Lensa Kamera iPhone 11 Inspirasikan Meme, Mana Paling Kelakar?

Share

w

Selepas apple akhirnya melancarkan model iPhone 11 lewat malam tadi, media sosial tidak perlu menunggu lama sebelum pelbagai jenis meme kelakar muncul di timeline.

 

Seriously, mengapa 3 lensa berkembar pada bahagian belakang telefon ini disusun sebegitu rupa? Sebenarnya ia adalah sistem 3 kamera yang memberikan impak kamera profesional dengan lensa ultra wide, wide

dan telephoto.

The point is, ketiga-tiga boleh digabungkan untuk memberi pengguna lebih kawalan dan kebebasan untuk menangkap foto mereka. Sebagai contoh, lensa 12MP telephoto dan 12MPwide angle boleh mengaburkan latar belakang umpama efek bokeh yang lebih realistik.

Impressive bukan? Bagaimanapun korang harus melihat meme yang memenuhi media sosial sebelum mendapatkan iPhone 11 tak lama lagi.

 

Pencukur Elektronik Lelaki

Dah tak pakai razor lepas ni, advance sikit.

iShaver.

 

Fidget Spiner

Hey! Sudah lama tak dengar tentangnya sejak 2017. Buat comeback nampak.

Dapur Memasak

Okay tiba-tiba lapar bila melihat telefon pintar sendiri.

 

 

Pikachu Terkejut

Kalau korang toleh sedikit ke tepi, macam Spongebob Squarepants bermata juling pun ada.

 

Bola Boling

Nampak sangat korang gian nak bermain. Sama kan dengan lubang bola tersebut.

 

Boba Tea

Alamak, terliur pula bila lihat telefon sendiri. Slurp!

 

 

Bazooka

Sekali terkena flash iPhone 11, terus putih melepak muka.

 

 

IKLAN