Laungan Penonton Malaysia Di Axiata Arena Dipuji Pemain Badminton Nombor 1, Viktor Axelsen

Share

 

Bukan biashe-biashe ya!

Sempena kejohanan badminton Terbuka Malaysia Petronas 2022 yang  telah memasuki hari ketiga, suasana gemilang yang dapat dirasai di Axiata Arena bukan saja menjadi para peminat badminton di media sosial teruja untuk turun padang ke stadium bagi memberi sokongan.

Malah, pemain sendiri mengakui vibe di Terbuka Malaysia tahun ini amat berbeza dengan tahun-tahun terdahulu.

Pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia, Viktor Axelsen turut memuji sokongan peminat badminton tempatan kita di Axiata Arena dan menyifatkan sebagai ‘booster’ semangat buatnya mengenepikan saingan pemain Perancis, Brice Leverdez dalam tempoh 30 minit untuk ke pusingan kedua.

“Hebat rasanya dapat bermain semula di Malaysia. Peminat di sini cukup bagus dan saya sudahpun tidak sabar untuk kembali semula ke gelanggang,” kata Axelsen.

Viktor Axelsen.
Suasana Axiata Arena pada hari kedua Terbuka Malaysia. Foto : Twitter @baldhaenton_

Selain Axelsen, nama-nama lain yang turut mara ke pusingan kedua perseorangan lelaki termasuklah Lee Zii Jia yang mengatasi pemain Ireland, Nhat Nguyen dengan kemenangan 21-15, 21-11; Lee Cheuk Yiu (Hong Kong), Han Yue (China), An Se-young (Korea Selatan) dan Shesan Hiren Rhustavito (Indonesia).

Antara sudut menarik bagi tujuan bergambar di luar Axiata Arena. Foto
: Twitter @FlowerMinton
Sebuah lagi arca bulu tangkis sedang dipasang. Foto : @gyeoulbbh

ARTIKEL BERKAITAN : BWF : Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Kini Setanding All-England – REMAJA

 

Twitter Juga Bergema

Sementara itu di laman media sosial seperti Twitter, ia turut meriah dengan tanda pagar #AxiataArena, #MalaysiaOpen2022 dan #GemilangkanLagi.

Pengguna @darshini04 menciap bahawa Axiata Arena kedengaran berlainan pada hari ini dan ‘energy’ yang dirasainya melebihi apa yang dipersembahkan oleh penonton semalam.

Ciap @renchini pula, “Went to Axiata Arena yesterday overall best gila the people there are nice and supporting. The chants are crazy my throat hurts so bad.”

Malah ada juga pengguna Twitter yang berkongsi beberapa tip bagi yang ingin menonton Terbuka Malaysia 2022 secara langsung di sini.

REMAJA juga tidak sabar untuk ke Axiata Arena, korang pula?

BACA LAGI : Kes Lee Zii Jia : Axelsen Kecewa – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN