Apabila raja dunia fesyen tanah air buka mulut mengenai penarikkan diri dari dunia fesyen selepas 30 tahun menabur budi dalam industri fesyen.
Pengumuman itu dibuat di Konsert Kesuma Jiwa 2020 yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya malam tadi adalah detik yang paling sukar dalam hidup beliiau.
Bimbang tidak bersedia untuk menghadap Yang Maha Esa selepas melihat beberapa kematian teman secara mengejut juga menjadi salah satu pendorong utama beliau membuat keputusan yang sudah dibuat sejak tahun lalu.
Datuk Rizalman Ibrahim, 49 tahun mengakui pernah berada dalam ‘zon sombong’ terutamanya ketika nama berada di puncak, Rizalman menyerahkan tanggungjawab berkenaan kepada pembantu yang sudah 15 tahun bersamanya, Faizul Surani.
Ads
Akan memfokuskan kepada cabang lain termasuklah hiasan dalaman, kosmetik dan kecantikan, malam tadi merupakan hari yang mana koleksi terakhir hasil kolaborasi beliau sebagai pereka fesyen dengan gedung dalam talian, Zalora diperagakan.
Menterjemahkan keeratan silaturahim bersama semua pengikut dan tanda persahabatan beliau dengan Dayang Nurfaizah sejak 20 tahun lalu melalui konsert tersebut, Tunku Azizah juga dikhabarkan hadir menyaksikan momen berkenaan.
Turut menyumbangkan hasil jualan tiket konsert berkenaan sebanyak RM50,000 keopada Yayasan Fertiliti Tunku Azizah,
Tidak dinafikan, apabila genap 100 hari ahli keluarga meninggal dunia, kita yang masih hidup akan mula membuat kepuk dan nisan di atas kubur. Malah kita juga akan membuat tempahan batu nisan bertulis nama arwah selain memasang marmar atas kubur agar nampak kemas dan terjaga.
Bukan itu saja, ada pelbagai hiasan dibuat termasuk meletakkan bangku di tepi kubur arwah hingga kadang kala menyukarkan sanak saudara kubur berhampiran untuk berteleku membacakan Al-Fatihah jika ziarah kubur.
Pelikkan, masa mak ayah hidup kita tak sibuk-sibuk pun buat rumah cantik-cantik untuk senangkan mata dan hati mak ayah tapi bila dah meninggal barulah kita buat binaan cantik. Bunyinya nampak macam kasar tapi seperti dikonsgikan oleh Ustaz Azhar Idrus, ia jelas satu kebodohan nyata. Ini kerana berlebihan menghias kubur boleh jadi bidaah dan silap-silap jadi haram kalau niat kita untuk menunjuk-nunjuk.
Bacalah perkongsian dibuat oleh Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum hias kubur. Baca juga kenapa jadi bidaah yang dilarang dalam berlebihan menghias kubur.
Soalan:
Akhir-akhir ini banyak kita lihat orang-orang menghias kubur sedara mereka yang telah meninggal dunia seperti dibina binaan yang cantik-cantik atau disapu cat dan atau meletakkan batu nisan yang mahal harganya atau seumpamanya. Adakah dibolehkan menghias kubur seperti ini?
Jawapan:-
Membuat binaan tanpa sebab di atas kubur yang diwakafkan adalah bida’ah yang dilarang dengan larangan haram seperti membina rumah atas kubur tersebut atau diletakkan simen konkrit atau batu marmal yang besar dan mahal atau lainnya.
Ada pun meletakkan kurungan empat persegi samada yang diperbuat daripada kayu atau lainnya jika bertujuan mengelakkan dari digali oleh haiwan atau dilangkah atau dipijak orang akan kubur dengan syarat tidak ditanam ke dalam tanah sebahagiannya dan lagi tidak bersaiz besar sehingga mengambil ruang tanah yang lebih tanah kosong yang sepatutnya digunakan untuk mayat yang lain maka setengah fuqahak mengharuskannya.
Begitu juga dilarang menyapu cat dengan tujuan berhias kerana tidak disuruh oleh syarak menghias kubur melainkan kerana supaya dilihat bersih maka dibolehkan oleh setengah ulamak dengan tidak ada tujuan perhiasan dan tidak berlebih-lebihan.
Berkata Syeikh Umairah : قال الأئمة: وحكمة النهي التزيين أقول: وإضاعة المال لغير غرض شرعي Artinya : “Para imam mazhab berkata bermula hikmah dilarang berhias ialah kerana membazirkan harta cara yang sia-sia tanpa tujuan yang dibenarkan syarak.” (Hasyiah Umairah)
Tersebut pada kitab Al-Fiqh ala Mazahib Al-Arba’ah : يكره أن يبنى على القبر إذا لم يقصد بها الزينة والتفاخر وإلا كان ذلك حراما Artinya : “Dimakruhkan buat binaan atas kubur apabila tiada tujuan berhias dan berbangga-bangga. Dan jika bertujuan menghias kubur dan berbangga-bangga nescaya adalah hukumnya itu haram.”
Kesimpulan :-
Hukum membuat binaan atas kuburan adalah bida’ah yang dilarang melainkan kerana hajat seperti apabila kubur itu tidak dikepung maka akan dipijak orang atau jika tidak diletakkan simen di atasnya akan digali oleh haiwan buas maka diharuskan oleh setengah fuqahak dengan syarat tidak ditanam dan kecil serta ringan supaya mudah dialihkan ketika perlu. Syariat sama sekali tidak menyuruh menghiasi kuburan dan membazir kepada perkara yang tidak bermenafaat sedikit pun kepada mayat.
Mengecat kubur seperti nisannya dengan pelbagai warna dengan tujuan perhiasan adalah dilarang melainkan dengan tujuan supaya nampak bersih dan tidak dengan tujuan berhias.
Adalah satu kebobodohan yang amat nyata apabila ibu bapa masih hidup tidak dibaiki rumah mereka dan tidak dihias tempat mereka tinggal tetapi setelah mereka mati berlumba-lumba membuat binaan kubur dan nisan yang mahal-mahal supaya kelihatan cantik.
wallahua’lam ustaz azhar idrus
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hujan lebat yang mula melanda negara akhir-akhir ini membawa kepada tragedi apabila berlaku kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan sebuah hotel yang terletak di kawasan gunung iaitu Banjaran Hot Spring, Tambun, Perak runtuh tengah malam tadi.
Dalam kejadian jam 1.28 pagi tadi, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian menimpa dua mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan yang menginap di hotel tersebut.
"Kami segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bagi kerja menyelamat sebaik menerima panggilan mengenai kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam usaha mencari itu, pasukan penyelamat turut menemukan dua pasang kasut sukan dipercayai milik kedua-dua mangsa di kawasan kejadian.
Beliau berkata sehingga kini pasukan bomba masih giat menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa manakala maklumat lanjut mengenai mangsa belum dikenal pasti. Sumber : BERNAMA / Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain daripada faktor kediaman yang perlu dibersihkan dan barangan yang perlu dibuang setelah kediaman dinaiki air, salah satu kegusaran mangsa bencana banjir tentunya adalah keadaan kenderaan yang entah masih boleh dihidupkan ataupun tidak.
Justeru, syarikat automotif tempatan, PERODUA tampil ke hadapan untuk meringankan beban pemilik kenderaan jenama tersebut.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, perkhidmatan nilai tambah ini adalah usaha syarikat tersebut untuk selalu bersama pelanggan mereka sewaktu berlakunya bencana domestik seperti ini.
Perodua kini menawarkan rebat perkhidmatan tunda, diskaun ke atas alat ganti terpilih dan pemeriksaan kenderaan percuma.
Selain itu, korang boleh menuntut perkhidmatan menunda sehingga kos maksimum RM100 di kedai servis Perodua berdasarkan syarat-syarat yang dikenakan.
Mereka turut menawarkan potongan diskaun 20 peratus bagi alat ganti terpilih yang telah rosak akibat banjir. Ini merangkumi barangan elektronik, gasket baik pulih enjin, tempat duduk kenderaan, trim pintu dan permaidani.
Jelas Perodua lagi, alat ganti tulen akan dilengkapi dengan jaminan pengeluar. Oleh itu, mereka meminta pelanggan untuk tidak menggantikan bahagian yang sudah rosak dengan alat ganti tiruan kerana ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan.
Disebabkan terdapat beberapa pusat perkhidmatan Perodua yang kini turut sama terjejas akibat banjir, pelanggan digalakkan untuk merujuk kepada mana-mana cawangan perkhidmatan Perodua di seluruh Malaysia untuk mendapatkan bantuan.
Korang boleh menghubungi talian khidmat pelanggan bebas tol Perodua di talian 1-800-88-5555 untuk bantuan tunda (terma dan syarat dikenakan).
Dengan inisiatif yang dilakukan pihak Perodua ini, setidak-tidaknya ramai pemilik kenderaan Perodua dapat membaik pulih kenderaan mereka tanpa perlu mengeluh dengan kos membaiki yang terlalu tinggi.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.