
Nama Kasih Iris Leona mungkin sudah tidak asing lagi dalam dunia media sosial tempatan.
Dalam satu hantaran di Instagram Story baru-baru ini, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu memberi pesanan buat remaja yang bercita-cita untuk menjadi ‘influencer’.
Katanya, kerjaya sebagai pempengaruh mungkin nampak menarik, namun tidak semestinya bertahan lama jika tiada perancangan yang bijak.
ARTIKEL BERKAITAN: Leona Mahu Latih Kembar Jadi Pempengaruh Dalam Tempoh Dua Bulan
Leona menjawab soalan netizen yang bertanya sama ada kerjaya ‘influencer’ memerlukan ijazah atau tidak. Menurutnya, kerjaya ini memang tidak memerlukan sebarang kelayakan akademik, namun pendidikan masih penting sebagai ‘backup plan’ jika kerjaya itu tidak menjadi.
“Minat orang berubah sepanjang masa dan akhirnya, mereka akan bosan jika konten anda tidak berkembang,” kongsinya lagi.
Tambahnya, memiliki ijazah adalah satu pelaburan masa depan yang boleh membantu jika kerjaya sebagai pempengaruh tidak menjadi seperti yang diharapkan.
“Mendapat ijazah adalah salah satu cara untuk membangunkan diri dan ada banyak lagi cara lain.
“Lebih mudah untuk bergaul dengan rakan sebaya dan berkembang bersama mereka, ada sesuatu untuk diharap sekiranya menjadi seorang ‘influencer’ tidak berjaya.
Untuk info, Leona sebelum ini dipuji kerana tetap mengutamakan pelajaran meskipun memiliki pengaruh besar dalam media sosial. Dia baru sahaja menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Pengurusan di University of Bath, United Kingdom.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari lagu kegemaran mereka, apa yang mereka akan bawa kalau hilang di angkasa, hingga pandangan mereka tentang DURIAN—semuanya ada dalam video ni! 🌟CRAVITY adalah kumpulan K-pop yang terdiri daripada 9 ahli berbakat: Serim, Allen, Jungmo, Wonjin, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, Seongmin, dan Kangmin. Mereka dikenali dengan konsep yang penuh tenaga dan muzik yang catchy.
Jangan lupa tonton temubual penuh semangat bersama CRAVITY! 💥
#majalahremaja #remaja #remajamalaysia #CRAVITY #FindTheOrbit #LUVITY” />