
Pengumuman jelajah konsert grup sensasi, BTS dari Korea Selatan kelmarin telah menggembirakan para peminat mereka di Malaysia setelah Kuala Lumpur terpilih untuk menganjurkan konsert selama dua hari berturut-turut.
Kuala Lumpur bakal menerima kehadiran BTS pada 12 dan 13 Disember 2026, namun lokasi penganjurannya masih belum dikongsikan oleh pihak penganjur.
Kali terakhir BTS jayakan konsert di Kuala Lumpur adalah pada tahun 2015 dan kehadiran mereka pada kali ini pastinya menggamit kenangan kelompok peminat mereka yang dikenali sebagai ARMY itu.
Selain Kuala Lumpur, destinasi lain dari rantau Asia Tenggara yang juga akan dikunjungi BTS termasuklah Bangkok (Thailand), Singapura, Jakarta (Indonesia) dan Manila (Filipina).

Tidak mustahil juga, lebih banyak destinasi lain akan turut terpilih memandangkan ada negara yang belum tersenarai dalam poster pengumuman termasuklah Jepun dan negara-negara Timur Tengah.
Singapura Masih Jadi Kegemaran Penyanyi Antarabangsa
Menariknya, antara empat destinasi Asia Tenggara itu, Singapura mendominasi jumlah hari penganjuran konsert BTS World Tour iaitu selama empat hari mulai 17, 19, 20 dan 22 Disember. Bangkok berada di tangga kedua selama tiga hari (3, 5 & 06 Disember) manakala Manila selama dua hari (13 & 14 Mac 2027) seperti Kuala Lumpur.
Secara tidak langsung, Singapura juga merupakan negara di benua Asia (selain Korea Selatan dan Jepun) yang diberikan keistimewaan tempoh penganjuran selama itu).


Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Singapore Tourism Board atau Lembaga Pelancongan Singapura, keistimewaan yang diberikan oleh pihak penganjur dan pengurusan BTS, HYBE ini adalah disebabkan kerjasama erat yang terjalin selama ini.
Kepercayaan syarikat pengurusan artis-artis K-pop terhadap kemampuan Singapura untuk menganjurkan konsert penyanyi antarabangsa selama ini secara selamat dan berjaya juga membuatkan negara itu menjadi pilihan utama HYBE dan penganjur konsert.

Tidak Sabar Alu-Alukan BTS & ARMY
Pengarah unit ‘Leisure Events’ di Singapore Tourism Board, Cik Guo Teyi berkata, “Kami berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada BTS World Tour untuk empat malam di Singapura dengan kerjayasama Klook.
“Pencapaian ini mencerminkan kerjasama kolaboratif yang kuat bersama HYBE dan labelnya, dan ia juga bukti kepada kepercayaan artis antarabangsa dan penerbit terhadap keboleh Singapura untuk mempersembahkan hiburan berkelas dunia yang sukar dilupakan.
“Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan ARMY, dan untuk mempamerkan bukan hanya persembahan luar biasa tetapi juga pengalaman vibran dan berlainan yang ditawarkan oleh bandaraya kami,” katanya.


Bukan Infrastruktur Singapura Jadi Keutamaan BTS
Manakala, wakil dari HYBE berkata, “Biarpun Singapura cemerlang dalam menawarkan infrastruktur terbaik, apa yang lebih utama adalah energi dan semangat menakjubkan yang ditonjolkan oleh peminat.
“Ia menjadikan Singapura sebagai lokasi tepat untuk BTS beramah mesra bersama mereka. Kami teruja untuk melakukan persembahan untuk peminat yang telah lama menantikan kunjungan kami,” catat HYBE.
Selain BTS, antara penyanyi K-pop lain yang pernah bertandang ke Singapura termasuklah j-hope, SEVENTEEN dan ENHYPEN.
Malah baru-baru ini, Singapura menjadi destinasi penggambaran video muzik Jin BTS berjudul Don’t Say You Love Me.


** Jika tidak berpeluang rebut tiket untuk tarikh Kuala Lumpur, adakah korang akan cuba dapatkan tiket untuk tarikh di Singapura?
FOTO: Secret Singapore & Bandwagon Asia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

