Rasanya setiap peminat selebriti Kpop menyimpan impian untuk menjadi salah satu daripada crew yang terlibat dalam setiap persembahan artis pujaan mereka.
Kalau kami kongsikan kisah seorang pemuda di twitter ini, mesti ramai yang makan hati. Hiks!
Shah bekerja sebagai seorang translator/interpreter untuk artis-artis Kpop seperti Blackpink, Winner, Ikon dan banyak lagi.
Bagi korang yang mungkin tertanya-tanya macam mana agaknya kerja translator ni, basically job scope mereka adalah sebagai orang tengah kepada korean team dan local team. Contohnya, nak pasang stage, control lighting, VCR, sound check dan special effects. So, Shah kira macam translator antara Malaysian broadcasting company dengan team dari Korea.
Pergh, bukan biasa-biasa ni. Hehe!
Ads
Jom kita baca pengalaman dan bagaimana lelaki ini boleh terlibat dalam produksi Korea tersebut.
SPM gagal
Berkerja dengan NGO Korea
Ads
Terlibat dalam konsert Kpop
Selain daripada menjadi antara crew yang terlibat dalam konsert-konsert besar bintang Kpop, Shah juga pernah bekerjasama untuk small concerts dan fan meets.
Beginilah kehidupan anak muda ini sekarang. Dia terpaksa ulang alik ke Korea untuk turut menjadi sebahagian daripada tenaga pekerja dalam konsert yang dianjurkan di sana.
Ads
Wah, confirm ramai yang bercita-cita nak kerja macam Shah juga kan?
Apa pun guys, selagi korang berusaha dan tawakal, insyaAllah tidak ada apa yang mustahil. Kalau dah memang minat, mungkin boleh jadi kerjaya korang nanti juga kan?
Kini sedang trending filem The-Con Heartist di Netflix dan semestinya ia menjadi perhatian warga maya Malaysia yang suka menonton filem di saluran penstriman atas talian itu. Dibarisi pelakon popular Thailand, salah satu watak yang mencuit hati adalah watak Ms Nongnuch lakonan Kathaleeya Mcintosh.
Watak seorang guru sekolah yang berusia dan tidak pandai bersolek serta begaya telah berjaya dihayati Kathaleeya dengan baik sekali. Kudos to her makeup and styling team! Kathaleeya yang sebenarnya sangat anggun dan bergaya, berubah 360 darjah menerusi transformasi yang dilakukan.
Di Thailand, Kathleeya bukan sahaja terkenal sebagai seorang pelakon bahkan dia juga seorang pengacara rancangan TV dan model. Sudahpun berkahwin dan memiliki tiga orang cahaya mata, biarpun sudah berusia 49, tahun dia masih kelihatan muda dan segar.
TENTANG THE CON-HEARTIST
Kisah yang digarap dalam filem ini cukup bersahaja dengan adegan dramatik yang diselitkan dengan unsur komedi. Mengisahkan tentang Ina, seorang wanita yang terpedaya dengan janji manis kekasihnya telah meminjam wang daripada bank semata-mata untuk membantu kekasinya membayar yuran pengajian. Rupa-rupanya itu hanya sandiwara dan setelah mendapat wang, kekasihnya itu telah meninggalkannya untuk mencari mangsa lain pula.
Ina yang telah berjaya mematahkan percubaan ‘scammer’ atas talian, akhirnya bekerjasama dengan ‘scammer’ tersebut untuk membalas dendam kepada bekas kekasihnya. Kalau nak tahu apa kesudahannya dengan lebih lanjut, korang kenalah tengok sendiri cerita ini!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beberapa hari lalu tular di media sosial solat tarawih kilat yang dilaporkan berlaku di Masjid Padepokan Al Busthami di Cirebon, Indonesia. Solat tarawih kilat 20 rakaat dan tiga witir ini dilakukan dalam tempoh 7-10 minit sahaja dengan pemilihan bacaan ayat-ayat al-Quran pendek dan gerakan solat dalam kalangan jemaah juga tertib.
Dikatakan solat super pantas ini sudah sudah menjadi tradisi bagi masyarakat desa ini sejak dulu lagi. Malah ketua daerahnya, Ujang Bustomo yang juga imam kepada solat sunat tarawih itu berkata, ia bertujuan mendorong masyarakat setempat untuk tidak malas menunaikan solat sunat itu.
“Solat sunat tarawih cepat ini dilakukan agar masyarakat mudah menunaikan solat. Ini kerana ramai juga (jemaah) yang kurang senang kerana lama,” katanya dalam temubual itu.
Dalam ramai yang mungkin beranggapan berasa kagum dengan tempoh super singkat itu sementara solat tarawih lapan rakaat dengan tiga witir di negara ini mengambil masa hampir sejam, adalah lebih baik kita belajar memahami apa yang diajar oleh Rasululllah SAW.
Jangan kerana mahu cepat, solat yang dilakukan setiap waktu selama 60 tahun semasa di zaman Baginda Nabi berlalu sia-sia sahaja.
REMAJA kongsikan penjelasan dari Ustaz Ahmad Sanusi Azmi mengenai solat kilat ini.
Bangun dan Solatlah Semula!
1. Melihat kepada video Solat Kilat ini, teringat saya akan sabda Rasulullah dalam sebuah hadith. al-Imam al-Bukhari menukilkan bagaimana Rasulullah pernah melihat seorang lelaki yang menunaikan solat secara tidak sempurna. Baginda lalu memberikan arahan:
ارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ
“Bangun dan tunaikanlah solat sekali lagi, sesungguhnya engkau tidak solat!”
Lelaki tersebut mengulangi solatnya. Setelah selesai Rasulullah memintanya supaya solat sekali lagi. Kali ini Baginda memberikan penjelasan tentang kesalahan yang beliau lakukan. Iaitu, solat beliau berlaku dalam keadaan tergesa-gesa. Solat mesti dilakukan dalam keadaan tenang iaitu ada tamakninah (tenang seketika). Sabda Rasulullah:
إذا قمت إلى الصلاة فكبر ، ثم اقرأ ما تيسر معك من القرآن ، ثم اركع حتى تطمئن راكعاً ، ثم ارفع حتى تعتدل قائماً ، ثم اسجد حتى تطمئن ساجداً ، ثم اجلس حتى تطمئن جالساً ، ثم اسجد حتى تطمئن ساجداً ، وافعل ذلك في صلاتك كلها )) .
“Sekiranya engkau mendirikan solat, hendaklah kamu mengambil wudu dahulu, kemudian mengadap kiblat dan kemudian memulakannya dengan takbir. Bacalah ayat dari al-Quran kemudian rukuklah dan kemudian hendaklah kamu bertenang seketika sewaktu rukuk tersebut. Kemudian kamu berdiri iktidal.
Kemudian hendaklah kamu sujud sehingga kamu bertenang ketika, dalam tempoh sujud tersebut. Kemudian duduklah (di antara dua sujud) dalam keadaan tenang. Kemudian hendaklah kamu sujud sehingga kamu bertenang ketika, dalam tempoh sujud tersebut. (HR al-Bukhari).
Solat tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa, ada tertib perlu diikuti. Gambar hiasan
Bahkan Rasulullah berpesan pada penghujung hadith tersebut:
وافعل ذلك في صلاتك كلها
“Hendaklah kamu lakukan semua di atas dalam solat kamu.” Iaitu kesempurnaan rukun dilakukan dalam keadaaan tenang.
Malah Rasulullah pernah menggambarkan kepada Abu Hurairah bahawa terdapat seorang lelaki yang menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi solatnya tidak diterima Allah. Sabda Rasulullah:
إنَّ الرجلَ ليُصلِّي ستِّينَ سنةً و ما تُقبَلُ له صلاةٌ، لعله يتمُّ الركوعَ، ولا يتمُّ السُّجودَ، ويتمُّ السجودَ ولا يتمُّ الركوعَ
“Seorang lelaki menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi satu pun solatnya tidak diterima Allah. Perkara ini berlaku kerana dia menyempurnakan sujudnya tetapi tidak menyempurnakan rukuknya, atau menyempurnakan ruku’nya tetapi tidak menyempurnakan sujudnya.”
Moga Allah membimbing kita semua.
Sumber : FB Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehebatan anak muda ini dalam menyunting video memang sudah tidak dapat disangkal lagi. Banyak video kreatif yang telah dihasilkan, malah remaja ini juga diberi jolokan sebagai ‘Zach King Malaysia’.
Terbaharu, Sofyank sekali lagi menunjukkan bakatnya dalam menghasilkan sebuah video promo bagi filem Fast and Furious 9 bersama pelakon antarabangsa, John Cena.
Apa yang menarik, menerusi video itu John Cena dilihat ada bercakap dalam bahasa Melayu dan ia sekali gus menarik perhatian orang ramai, selain teknik suntingan hebat yang dihasilkannya.