
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rider Food Panda & Grab Mogok 24 Jam, Jangan Pelik Makanan Tak Sampai Hari Ini!

Rakan penghantar gig termasuklah foodPanda, Lalamove, grab food, Shopee Food, EASI, Borzo, Sama-Sama Lokal, Misi Rakyat dan airasia food merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan kemudahan tempahan dan penghantaran makanan terus kepada pengguna.

Mereka ini sangat berjasa kepada semua rakyat Malaysia tambahan lagi ketika pandemik semasa kita semua terkurung di rumah dahulu. Namun, rakan penghantar kita ini mengumumkan bahawa mereka akan melaksanakan mogok pada 5 Ogos 2022, hari Jumaat (hari ini).
ARTIKEL BERKAITAN :Abang GRAB Kipaskan Makanan, Biar Sejuk Untuk Anjing Makan! Siap Tuangkan Air
Dalam poster yang tular di platfom-platfom media sosial hari ini, tanda pagar #naikkanfare, #grabsembelihrider, #fpsembelihrider dimuatkan dalam poster.

Malah tanda pagar #24jamoff, #24hourofshift dan #offsehari menandakan bahawa rakan penghantar gig itu tidak akan menjalankan operasi mereka untuk tempoh sepanjang hari ini.
Tindakan mogok diambil sebagai tanda protes kadar bayaran yang diterima oleh mereka yang didakwa tidak adil. Tular di media sosial poster yang menggesa kedua-dua platform penghantaran makan ini supaya menaikkan bayaran kepada rakan penghantar di platform mereka dan meminta orang ramai untuk tidak melakukan pesanan sepanjang hari sebagai tanda solidariti.
Ini bukan kali pertama tindakan mogok diambil oleh rakan penghantar di Malaysia. Pada tahun 2019 rakan penghantar Foodpanda turut melakukan mogok kerana syarikat didakwa tidak memberikan bayaran yang setimpal.
Semoga mogok yang dilakukan oleh pihak rakan penghantar makanan kita ini berjaya mencapai matlamatnya.
BACA : “Ingat Sumpah Ikrar Kita..” Dr Noor Hisham Gesa Doktor Kontrak Jangan Terus Mogok
Sumber : 1
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang Pemuda Lumpuh Separuh Badan Kerana Main Video Game Selama 20 Jam Tanpa Henti

Pada masa kini, permainan video bukan lagi dianggap sebagai hobi untuk meluangkan masa riadah. Ia kini telah dianggap sangat serius dan menjadi karier yang boleh membawa pulangan yang cukup lumayan.
Malah industri permainan video juga bernilai ratusan juta ringgit di seluruh dunia dan tidak menampakkan bahawa ia akan menjadi semakin perlahan.
Namun, di sebalik keghairahan ini pasti ada musibah yang menanti jika orang muda terutamanya bermain permainan video tanpa had atau pengawasan daripada orang dewasa.

Pernah tak korang berdepan dengan rasa kaki kebas bila duduk terlalu lama semasa bermain permainan video atau pun melayari Internet? Sekarang cuba bayangkan korang duduk dalam posisi sama selama 20 jam kerana asyik bermain video game sehingga menyebabkan separuh badan menjadi lumpuh!
Artikel Berkaitan: Inilah Keajaiban Super Blue Moon Seluruh Dunia
Seorang remaja di China berdepan dengan situasi ini apabila dia lumpuh dari paras pinggang ke bawah alibat bermain permainan video tanpa henti selama 20 jam di sebuah kafe siber di Jianxing, China. Selepas mendapati kakinya tidak dapat digerakkan, dia terus meminta bantuan daripada rakan-rakannya.

Dia menyedari perkara tersebut ketika ingin ke tandas untuk membuang air namun kemudian gelisah kerana tidak dapat bergerak. Panik dengan keadaan itu, dia menjerit meminta pertolongan. Sebuah ambulans dikejarkan ke kafe siber tersebut dan kejadian tersebut dirakamkan dan dimuat naik ke Internet.

Ketagihan Internet dan pemainan video kini menjadi antara gejala serius yang semakin mengancam golongan remaja di negara tersebut. Melihatkan masalah ini banyak pusat pemulihan ala-tentera telah diwujudkan bagi mengatasi masalah ketagihan ini.
Diharapkan kes seperti ini tidak berlaku di negara kita. Jika korang memang seorang kaki game, beringatlah. Jangan kerana permainan video korang boleh jadi lumpuh.
Sumber: LADbible
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Review Justice League: Bawa Sinar Baru Untuk DC Extended Universe

This is it. Inilah antara filem superhero yang paling dinantikan pada tahun ini. And oh boy, that was something. Selepas dua filem terdahulu, Batman V Superman dan Suicide Squad yang mendapat ulasan cukup rendah daripada rata-rata pengkritik filem, DC cuba memberikan sesuatu yang berbeza untuk penonton menerusi gerakan kolektif superhero, Justice League. Adakah mereka berjaya pada kali ini?
Justice League membawa kita kepada dunia selepas kematian Superman. Seluruh dunia meratapi kehilanganya yang dianggap sebagai simbol keamanan sejagat. Namun dengan pemergian Superman, muncul ancaman baru dari dimensi dunia luar yang mula menunjukkan diri mereka. Petanda kemunculan ancaman baru ini telah kita saksikan menerusi BvS semasa Batman mendapat visinya dari masa hadapan.Batman/Bruce Wayne yang menyedari ancaman ini menjejak kehadiran Parademons yang semakin hari semakin banyak ditemui.
Berbeza dengan Batman yang sebelum ini lebih suka bersendirian, kali ini dia harus mencari dan membentuk sebuah pasukan yang terdiri daripada orang-orang yang mempunyai kemampuan luar biasa. Bersama Diana Price/Wonder Woman, dia menjejak Barry Allen/Flash, Arthur Curry/Aquaman dan Victor Stone/Cyborg. Dengan ketiadaan Superman, Batman merasakan mereka harus melakukan sesuatu dan menghalang ancaman baru, Steppenwolf.
Kemunculan Steppenwolf pula berdiri atas satu misi; mencari tiga buah artifak dikenali sebagai Mother Boxes yang mempunyai kuasa di luas batasan akal manusia jika ketiga-tiganya disatukan. Dan inilah misi utama mereka, menghalang Steppenwolf daripada merealisasikan cita-cita gilanya.
Justice League tampil dengan nada yang lebih konsisten. Walau ada beberapa babak yang kesinambungannya agak caca merba tetapi ia boleh lagi dimaafkan. Semua juga sudah maklum tentang pengunduran Zack Snyder atas alasan keluarga (terutama selepas anak perempuannya membunuh diri) daripada terus menerajui filem ini. Mungkin itulah sebabnya Justice League dihadirkan tidak seperti naskhah Zack Snyder yang terdahulu. Justice League lebih ringan, fun dan jauh sekali daripada elemen ‘dark‘ yang sering dibanggakan oleh peminat tegar DC. Mungkin ini kesan daripada pembabitan Joss Whedon, (pengarah Avengers)? Sepanjang 120 minit tayangannya, ia cukup ringan dan tidak terlalu berat untuk difikirkan. Segalanya cukup simple dan momentumnya juga agak baik dari babak ke babak.
Pengenalan watak-watak baru juga tidak mengambil masa yang lama – mungkin kerana sudah diperkenalkan menerusi scene ‘thumbdrive‘ dalam BvS. Flash dalam filem ini muncul sebagai scene stealer. Setiap kali dia muncul di skrin, pasti ada sesuatu yang menarik dan mencuit hati. Afterall, dia seorang nerd yang mempunyai kepantasan sepantas kilat. Malah, dalam kesemua watak baru yang diperkenalkan, dia merupakan watak yang mempunyai arc. Cyborg pula berfungsi sebagai ‘perkakasan’ yang melengkapkan misi mereka. Tidak banyak struggle Cyborg ditonjolkan, jadi agak sukar untuk kita berasa simpati atau mengambil berat akan apa yang berlaku padanya. Aquaman pula muncul sebagai cool guy yang sado tapi dalam masa yang sama ada sense of humor cukup menebal. Bayangkan seorang jock dalam team american football yang bersifat maskulin, tidak peduli apa orang kata tetapi baik hati. Yes, that’s Aquaman.
Ben Affleck sebagai Batman menjalankan tugasnya dengan cukup baik. Begitu juga dengan pelakon lain; Gal Gadot, Ezra Miller, Jason Momoa dan Ray Fisher. Selain daripada kelemahan-kelemahan itu, secara keseluruhannya Justice League merupakan sebuah filem superhero yang okay. Seujurnya ia melebih expectation apa yang penulis letakkan (especially selepas ‘bencana’ BvS dan Suicide Squad). Masih ada banyak ruang perlu DC perbaiki, namun mereka menuju ke arah yang lebih baik. Semoga filem akan datang akan terus mengekalkan dan menambah baik apa yang kurang di dalam Justice League.
Rating: 3/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

