Biasanya apabila kita membeli kuali baharu, setakat basuh sekali terus digunakan untuk memasak. Namun sebenarnya, tahukah korang ada tip yang boleh diikut bagi mengelakkan kuali berkarat, melekat dan tahan lama?
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Wan Luqman telah berkongsi info tentang kuali baru. ‘Mat Salleh’ menyebutnya sebagai “season the wok”. Untuk apa dibakar? Carbon steel wok ini kalau tidak dijaga, ia akan cepat berkarat. Jadi, untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ini terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
Salah satu sebab lagi perlu dibakar adalah supaya masakan kita tidak melekat. Korang akan menikmati pengalaman memasak yang lebih seronok.
Jom kita lihat antara tip yang telah dikongsi.
1. Macam mana korang nak tahu saiz kuali tersebut? Lihat pada tangkai kuali tu ada sticker. Boleh tengok nombor tersebut, itulah saiznya. Kebanyakan bersaiz 14” dan 16”
2. Kuali baru yang dibeli biasanya dibungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tersebut berminyak/greasy. Itu adalah minyak dari kilang dan kita kena cuci terlebih dahulu. Gosok dengan sabun guna span besi di bahagian depan dan belakang kuali
3. Selepas digosok, biarkan saja kuali itu bercalar atau tidak
4. Set kan api dapur dan mulakan membakar
Ads
5. Bakar sehingga kebiruan di seluruh permukaan kuali, biar rata semua tempat. Ingat, jangan lama sangat, bila dah start biru terus alih ke permukaan lain. Kalau lama sangat dekat tempat yang sama, nanti yang biru itu akan jadi merah. Tanda besi terlalu panas dan akan berkarat di kemudian hari
6. Bakar seluruh permukaan kuali ya
7. Dah siap! Biarkan dalam 10 minit
8. Selepas 10 minit, boleh cuba letak minyak sikit
Ads
9. Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ya bukan tisu muka
10. Test run. Goreng la apa-apa pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke
11. Bila dah garing, buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali
Ads
12. Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3 hingga 5 minit
13. Kemudian, bilas dan gosok guna span tanpa sabun ya
14. Lap bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan gaul rata lagi sekali
15. Bila korang gosok guna tisu sambil api menyala, ia akan mula berasap. Tutup api, siap! Esoknya kalau nak guna kuali, panaskan dulu, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali, baru boleh guna. Ia dipanggil pre season
Selama ini beli kuali baharu cuci ‘gitu-gitu’ sahaja. Rupanya ada tip yang berguna boleh kita ikut untuk elakkan kuali berkarat dan melekat. Semoga bermanfaat!
Terdapat jenama fesyen yang mengeluarkan wangian mereka sendiri, termasuklah Zara yang kami pasti orang ramai sudah pun tahu tentang kewujudannya.
Tapi mungkin ramai yang tidak tahu bahawa H&M juga sebenarnya ada mengeluarkan minyak wangi mereka sendiri dengan harga yang agak murah juga.
Informasi ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Aus Meshi dan dia turut menerangkan jenis-jenis bauan daripada H&M ini.
Jom kita lihat perkongsian yang telah dibuat oleh lelaki ini.
1. Sunray
Bau ini sebenarnya nak menceritakan seperi bauan pergi bercuti di tepi pantai. Ada bau seperti sunscreen lotion. Penambahan bau floral dan drydown yang ada dalam wangian ini seperti bau minyak wangi Cloud Ariana Grande.
2. Petals
Bauan seperti white floral atau Jasmine, ada penambahan bauan seperti teh. Bauan floral untuk wangian ini tidak berapa kuat.
3. Lipstick
Kotak dan minyak wangi ini berwarna merah jambu, sangat menarik perhatian wanita. Bauannya pula seakan-akan seperti bau make up powder. Pada mulanya ia berbau seperti ceria tau strawberi, lama-kelamaan seperti bau bedak.
Menariknya minyak wangi ini, ia ada vibes seperti Midnight Fantasy daripada Britney Spears dan ia lebih unik berbanding MF.
4. Rain
Apa yang cuba digambarkan seperti perasaan korang bila bangun tidur tu sedang hujan, rasa nak sambung tidur balik. Ha, lebih kurang macam itulah maksudnya. Baunya dimulakan dengan fresh, clean dan aqua. Ada gaya-gaya seperti Blue Fragrance.
5. Cashmere
Inilah botol paling menyerlah jika dibandingkan dengan yang lain dan baunya juga agak paling ‘berat’. Dimulakan dengan bau sedikit sweet dan creamy susu, kemudian hujungnya akan dapat bau seperti bayi.
Bau bedak baby!
6. Pear
Minyak wangi ini tidaklah berbau pear, tetapi lebih kepada epal hijau.
7. T-shirt
Antara semua, memang minyak wangi ini sedikit mengejutkan kerana korang memang akan bau seperti ‘baju baru’ ataupun baju yang baru lepas basuh. Baunya yang fresh, clean, soapy detergent.
Minyak wangi ini memang bau sama seperti sabun basuh baju detergent yang warna biru tu. Hiks!
8. Vanilla
Seperti namanya, ia memang berbau vanilla tetapi bukan vanilla yang manis, creamy, berlemak seperti Vanilla Body Shop. YSL Libre atau Love Don’t Be Shy Kiliian. Berbeza dengan deskripsi yang mengatakan creamy sweetness, tetapi ada sikit sahaja dengan penambahan manis dan creamy.
Jelasnya, kesemua wangian ini boleh didapati di Zalora dan mungkin jika di kedai H&M lebih banyak mempunyai pilihan. Tetapi, tidak semua cawangan menjual minyak wangi ini ya.
So guys, bolehlah tambah koleksi minyak wangi korang lagi lepas ni!
Setiap manusia yang berhajat pastinya akan memohon doa kepada Maha Pencipta. Tak kira sama ada apa yang didoakannya itu untuk kebaikan di dunia mahu pun akhirat, pasti di antara kita mahu doanya di perkenan.
Allah memang sebaik-baik pencipta yang Maha Penyayang dan Pemurah kerana ada yang Allah perkenankan doa hambaNya lebih awal bukan kerana individu itu berulang kali memohon doa kepadaNya tetapi Dia lebih tahu masa yang terbaik untuk kita mendapatkan apa yang diminta.
Namun, ada juga doa yang dimohon bertahun-tahun masih belum dijawab oleh Allah. Tidak dinafikan pasti ada perasaan kecewa dan sedih tambah-tambah lagi apa yang paling dihajati tidak ditunaikan.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui masa terbaik untuk menunaikan permintaan kita dan di sini REMAJA kongsikan satu kisah tentang mengapa doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah.
Ketika Ibrahim Bin Adham, seorang ahli sufi berada di tengah-tengah pasar Basrah dikerumuni oleh orang ramai.Antara mereka ada yang bertanya, “Mengapakah doa kami tidak dimakbulkan oleh Allah, sedangkan kami bermohon kepadaNya?”Ibrahim menjawab, “Kerana hati mereka buta disebabkan 10 perkara”
1. Doa daripada mereka yang mengaku mengenali Allah, tetapi ingkar akan segala perintahNya.
2. Mengasihi Rasulullah, tetapi tidak mengikuti sunahnya.
3. Sering membaca Al-Quran, tetapi tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.
4. Langsung tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.
5. Memusuhi syaitan, tetapi langsung tidak menentangnya.
6. Mengakui kewujudan syurga di alam akhirat, tetapi tidak beramal untuk ke syurga.
7. Mengakui kewujudan neraka di alam akhirat, tetapi tidak cuba menjauhkan diri daripada masuk ke dalamnya.
8. Mengakui mati itu pasti, tetapi masih lalai melakukan kemaksiatan dan kejahatan.
9. Sibuk dengan keaiban orang lain, tetapi sering lupa dengan aib sendiri.
10. Mengebumikan mayat saudara Islam, tetapi tidak mengambil iktibar daripada kematian mereka.
Seperti yang sedia maklum, mulai hari ini semua rakyat yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (2.0) dibenarkan ‘dine in’ di kedai makan atau restoran namun hanya terhad kepada dua orang sahaja untuk satu meja.
Sumber Gambar : BERNAMA
Paling penting, pengamalan penjarakan sosial 1 meter harus diutamakan dan SOP patut wajib diamalkan menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara yang dikendalikan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob semalam.
Salah satu SOP yang wajib dilaksanakan ialah scan aplikasi MySejahtera. Terbaru, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengumumkan yang mana penggunaan aplikasi MySejahtera adalah diwajibkan untuk semua premis di lokasi dengan capaian internet luas.
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Sebelum ini, terdapat sejumlah premis yang menyediakan kemudahan untuk orang ramai mencatatkan nama dan informasi secara manual pada buku. Namun, terdapat beberapa pengguna yang memberikan maklumat palsu dan kurang tepat ketika memasuki premis dengan mencatat pada buku.
Apa pun, untuk lokasi dikawasan pedalaman dengan capaian internet rendah, pengecualian diberikan dan pengguna boleh mencatatkan nama pada buku secara manual.
Sama-sama kita menangani gejala COVID-19 dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial bagi memastikan penularan tidak terus berlaku.