Lebih Berkuasa, Admin Grup WhatsApp Kini Dibenarkan Padam Mesej Ahli Lain

Share

Sebelum ini aplikasi WhatsApp pernah berkongsi ciri baharu yang akan diperkenalkan iaitu admin grup WhatsApp bakal diberikan kelebihan untuk memadam mesej daripada ahli lain. Kini, seperti yang dilaporkan ciri itu sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna WhatsApp seluruh dunia.

BACA:

WhatsApp Bakal Perkenal Ciri Baharu, Admin Grup Boleh Padam Mesej Ahli Lain

Ciri baharu ini membolehkan admin grup tap pada sesuatu mesej yang tidak diingini dan seterusnya memilih untuk memadam. Apabila mesej tersebut dipadamkan, ia akan meninggalkan notifikasi mengatakan bahawa mesej itu telah dipadam oleh admin.

Sumber: WABetaInfo

Fungsi memadam mesej ini mungkin antara yang dinantikan oleh pengguna WhatsApp terutamanya kepada ahli yang sering bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan. Dengan adanya ciri ini juga dilihat dapat memudahkan lagi pengurusan dan pentadbiran bagi sebuah WhatsApp Group.

Foto: Eyestetix Studio

Walau bagaimanapun, bukan semua admin grup sudah boleh menggunakan ciri ini kerana perlu menunggu kemaskini terkini yang dikhabarkan bakal ditawarkan dalam tempoh terdekat ini.

BACA: Aplikasi WhatsApp Bakal Lancar Ciri Terbaharu Sembunyikan Status ‘Online’

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN