Lelaki Ini Ajar Cara Guna Akaun Tabung Haji Online Untuk Semak Baki Simpanan Wang Dengan Mudah

Share

Setiap umat Islam menyimpan impian untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan haji di Kota Makkah jika berkemampuan.

Tabung Haji (TH) merupakan antara inisiatif umat Islam untuk menabung bagi menampung perbelanjaan menunaikan rukun Islam kelima ini.

Ramai diantara kita yang sudah membuka akaun Tabung Haji tetapi masih tertanya-tanya bagaimana dengan jumlah simpanan yang terkumpul. Jika dulu, memang agar sukar untuk menyemak tetapi sekarang semuanya hanya dihujung jari kerana korang boleh lakukan secara online

.

Tabung Haji telah melancarkan perkhidmatan digital mereka yang dikenali sebagai THiJARI. Dengan laman web ini, pemilik TH boleh melakukan urusan-urusan seperti berikut:

• Menyemak akaun
• Mencetak penyata akaun
• Membuat pindahan wang
• Membuat urusan perkhidmatan Haji
• Melakukan urusan Kelab TaHa secara online

Cara mendaftar

1. Layari www.thijari.com.my

2. Pemilik akaun TH hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH

3. Seterusnya, pemilik akaun perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Isikan maklumat peribadi dan selepas selesai, bolehlah mula menggunakan perkhidmatan THiJARI.

Mudah sahaja kan? Selepas ini, korang tidak perlu lagi untuk ke Menara Tabung Haji bagi menguruskan segala perihal berkaitan dengan urusan naik Haji. InsyaAllah, sentiasa pasang niat satu hari nanti mana tahu rezeki kita untuk menunaikan Haji di usia muda kan?

Sumber: Ibnu Najmuddin

IKLAN