:10.1001/jama.1969.03160170057019
Ucapan Watie buat Talita sempena hari lahir anak tersayang undang sebak ramai netizen apabila meluahkan kasih sayang seorang ibu walaupun tanpa ikatan darah.