
Rasanya semua pelajar yang ambil subjek Add Math tahu macam mana strugglenya korang nak pastikan supaya paper ni lulus dalam exam. Betul tak?
Ya mungkin ada yang menganggap mata pelajaran Add Math ni kacang je, tapi masih ramai juga yang selalu frust bila tengok result paper mereka. Hiks!
Disebabkan itu, ada juga individu yang sanggup bersumpah jika dia lulus paper Add Math dalam SPM, dia akan belanja McD pada sesiapa yang retweet statusnya itu.

Nah, status ini mendapat lebih daripada 25 ribu retweet dan setelah itu lelaki ini mengatakan bahawa dia akan memilih hanya 10 orang secara random untuk dia bank in duit dan pandai-pandai la korang nak beli sendiri nanti. Haha!


Mungkin pelajar ini hanya berseloroh dan tak sangka pula statusnya diretweet seramai ini.
Malah, ada juga yang ingin menuntut janji nanti. Hiks!

Apa-apa pun, ramai yang memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kejayaannya.

Tapi, ada juga kawan yang sweet bagi semangat kalau adik ni lulus dia yang akan belanja McD. Macam ni la kawan kan? Hehe..

Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Amin Yahya dan semoga kau lulus paper Add Math ni dengan cemerlang dik. Hiks! InsyaAllah bukan hanya paper ni saja, moga-moga pelajar ini mendapat keputusan yang baik dalam SPM nanti dan menjadi insan yang berjaya dunia akhirat. Jom sama-sama kita doakan. Aamiin!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia Semakin Kecundang, #10 Years Challange Bukti Manusia Perlu Sedar & Tahu

Ramai yang menyahut cabaran #10yearschallange yang dimulakan oleh seorang ahli meteorologi dari Oklahoma, Damon Lane.
Ramai begitu gembira memaparkan keadaan diri dan bentuk tubuh mereka serta perubahan-perubahan yang berlaku.
Di sebalik kegembiraan, mungkin ramai kurang sedar atau tidak memahami betapa dunia semakin kecundang angkara perbuatan manusia itu sendiri.
Dunia yang semakin panas berikutan pencairan di Kutub Utara, gunung-ganang ditarah tanpa belas kasihan, pembuangan plastik yang mengakibatkan hidupan laut mati dan beberapa sikap lain yang sebenarnya boleh dikawal jika kita memahami dunia ini turut diduduki oleh makhluk lain.
Jika kita begitu gembira badan masih maintain sejak 10 tahun lalu, wajah yang tak tua-tua dan sentiasa muda, dunia yang kita duduki ini juga BERHAK untuk manusia tahu betapa tenatnya sekarang.
Ok, jom tengok betapa “GEMBIRANYA” bumi sepanjang #10yearschallange ini. Mungkin sebagai individu kita seharusnya sama-sama menyayangi dunia yang semakin tua dan tenat ini. Itu belum lagi binatang-binatang yang terjejas teruk akibat kerakusan manusia
Dalam satu akaun instagram yang fokus kepada masalah sampah di lautan @lessplasticuk mampu membuatkan kita berfikir lebih mendalam.

Lihat sajalah terumbu karang indah yang menjadi tempat pembiakan ikan-ikan di laut yang jelas ketara sudah mati.


Begitu juga lapisan ais yang semakin menipis di Kutub Utara, dataran permukaan yang semakin menyempit selain nasih beruang kutub yang semakin kurus selepas habitatnya dicemari.

Di akuan instgram @Greenpeace turut memaparkan kerosakan yang berlaku. Bungkahan ais yang dahulunya begitu tebal kini semakin nipis akibat pemanasan global.

Hutan tertua dunia, hutan Amazon juga mengalami perubahan ditarah oleh tangan manusia dan barang kali akan bertukar menjadi gersang satu hari nanti jika kita masih bergembira seperti hari ini.

Ya bumi juga perlukan perubahannya dan janganlah kita terus mencemarkannya dengan menjadi manusia yang mementingkan diri sendiri.
Biar usaha kita sedikit tapi sekurangnya kita menyumbang kepada kelasterian alam yang akan dihuni oleh anak cucu kita di masa depan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Promosi Hebat Datang Lagi, Tealive Tawar Harga RM2.50 Sehingga 29 Disember Ini

Kalau Ramadan lepas, Tealive dan Touch n Go eWallet telah pun bekerjasama untuk kempen raya dengan memberikan promosi harga minuman serendah RM2.50 apabila membayar menggunakan Touch n Go eWallet.
Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan mungkin kerana tu, kerjasama ini diteruskan lagi. Ha berita baik untuk korang yang gemarkan minuman Tealive, mulai 1 November 2019, setiap minuman Tealive yang berharga RM6.50, jika korang bayar menggunakan Touch n Go eWallet akan dicaj dengan hanya harga RM2.50.

Tawaran ini berlangsung dari 1 November hingga 29 Disember 2019.
Walau bagaimanapun, tawaran ini hanyalah untuk minuman yang berharga RM6.50 dan terhad kepada satu pembelian bagi satu transaction.
Tawaran ini juga hanya sah di seluruh outlet Tealive kecuali outlet di AEON Delica Foodcourts dan Maxvalu.

Promosi ini hanya terhad untuk 1,800,000 cups saja sepanjang tawaran berlangsung.
Ha, kalau nak murah kena la cepat-cepat beli kan. Serious, korang memang boleh jimat banyak jika menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet ini.
Jom Tealive malam ni. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lafaz Talak Pada Hari Ke 4 Ramadan, Da’i Farhan Sudah Bercerai Dengan Dr Erin

Perkahwinan yang pernah mendapat perhatian ramai hingga mendapat kecaman, hanya kerana perkataan Wanita Kaabah yang mana Da’i Farhan memilih Dr Erin sebagai pasangan hidupnya tapi kini akhirnya pasangan ini memilih untuk bercerai pada 27 April lalu pada hari ke empat umat Islam menunaikan puasa.
Laporan Harian Metro, atas alasan tidak boleh berjauhan dengan anak dan syarat yang ditetapkan bekas madu, isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Farhan yang dikenali Dr Erin mengesahkan sudah diceraikan suaminya pada 27 April lalu.
Berita perceraian yang dikongsikan Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi, 40, di Instagram itu adalah keputusannya sendiri demi kebaikan semua pihak termasuk bekas madu, Fatin Nurul Ain.
“Untuk pengetahuan semua, ustaz sudah melafazkan cerai terhadap saya pada 27 April lalu selepas saya sendiri meminta untuk dilepaskan. Saya yakin ini yang terbaik untuk kami bertiga. Saya juga tahu pihak sana (bekas madu) tak boleh ‘move on’.
“Perceraian ini saya yang minta sebab saya dah penat dengan episod kejap kata nak rujuk sana dan nak ceraikan saya. Kemudian tak jadi cerai saya dan nak pujuk sana untuk bermadu dengan saya. Selepas itu nak bercerai balik. Saya tahu ustaz pun serba salah. Disebabkan itu saya memilih untuk diceraikan dengan rela,” katanya.
Menurut Erin, dia mengizinkan Farhan untuk kembali kepada pangkuan bekas isterinya kerana suaminya tidak boleh berpisah lama dengan anak-anak.
Katanya, antara syarat yang ditetapkan isteri Farhan adalah dia perlu menceraikannya kerana keluarganya tidak merestui anaknya hidup bermadu.
“Pada 11 Februari lalu saya mengizinkan ustaz untuk kembali dengan bekas isteri kerana selepas pulang dari berjumpa anak-anaknya, dia cakap pada saya dia tak boleh berjauhan daripada anak-anak. Dia kata pihak sana bagi syarat nak duduk dengan anak boleh, tapi kena ceraikan saya sebab ibu bapanya takkan bagi anak dia bermadu.
“Sebab terlalu sayangkan bekas suami, saya cakap kepadanya bawa saya balik berjumpa mentua dan bekas madu untuk saya sendiri serahkan dia semula. Biarlah asalkan dia dapat bersama anak-anaknya,” katanya.
Menurutnya, jika diikutkan Februari lalu dia sudah minta untuk diceraikan, namun ada sahaja halangan sehinggalah mendapat perkhabaran sudah hamil baru- baru ini.
“Saya reda jika ini ujian saya untuk kehilangan orang yang saya sayang daripada tengok dia susah hati dan rindu dengan anak-anak. Lebih baik saya mengalah.
“Saya sudah tidak mengharapkan apa-apa daripadanya dan hanya tunggu masa nak diceraikan saja. Sejak bulan Februari nak cerai ada saja masalah datang sampailah saya nekad nak akhiri pada bulan Ramadan ini demi kebaikan semua tapi saya tahu mengandung pula. Namun saya nekad dengan keputusan saya untuk mengakhirinya,” katanya.
Dalam masa sama, Erin meminta supaya dirinya tidak lagi dikaitkan dengan pendakwah bebas itu dan memohon maaf kepada mana-mana yang pernah terluka sepanjang perkahwinannya dengan Farhan.
“Saya harap selepas ini tolong jangan kaitkan dia dengan saya. Apa-apa saya yang saya kongsikan di media sosial adalah atas diri saya sendiri. Saya yang baru nak dapat hidayah ini sememangnya tak layak dengan golongan agamawan.
“Biarlah dia jalani kehidupan dia seperti biasa dengan ketenangan dan kebaikan. Saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang tergores hati dan terkesan atas pernikahan saya dengannya. Saya terima lamarannya dulu sebab ilmu agama dan kebaikan yang saya nampak dalam dirinya ketika itu. Saya sangat harap dia boleh bawa saya ke syurga,” katanya.
Pernikahan Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 30, dengan Erin yang juga ibu tunggal anak lapan di Makkah pada November tahun lalu mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin.
Bagaimanapun, Farhan kemudian mengambil keputusan menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sarat mengandung anak kedua mereka. Cerai itu dilafazkan menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 3 Disember tahun lalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

