Lelaki Ini Makeover Bilik Air Guna Cat, Kos Lebih Kurang Hanya RM200

Share

Selain daripada ruang tamu dan bilik tidur kediaman, bilik air juga menjadi ruang utama yang sering digunakan. Justeru itu, penjagaan bilik air perlu dititikberatkan dan diberi perhatian yang sewajarnya.

Sering kali kita melihat individu berkongsi idea mengubah suai ruang tamu dan bilik tidur mereka, namun bilik air juga sebenarnya boleh diubah suai dengan kos yang tidak terlalu tinggi.

Seperti yang penah dilakukan oleh seorang pengguna Facebook, Auzaie Mahamud memberi sentuhan baru bagi ruang bilik air kediamannya dengan bajet lebih kurang hanya RM200. Lelaki ini turut berkongsi cara-cara mengubah suai bilik air menjadi lebih cantik ala-ala hotel bajet.

Jom kita lihat perkongsiannya ini.

Langkah-langkah yang dilakukan:

1. Cuci

Biar kering dalam dua hingga tiga hari pun okay

Selepas itu..

2. Cat Hycote Nippon Paint (coat saja) – RM108 (1 liter)

Selepas 4-5 jam

Dah selesai coat 1 bilik air

3. Pilihan warna:

– EA4 Nippon Paint (putih) untuk atas – RM4x (1 liter)
– EA4 Nippon Paint (hitam) untuk bawah – RM4x (1 liter)

Cat putih atas, hitam di bawah

4. Lekat tiles sticker.

Korang boleh beli di Mr Diy atau kedai Eco

5. Siap!

Tak perlu korang nak pecahkan tiles bilik air, buat sahaja mengikut cara yang telah dikongsikan ini. Hasilnya boleh tahan juga kan. Selamat mencuba!

Sumber: (1)

IKLAN