
Selain daripada ruang tamu dan bilik tidur kediaman, bilik air juga menjadi ruang utama yang sering digunakan. Justeru itu, penjagaan bilik air perlu dititikberatkan dan diberi perhatian yang sewajarnya.
Sering kali kita melihat individu berkongsi idea mengubah suai ruang tamu dan bilik tidur mereka, namun bilik air juga sebenarnya boleh diubah suai dengan kos yang tidak terlalu tinggi.
Seperti yang penah dilakukan oleh seorang pengguna Facebook, Auzaie Mahamud memberi sentuhan baru bagi ruang bilik air kediamannya dengan bajet lebih kurang hanya RM200. Lelaki ini turut berkongsi cara-cara mengubah suai bilik air menjadi lebih cantik ala-ala hotel bajet.
Jom kita lihat perkongsiannya ini.
Langkah-langkah yang dilakukan:
1. Cuci
Biar kering dalam dua hingga tiga hari pun okay

Selepas itu..
2. Cat Hycote Nippon Paint (coat saja) – RM108 (1 liter)
Selepas 4-5 jam

3. Pilihan warna:
– EA4 Nippon Paint (putih) untuk atas – RM4x (1 liter)
– EA4 Nippon Paint (hitam) untuk bawah – RM4x (1 liter)


4. Lekat tiles sticker. Korang boleh beli di Mr Diy atau kedai Eco

5. Siap!

Tak perlu korang nak pecahkan tiles bilik air, buat sahaja mengikut cara yang telah dikongsikan ini. Hasilnya boleh tahan juga kan. Selamat mencuba!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Batuk Lama Tak Kebah? Pesakit Autoimun Kongsi Ubat Batuk Tradisional Berkesan

Batuk lama tak kebah? Isu ini sering menghantui ramai individu, terutamanya mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah. Perkongsian seorang wanita di media sosial mengenai ubat batuk tradisional yang diamalkan sejak dahulu kala kini menarik perhatian ramai, khususnya dalam kalangan mereka yang mengalami batuk berpanjangan walaupun sudah mencuba pelbagai jenis ubat.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Nor Hasnah Abdul Kadir memaklumkan bahawa ramuan tersebut merupakan amalan peribadinya sejak sekian lama. Beliau yang merupakan pesakit autoimun sering mengalami batuk berpanjangan dan memerlukan tempoh lebih lama untuk pulih berbanding individu lain.
Pesakit Autoimun Pilih Kaedah Tradisional
Menurut Hasnah, disebabkan tubuhnya sensitif terhadap ubat-ubatan tertentu, beliau memilih untuk mengamalkan ubat batuk tradisional sebagai sokongan penjagaan kesihatan harian. Kaedah ini bukan bertujuan menggantikan rawatan perubatan, tetapi sebagai ikhtiar tambahan menggunakan bahan semula jadi.
Katanya, ramuan ini membantu melegakan batuk, mengurangkan sakit tekak serta memberi rasa lega pada bahagian dada, terutamanya ketika batuk berpanjangan yang sukar sembuh.

Amalan Tradisional Kaum Cina Zaman Dahulu
Lebih menarik, resipi ini merupakan amalan tradisional kaum Cina yang diwarisi sejak zaman dahulu. Ia pernah dikongsikan oleh individu lain sebagai ilmu kesihatan semula jadi yang mudah disediakan di rumah dan tidak memerlukan bahan mahal.
Perkongsian Hasnah turut mendapat perhatian ramai apabila beliau mencadangkan ramuan ini kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak mengalami batuk lama dan sukar kebah.
Ramuan Boleh Disimpan & Diperam
Salah satu keunikan ubat batuk tradisional ini ialah ia boleh diperam dan disimpan untuk tempoh yang lama. Malah, menurut pengalaman pengamalnya, semakin lama tempoh perapan, semakin baik khasiat yang terhasil.
Ini menjadikan ramuan ini praktikal untuk disediakan lebih awal dan digunakan apabila diperlukan.
Bahan-bahan Ubat Batuk Tradisional
- 2 sudu makan madu
- Air (¾ botol atau balang)
- Limau dan asam boi (kuantiti sama banyak)
Cara Penyediaan
- Bancuh madu bersama air dan masukkan ke dalam botol kaca atau plastik.
- Belah dua limau, tetapi jangan putus sepenuhnya.
- Perah jus limau ke dalam bancuhan air madu.
- Masukkan asam boi ke dalam limau yang telah dibelah.
- Masukkan limau tersebut ke dalam botol berisi air madu.
- Biarkan ramuan ini diperam. Semakin lama tempoh perapan, semakin baik hasilnya.
Cara Pengambilan
- Ambil 2 sudu makan ramuan.
- Bancuh dengan air suam sebelum diminum.
Amalkan Secara Berhemah
Menurut Hasnah, pengambilan madu yang dibancuh dengan air suam dipercayai membantu penyerapan dengan lebih cepat oleh badan. Walaupun menggunakan bahan semula jadi, pembaca dinasihatkan agar mengamalkan ubat batuk tradisional ini secara sederhana.
Bagi pesakit autoimun, ibu hamil atau individu yang sedang menjalani rawatan perubatan, sebarang amalan tambahan wajar dibincangkan terlebih dahulu dengan doktor.
Perkongsian ini sekali gus membuktikan bahawa amalan tradisional masih relevan dan boleh dijadikan sokongan kesihatan, selagi diamalkan dengan betul, berhemah dan bertanggungjawab.
BACA LAGI : Tiada Lagi Ais Krim Perisa Ubat Batuk, KKM Hentikan Jualan Serta-Merta
Sumber: Facebook Nor Hasnah Abdul Kadir
FT Image: Nor Hasnah Abdul Kadir
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Johan Pilihan Nama Buat Putera Sulung Tengku Mahkota Kelantan & Che Puan Mahkota

Masih belum terlewat lagi untuk Remaja ucapkan tahniah buat Tengku Mahkota Kelantan & Che Puan Mahkota atas kehadiran cahaya mata sulung!
Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra dan Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson Petra menamakan putera sulung baginda dengan nama Johan, yang dilahirkan pada 17 Julai lalu.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Sofie Louise Johansson menerusi hantaran di platform Instagram miliknya malam tadi yang turut memuat naik foto cahaya matanya itu.
ARTIKEL BERKAITAN : Genap Tujuh Hari, Aishah Al Iman Pilihan Nama Cahaya Mata Sulung Wany Hasrita & Suami

Terdahulu, Sofie Louise Johansson selamat melahirkan anakanda pertama di Hospital Universiti Sains Malaysia Malaysia (Hospital USM), pada 17 Julai lalu.
Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam satu kenyataan berkata, Che Puan Mahkota Kelantan bersama anakandanya berada dalam keadaan selamat dan sihat walafiat.

Sekadar informasi, Dr. Tengku Muhammad Faiz dan Sofie Louise Johansson melangsungkan perkahwinan pada tanggal 19 April 2019.
Istiadat akad nikah pasangan itu diadakan di Istana Balai Besar yang disempurnakan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Che Puan Mahkota
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila Jumpa Orang Toksik, Jadi Batu Kelabu Dengan Grey Rock Technique

Dalam hidup seharian, kita tidak dapat lari daripada bertemu dengan individu yang suka mengawal, suka memanipulasi emosi dan sering menimbulkan drama. Mereka ini biasanya digelar sebagai orang toksik atau narsistik. Kehadiran individu sebegini boleh memberi tekanan, membuatkan kita hilang keyakinan diri, malah menjejaskan kesihatan mental sekiranya tidak ditangani dengan baik.
Untuk menghadapinya, pakar psikologi memperkenalkan satu strategi mudah yang dikenali sebagai Grey Rock Technique atau teknik batu kelabu. Kaedah ini semakin popular kerana ia berkesan menghalang manipulasi emosi dengan cara yang tenang, neutral dan bijak.

Apa Itu Grey Rock Technique?
Grey Rock Technique ialah strategi komunikasi yang mengajar kita untuk menjadi seperti “batu kelabu” – membosankan, neutral dan tidak memberi sebarang reaksi emosi. Individu toksik biasanya mencari perhatian dan drama, jadi apabila mereka tidak mendapat respon yang diinginkan, mereka akan cepat berasa bosan dan berhenti mengganggu.
Cara asas teknik ini ialah:
Jawab ringkas. Gunakan perkataan mudah seperti “ok”, “baik” atau “oh”.
Tiada emosi. Kekalkan ekspresi neutral, jangan tunjuk marah atau kecewa.
Jangan kongsi hal peribadi. Elakkan memberi maklumat yang boleh dijadikan bahan untuk menyerang anda semula.
Mengapa Teknik Ini Penting Untuk Remaja?
Remaja sering berada dalam situasi yang memerlukan interaksi sosial — di sekolah, media sosial, atau dalam perhubungan. Tidak semua interaksi itu positif. Ada kawan, rakan sekerja atau pasangan yang mungkin bersifat toksik dan suka mengawal.
Dengan mengamalkan Grey Rock Technique, remaja boleh:
Melindungi emosi sendiri. Tidak mudah dipengaruhi kata-kata orang lain.
Mengelak konflik berpanjangan. Mengurangkan drama yang tidak perlu.
Membina keyakinan diri. Belajar untuk mengawal situasi dengan tenang.

6 Tip Berdepan Orang Toksik
Public Health Malaysia (PHM) turut berkongsi beberapa tip yang boleh membantu remaja dalam berdepan individu narsistik:
Kawal emosi diri – Jangan biarkan mereka mengawal reaksi anda.
Fokus pada fakta, bukan ego – Elak terjerat dalam perdebatan sia-sia.
Tetapkan sempadan – Nyatakan dengan jelas apa yang anda boleh terima.
Jangan berharap pada empati – Orang toksik jarang memahami perspektif anda.
Gunakan Grey Rock Technique – Respon neutral, ringkas dan membosankan.
Akhiri perbualan dengan kawalan – Anda tentukan bila perlu berhenti.
Berdepan dengan orang toksik memang mencabar, tetapi ia tidak bermakna kita perlu mengorbankan ketenangan diri. Grey Rock Technique ialah cara mudah untuk melindungi emosi, mengurangkan konflik dan mengekalkan fokus terhadap perkara yang lebih penting dalam hidup.
Ingat, kita tidak boleh mengubah sikap orang toksik, tetapi kita boleh mengawal cara kita bertindak. Dengan menjadi seperti “batu kelabu”, remaja dapat belajar bahawa kekuatan sebenar terletak pada kemampuan mengawal emosi dan mengekalkan ketenangan walaupun dalam situasi yang mencabar.
Sumber : Public Health Malaysia (PHM)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

