Kira-kira dua tahun lepas, seluruh dunia kecoh sekejap apabila foto pelakon Mean Girls, Lindsay Lohan yang memakai hijab tersebar di media sosial.
Ramai yang membuat spekulasi Lindsay kononnya telah memeluk agama Islam, berkahwin dengan jutawan dari negara Arab ataupun sengaja melakukan publisiti untuk kekalkan populariti.
Imej Lindsay Lohan ketika (kiri) berjumpa dengan pekerja bantuan penempatan pelarian di Antep Turki pada tahun 2016 dan Lindsay memakai burkini ketika melakukan aktiviti board paddling di Dubai.
Namun, Lindsay buat julung kalinya bercakap di media perdana melalui rancangan The Wendy Williams Show, hujung minggu lepas untuk bercakap tentang kehidupannya yang sebenar, selama ini.
Menurut pelakon berusia 31 tahun itu, dia sebenarnya berulang-alik di antara tiga buah bandar iaitu New York City, Dubai UAE dan Greece atas urusan kerja dan juga untuk mencari ketenangan.
Lindsay di set penggambaran komedi, ‘Sick Note’ di London pada Jun tahun lalu.
“Setelah episod hitam dalam hidup saya berlaku semasa saya menginap di Los Angelas beberapa tahun lepas, saya inginkan ketenangan dan apa yang saya lakukan ialah membuatkan diri saya sibuk dengan kerja.
“Di New York, saya akan bersama dengan keluarga. Kemudian, saya akan berpatah ke Dubai di mana ia adalah tempat saya untuk betul-betul bekerja. Contohnya sekarang, saya sedang menyiapkan rangkaian kosmetik dan juga, hhm, mereka bentuk sebuah pulau yang bernama ‘Lohan Island’.”
Ouh, wow!
Ads
Katanya, pulau miliknya itu termasuk di dalam projek The World Islands, iaitu pulau-pulau kecil yang ditambak mengikut bentuk peta dunia.
“Ia masih dalam peringkat perbincangan. Ya, saya sukakan projek kecil seperti ini untuk membuatkan diri sibuk. I like to keep myself busy,” katanya kepada hos, Wendy Williams.
Imej satelit menunjukkan ‘The World Island dan ‘The Palm Island’. Cuba teka pulau yang mana dimiliki oleh Lindsay Lohan?
Selain daripada Dubai, Lindsay juga akan melawat Mykonos di Greece setiap 4-5 bulan sekali untuk melihat kelab malam bernama Lohan Nightclub yang diusahakannya selama ini. Sebuah lagi kelab malam milik Lindsay juga terletak di Greece, iaitu di Athens.
Jadi sekarang, kita tahulah kenapa Lindsay sudah lama tak melakukan kemunculan di karpet merah. Fotonya juga jarang sekali ditangkap oleh paparazi. Ini kerana kegiatan paparazi diharamkan sepenuhnya di Dubai yang menjadi rumah keduanya.
Ads
Dubai juga baginya ialah tempat yang tenang kerana jarang sekali dia melihat orang mabuk dan berparti di sana. “Saya merasa selamat di sana. Mudah untuk saya merancang kerja saya tanpa gangguan.”
Lindsay dalam temuramah bersama Wendy Williams.
Selain daripada kerja yang memerlukannya terbang dari satu negara ke negara yang lain, Lindsay juga kini aktif dalam urusan kebajikan bersama mangsa pelarian. Dia selalu berhubung dengan keluarga pelarian di negara seperti Turki untuk berbincang mengenai keperluan di sana terutamanya keperluan kanak-kanak. Malah, Lindsay juga merancang untuk kembali ke Turki dalam masa terdekat.
Ads
“Saya rasakan penting untuk memberi kasih sayang kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai ahli keluarga dan masa depan yang cerah. Itu juga adalah salah satu fokus saya sekarang,” katanya.
Apabila ditanya mengenai perancangan untuk mempunyai keluarga dan anak sendiri, Lindsay mengatakan buat masa ini dia tidak mempunyai teman lelaki lagi. Namun sudah tentu suatu hari nanti, dia inginkan keluarga seperti orang lain juga.
Kadangkala, kita lupa yang Lindsay Lohan baru berusia 31 tahun kerana dia bermula awal sebagai pelakon Mean Girls. Bagi korang yang rindu untuk menonton lakonan Lindsay, dia akan terlibat dalam penggambaran filem di Riyadh tak lama lagi. Filem berjudul ‘Frame’ itu memaparkan kehidupan seorang jurugambar wanita Amerika yang meninggalkan Amerika untuk menetap di Arab Saudi.
Di sana, dia mendalami kehidupan wanita Mesir yang mempunyai budaya dan hobi berbeza dengan wanita Barat seperti memanah, lawan pedang dan menunggang kuda.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selebriti Kpop memang mempunyai pengaruh yang sangat kuat, bukan hanya di Korea tetapi seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Semalam, menyaksikan pelajar kelahiran 2005 telah menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka. Menarik perhatian, salah seorang pelajar lelaki berbangsa India iaitu Bhuvenraj Ganesh di George Town, telah berjaya mencapai keputusan cemerlang iaitu 9A+.
Meminati genre muzik K-Pop bukan penghalang bagi pelajar lelaki ini untuk cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Ketika sesi temu bual yang dilakukan bersama New Straits Times, Bhuvenraj berkongsi rutin dan petuanya untuk belajar, sambil mendedahkan bahawa dia adalah seorang peminat K-Pop. Jelasnya,
Saya berasa tenang apabila menonton kumpulan K-Pop kegemaran saya setiap kali saya tertekan. Rutin belajar saya tetap sama pada sebelah petang atau malam. Tidak seperti orang lain, saya tak belajar sehingga larut malam atau bangun awal pagi.
Blackpink
Tambahnya lagi dengan memberitahu bahawa dia adalah peminat BLACKPINK,
Selain itu, saya akan menghiburkan diri saya dengan menonton dan menari lagu-lagu BLACKPINK.
Ya, perokok mungkin tak nak teruskan rutin harian mereka itu..
Amaran kepada perokok-perokok di seluruh Malaysia. Korang akan mula dikenakan denda jika menghisap rokok di semua premis makanan bermula 1 Januari 2020.
Menurut Astro Awani, perokok yang ingkar akan larangan ini akan didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun.
Merokok dari Jauh
Perbuatan merokok wajib dilakukan di luar jarak tiga meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis berkenaan.
Berita ini disampaikan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan kementeriannya sedang giat menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan.
Untuk rekod, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan notis amaran kepada 31,422 premis makanan daripada 146,607 premis yang telah diperiksa.
Manakala 27,759 buah premis telah diberikan amaran kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok serta 3,889 yang lain diberikan notis kerana ingkar larangan merokok.
Untuk info, kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok basi mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Di antara masalah kesihatan yang mungkin dialami adalah batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.
Hmm…tapi kalau perokok tegar masih nak merokok juga di tempat awam tahu la penulis.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai tidak sedar, ada ketikanya kita sering bercakap mengenai keburukan orang lain. Ada saja tidak kena di mata kita tentang sikap orang lain. Adakalanya kita berniat untuk menegur tapi cara teguran itu tidak sesuai.
Namun penilaian seorang pakar ini pasti membuatkan korang terkedu. Ini kerana orang yang selalu melihat kebaikan orang lain, maka kebaikan akan datang pada dirinya semula. Tapi jika kita asyik melihat keburukan orang lain, maka keburukan itu akan datang pada diri kita sendiri.
Kalau korang tak nak dinilai buruk oleh orang lain, maka jangan berbicara buruk tentang orang lain. Ini kerana kajian terkini mendapati apa jua penilaian kita terhadap orang, itulah juga penilaian orang terhadap kita tanpa kita menyedarinya langsung.
Menurut Dr Dustin Wood dari Wake Forest University dalam satu kenyataannya kepada WebMD bahawa persepsi kita terhadap orang lain akan menceritakan siapa diri kita sebenarnya.
Sebagai contoh, jika kita memandang positif terhadap orang lain, maka orang lain akan menunjukkan sikap positif kepada diri kita.
Dalam satu kajian kes melibatkan Journal Of Personality And Social Psychology apa juga perkataan yang lahir dari mulut kita sebagai contoh agak negetif, sarkastik, anti sosial dan lain-lain lagi, begitu jugalah penilaian orang pada kita tanpa kita sedar.
Kajian yang dibuat melibatkan mahasiswa luar negara yang diminta menilai penampilan rakan sekuliah mereka amat mengejutkan. Para peneliti menemui bahawa seseorang yang memiliki kecenderungan untuk menilai orang lain dengan kata-kata positif mendapati dirinya dinilai positif oleh orang lain.
Tapi bagi mahasiswa yang dinilai negetif dari segi karektornya juga dinilai negetif oleh orang lain. Kajian yang dijalankan itu ternyata mempunyai hubung kait yang kuat sekalipun kajian melibatkan antara mereka tidak saling mengenali.
Pelajar yang menulis aura positif dan kata-kata kebaikan, stabil emosinya dan lain-lain dilihat sebagai orang yang baik. Manakala individu yang menilai persepsi buruk ternyata juga dinilai agak buruk.
“Sikap buruk itu dinilai secara tidak langsung oleh orang lain,” jelas Wood.
Tenyata,apa jua perbuatan dan percakapan kita amat penting kerana lebih banyak kita memperlihatkan sikap negetif, begitulah persepsi orang mengenai kita.
Jadi, bercakaplah yang baik-baik saja terhadap orang lain kerana insya Allah, kita akan dinilai positif oleh orang lain.
Kalau tidak, diam itu lebih baik sebagaimana diajar oleh agama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!