Lempeng Inti Coklat Crunchy, Resipi Buat Geng Pemalas Tapi Lapar

Share

Nak makan tapi malas?  Ya, ini masalah biasa bagi anak muda zaman sekarang. Tapi, dalam malas-malas tu pun tetap kreatif dapat menghasilkan menu yang tidak menghampakan.

Buktinya? Perkongsian Afil Jefri di laman Facebook cukup buat ramai yang terliur dengan resipi lempeng pemalas berinti coklat ‘crunchy ini.

Simple tapi nampak menyelerakan. Nak tau sedap ke idok, apa kata korang try

sendiri.

Bahan-bahan:

3 sudu besar tepung gandum

1 biji telur ayam

2 sudu besar gula

Air sebanyak yang perlu

Sedikit garam

Ovamaltine (Hero dalam resipi ni)

Cara membuat:

1. 3 sudu besar tepung gandum pun dah cukup. Ikut keperluan perut masing-masing

2. 2 sudu besar gula, tak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Just nice. Kalau nak diabetes, gunakanlah sekilang gula

3. 1 biji telur yang bersaiz besar. Kalau saiz kecil tu guna dua biji

4. Ini adalah superhero! Paling sedap tak tipu. Hm, dap dap

5. Garam secukup rasa. Guna secubit saja nak bagi balance. Jangan tuang segenggam pula, bukan nak buat ikan masin

6. Air ni digunakan untuk bagi kepekatan di tahap yang masuk akal

7. Gaulkan semua bahan-bahan itu dalam satu mangkuk. Sebelum masukkan air, dia akan jadi kental teruk, macam doh nak buat pizza. Tapi jangan gelabah! Masukkan air sedikit demi sedikit

8. Gaul sehingga adunan bahan-bahan tadi sebati dan jadi seperti ini

9. Panaskan kuali, sapu dengan minyak masak. Guna minyak zaitun lagi bagus

10. Bila dah siap, angkat dan sebelum sejuk, sapukan dengan Ovalmaltine crunchy cream tu

11. Kemudian, letak satu keping lempeng lagi di bahagian atas

12. Potong, letak dalam pinggan dan hidangkan. Kalau nak acah-acah MasterChef tu, tabur la dengan serbuk Milo. Selamat menjamu selera!

IKLAN