LazMall Super Category Day menonjolkan produk pelindung matahari berserta kandungan pendidikan khas dalam talian untuk menarik perhatian peminat kecantikan di Malaysia dan Asia Tenggara.
Lazada, perintis platform e-Dagang di Asia Tenggara, mengumumkan penganjuran Super Category Day pertama mereka. LazMall Super Category Day yang akan berlangsung pada 27 Julai nanti merupakan acara yang pertama seumpamanya dalam industri e-Dagang di mana tumpuan akan diberikan kepada kategori produk tertentu untuk membantu pembeli menemui dan membeli produk yang ditawarkan pada harga yang menjimatkan.
LazMall Super Category Day akan mempromosikan produk pelindung matahari, salah satu kategori produk yang semakin berkembang di LazBeauty – destinasi kecantikan Lazada.
Melalui penceritaan kreatif dan penciptaan kandungan bersama jenama, Lazada berusaha untuk menawarkan kandungan dan maklumat produk kepada pengguna dengan harapan dapat mengayakan lagi pengalaman membeli mereka.
Seiring itu, jenama juga berpeluang meningkatkan penglibatan mereka dengan para pembeli tempatan.
Ads
“Kami telah melihat pertumbuhan tahun ke tahun melebihi 50% pada 2022 untuk kategori pelindung matahari berikutan peningkatan suhu di Asia Tenggara.
“Kerana itu, kami sangat teruja untuk mengetengahkan kategori ini bagi LazMall Super Category Day,” kata Clarissa Chen, Naib Presiden Kanan, Akaun Strategik Serantau (Kesihatan & Kecantikan), Kumpulan Lazada.
“Lazada bekerjasama dengan lebih 100 jenama dan memanfaatkan pandangan pelanggan untuk melaksanakan kempen yang menjanjikan kepuasan pengguna. Tujuan kami adalah untuk memperkasakan pelanggan kami dalam memilih produk yang paling sesuai dengan keperluan mereka daripada pelbagai jenis produk yang tersedia di platform Lazada.
“Kami bertekad untuk terus berinovasi dan menambah baik platform kami dengan pelancaran siri “Supers” kami, memperkasakan jenama untuk mengembangkan perniagaan mereka, sambil menyediakan pengalaman membeli-belah yang terbaik untuk para pengguna,” tambahnya.
Ads
Mengapa pelindung matahari?
Untuk LazMall Super Category Day pertama ini, Lazada bekerjasama dengan jenama seperti Anessa, La Roche Posay, L’oreal Paris, Shiseido dan Supergoop! untuk mencipta bersama kandungan pendidikan bagi membantu pembeli memilih produk pelindung matahari terbaik untuk memenuhi keperluan yang berbeza-beza.
Kandungan pendidikan boleh didapati bukan sahaja menerusi aplikasi Lazada semasa kempen dilangsungkan, ia juga akan ditayangkan melalui LazLive, penstriman langsung dalam aplikasi Lazada. Matlamat usaha ini adalah untuk mendidik para pembeli tentang cara menggunakan pelindung matahari dengan betul agar memperoleh keberkesanan maksimum.
Saksikan episod LazLive pada 26 dan 27 Julai bersama Ika Nabella dan pakar kecantikan, Sarra Afiqah yang akan membincangkan pelbagai topik berdasarkan minat pengguna, seperti teknik aplikasi yang betul dan gandingan produk yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit. Buat pertama kalinya, pembeli juga akan mendapat kandungan khusus tentang pelindung matahari dengan mengklik pada tab Super Category Day LazLive.
Ads
Untuk LazMall Super Category Day yang pertama ini, Lazada menjemput pelanggan untuk meneroka rangkaian produk pelindung matahari yang memenuhi keperluan pelbagai jenis kulit dan menikmati promosi hingga 50% untuk produk pelindung matahari yang terbaik daripada jenama rakan kongsi Lazada (rujuk Lampiran).
Tarikh utama LazMall Super Category Day di seluruh Asia Tenggara
Country
LazMall Super Category Day
Filipina
26 June
Vietnam
11 July
Thailand
11 July
Indonesia
18 July
Singapura
26 July
Malaysia
27 July
Selain LazMall Super Category Day, LazMall juga terkenal dengan kempen Super Brand mereka yang membantu jenama merekrut hingga 60% pembeli baharu dan mencapai peningkatan jualan hingga 25x ganda (berbanding hari biasa).
Kempen LazMall Super Brand telah terbukti berjaya membantu jenama memperoleh pelanggan baharu, memacu hasil jualan, dan meningkatkan kesedaran jenama. Sambil itu, pengguna juga dapat menikmati diskaun eksklusif daripada jenama kegemaran mereka dan pengalaman unik membeli-belah dalam talian.
Maklumat lanjut tentang LazMall Super Category Day yang pertama kali dianjurkan Lazada ada di sini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa setuju jika penulis katakan pakaian putih ini menaikkkan seri penampilan. Bila pakai pakaian putih, automatik korang akan nampak lebih kemas dan bersih tau!
Tetapi sayangnya bila pakai pakaian putih; ia cepat menjadi kotor dan berubah menjadi kuning hingga nampak kusam jika tidak dijaga dengan betul.
Selain daripada menggunakan petua-petua orang zaman dulu, cara paling mudah adalah dengan menggunakan serbuk pencuci yang terdapat di pasaran.
Korang boleh cari serbuk vanish kerana ramai yang berkongsi tentang keberkesanannya untuk mengekalkan warna putih pada pakaian yang dicuci. Caranya bagaimana? Jom kita lihat perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Hasnan Hasbi.
1. Tuang vanish dalam kuali air mendidih
2. Kacau seperti masak dadih, nanti akan menjadi buih
3. Kemudian, masukkan baju putih
4. Kacau sehingga rata pada semua permukaan baju
5. Korang boleh lihat perbezaannya, kesan kuning pada baju mula tanggal
6. Kemudian, sidaikan baju di bawah cahaya matahari
Korang boleh lihat sendiri kesannya, memang terbaik. Tidak memerlukan kos yang tinggi, baju putih boleh bertukar menjadi seakan baju baharu. Selamat mencuba!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming baru-baru ini mencuri perhatian masyarakat apabila dikunjungi Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon di sebuah restoran di ibu kota, hari ini.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Khairul Aming memberitahu pertemuannya bersama Luxon adalah sebagai tanda penghargaan dari pihak negara New Zealand kepadanya disebabkan video percutian sambil memasaknya di negara itu.
Dalam pada itu, Khairul Aming atau nama sebenar, Khairul Amin Kamarulzaman (32) difahamkan turut mengadakan perbincangan mengenai pertukaran pelancongan antara Malaysia dan New Zealand.
“Saya ambil kesempatan untuk memperkenalkan sarapan pagi Malaysia sambil bertukar pendapat mengenai pelancongan antara Malaysia dan New Zealand, perdagangan eksport daging, tenusu halal, pemeliharaan alam semula jadi dan potensi eksport produk perusahaan kecil sederhana tempatan ke New Zealand”
“Lapan tahun lalu, saya rakam video memasak pertama sambil duduk atas lantai. Hari ini, saya mendapat keistimewaan duduk di sebelah Perdana Menteri dari negara terkenal,” ujarnya menerusi kapsyen di Instagram.
Tambahnya lagi, pertemuannya bersama Luxon itu dapat direalisasikan selepas membuat persiapan rapi dengan kedutaan New Zealand yang akhirnya mengizinkan mereka untuk bertemu hari ini.
Sementara itu, melalui video yang sama, pempengaruh yang popular dengan video memasak itu juga sempat beramah mesra dengan menyediakan roti jala, cendol, dan teh tarik untuk Perdana Menteri New Zealand berkenaan.
“Untuk permulaan KA jemput Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon untuk sesi bergambar dulu, kemudian pergi ke sesi memasak. Hari ini, kita sediakan menu sarapan tradisional Malaysia, roti jala dan teh tarik. Selepas itu, sediakan cendol. Saya tahu cendol bukan makanan untuk sarapan, tapi bagi pencuci mulut,” katanya.
Menurut Khairul Aming lagi, “Pada masa yang sama, saya perkenalkan kuih tradisional Malaysia termasuk produk Dendeng Nyet dan Sambal Nyet Berapi. Kemudian, iringi masuk ke dalam dan makan nasi lemak. Sepanjang sesi itu, kita ada bincang mengenai pertukaran pelancongan antara Malaysia dan New Zealand.”
Khairul Aming juga meluahkan rasa syukur apabila pertemuan itu berjalan lancar, lebih lagi beliau sudah pun melibatkan diri dalam bidang media sosial selama sembilan (9) tahun. Sebelumnya, Khairul Aming mengumumkan dirinya bakal tampil dengan siri memasak yang dirakam di New Zealand sebanyak sembilan episod.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Guru merupakan antara insan yang sangat berbakti kepada kita sehingga ke akhir hayat. Pada saat dunia dilanda musibah, tugas guru menjadi semakin besar apabila perlu lebih kreatif kerana menjalani pengajaran secara atas talian. Usaha para guru untuk mengajar anak-anak murid secara dalam talian ketika musim pandemik COVID-19 ketika ini sangat perlu dihargai.
Perkongsian Cikgu Sejarah
Mungkin ramai yang beranggapan subjek Sejarah adalah sedikit membosankan kerana terlalu banyak fakta yang perlu diingati oleh pelajar. Kadang tu sampai rasa confused juga.
Dalam satu perkongsian di laman Instagram, Wan Arif Azmi yang juga merupakan seorang guru mata pelajaran Sejarah berkongsi cara belajar dengan cara lebih menyeronokkan.
Menurut guru berusia 29 tahun ini, beliau berkongsi tip ini kerana ingin mendekati para pelajar. Walaupun mengunakan platform media sosial, masih wujud interaksi dua hala antara pelajar dan guru serta objektif pembelajaran tu sampai kepada pelajar. Pembelajaran seperti ini dalam suasana santai walaupun pengajaran dan pembelajaran berbentuk ilmiah..
Selain itu, lebih menarik minat pelajar untuk menyertai serta mudah diakses berbanding dengan guna medium atau platform lain.
Video yang dimuat naik di laman Instagramnya mendapat perhatian netizen terutamanya para pelajar. Rata-rata pelajar mengucapkan terima kasih kepada guru ini kerana memberikan tip berguna kepada mereka.
Walaupun kertas SPM 2020 telah pun berlalu, tapi calon SPM 2021 masih boleh mengunakan tip dan perkongsian ini.
Cayalah Cikgu Wan Arif ! Harapnya selepas ni lebih ramai guru buat rap untuk subjek-subjek lain pula bagi menarik perhatian pelajar untuk terus belajar. Hiks!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.