
Biasanya bakal graduan sanggup berbelanja untuk foto pre-convo sebagai kenangan terakhir sebelum masing-masing membawa haluan.
Tapi kali ini, sekumpulan graduan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tampil dengan idea luar biasa! ereka memilih Gunung Bromo, Jawa Timur, Indonesia sebagai lokasi penggambaran.
Idea unik itu dikongsikan sendiri oleh seorang jurugambar Indonesia (@Dikaa.Lens) yang menerima permintaan tersebut, dan kini videonya berjaya meraih lebih dua juta tontonan di TikTok.
Setiap daripada mereka turut menampilkan ‘posing’ yang menarik, menjadikan hasilnya lebih dramatik, unik dan penuh vibes candid yang memukau.
Menjengah ke ruangan komen, netizen dari Malaysia dan Indonesia sama-sama teruja melihat hasil akhir sesi pre-convo berkenaan.
Netizen Malaysia juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada graduan tersebut kerana berjaya menamatkan pengajian, selain bangga melihat nama USIM “sampai ke puncak Bromo” menerusi idea kreatif mereka.
Sumber: TikTok Dikaa.Lens
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.