
Pelakon dan penyanyi manis Laudya Cynthia Bella antara selebriti negara jiran yang sering menjadi perhatian rakyat dan peminat di Malaysia.
Lama tidak mendengar khabar dan tidak munculkan diri, Laudya Cynthia Bella dikatakan nekad untuk meninggalkan dunia selebriti.
ARTIKEL BERKAITAN : 6 Selebriti Cantik Indonesia Ini Kahwin Dengan Jejaka Malaysia
Hal ini selepas laman Instagram peribadi milik Laudya dilaporkan sudah berubah menjadi platform promosi produk keluarannya.

Malah, pelakon itu dilihat memadam hampir kesemua foto dan video lama memaparkan dirinya di laman berkenaan.
Laudy bagaimanapun masih menyimpan beberapa keping gambar yang memperlihatkan dirinya memakai pelitup muka.
Sebelum ini Laudya memaklumkan akaun yang mempunyai lebih 37 juta pengikut itu kini dikendalikan oleh pihak pengurusannya.

“Diuruskan oleh admin,” tulisnya menerusi ruangan bio.
Untuk info sebelum ini, pelakon berusia 34 tahun ini pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka Malaysia, Ungku Imran namun kedua-duanya nekad untuk berpisah dengan cara yang baik setelah gagal memelihara rumah tangga yang hanya bertahan dua tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Andai Ajal Dalam Tidur, Amalkan 4 Perkara Ini Sebelum Tidur Walau Korang Sibuk Dengan Tugas Harian

Sejak akhir-akhir ini, banyak berita kematian yang kita terima dan antaranya adalah mereka yang meninggal dunia ketika dalam tidur.
Bayangkan korang tidur dan tidak bangun lagi, ia adalah satu impak besar yang akan diterima oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Dan kerana sebab ini juga Rasulullah pernah berpesan kepada Siti Aisyah RA, “Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara aitu:
1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah”.

Dan Siti Aisyah pula bertanya,
“Ya Rasulullah! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda:
1. “Jika engkau akan tidur, bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim, ‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’ lam yalid walam yuulad’walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (3x)
2. “Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku,” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad (3x) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin, maka mereka akan meredhai engkau
“Astaghfirullaah hal ‘adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih (3x)
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“Bismillaahirrahmaa nirrrahiim. Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar ” (3x)

Marilah sama-sama untuk kita cuba amalkan amalan sebelum tidur ini. Sesungguhnya banyak pahala dan manfaat yang bakal kita terima sekiranya melakukan ibadah-ibadah seperti ini.
Walau sesibuk mana korang di siang hari, ambil sedikit masa sebelum tidur untuk melakukan 4 perkara ini. InsyaAllah!
Sumber: Amy Owner
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Filem Tentang Bencana Alam Paling ‘Wow’, Terbaik Untuk Ditonton

Bencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi, seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh dan aktiviti manusia.
Baru-baru ini, negara kita mengalami musibah apabila kawasan di sekitar Lembah Klang dinaiki air yang mengakibatkan banjir luar biasa. Ramai mangsa yang terlibat sehingga ada nyawa yang terkorban kerana tidak sempat diselamatkan.
Seluruh rakyat Malaysia turut berduka cita dengan situasi bencana yang menimpa masyarakat di Semenanjung, khususnya di Selangor dan Pahang.
Maka tidak hairanlah kebanyakan filem yang dihasilkan mengambil inspirasi daripada bencana yang berlaku seluruh dunia dan tidak dinafikan ramai peminat yang sememangnya gemar menonton filem-filem yang bertemakan bencana alam.
Penonton dapat melihat bagaimana situasi ‘sebenar’ sekiranya bencana berlaku dan cara yang dilakukan oleh masyarakat untuk survive dalam situasi tersebut. Memang menarik kan?
Berikut kami senaraikan antara filem yang berkisarkan tentang bencana alam yang menarik untuk ditonton.
1. The Day After Tomorrow
Perubahan cuaca yang tidak menentu berlaku di beberapa buah negara. Hujan ais, ribut taufan, banjir besar berlaku dalam masa yang begitu pantas. Saat bencana tersebut berlaku, Sam Hall berjanji untuk mengambil anaknya yang mengikuti acara sukan tetapi disebabkan bencana itu mereka telah terpisah.
2. Geostorm
Filem yang ditayangkan pada tahun 2017 ini menceritakan tentang global warning yang akhirnya menyebabkan bencana alam tsunami. Geostorm juga padat dengan aksi dan konspirasi politik yang menegangkan, sudah tentu menarik untuk ditonton.
3. Crawl
Menceritakan kisah perjuangan seorang bapa yang ingin menyelamatkan anaknya ketika berlaku banjir besar dan didatangi oleh sekumpulan buaya ganas.
4. Hafalan Shalat Delisa
Filem ini diinpirasikan daripada bencana tsunami yang pernah melanda bandar Acheh. Delisa, seorang anak kecil yang tinggal di pantai Acheh dan ketika dia ingin bersiap untuk menghadiri ujian praktikal solat, telah berlakunya gempa dan tsunami yang memisahkan Delisa dengan kedua orang tuanya.
5. Poseidon
Sebuah cruise yang membawa penumpang berlayar di tengah laut untuk menyambut tahun baru, namun ombak besar membadai kapal tersebut dan penumpang yang terselemat perlu mencari jalan keluar.
6. The Impossible
Kisah benar yang menceritakan tentang sebuah keluarga bercuti ke pantai Thailand dan berlakunya bencana tsunami yang memisahkan mereka sekeluarga.
7. Deep Impact
Sebuah komet yang besar khabarnya akan jatuh ke bumi dan memusnahkan segalanya. Demi menyelamatkan bumi, pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berwajib sebelum berlakunya kejadian bencana itu.
8. 2012
Suatu ketika dahulu, timbul anasir yang mengatakan bumi akan kiamat pada tahun 2012 kerana terpengaruh daripada filem ini. 2012 menceritakan tentang ‘kiamat’ yang menghancurkan bumi akibat titik balik matahari musim sejuk di belahan bumi utara.
9. The Perfect Storm
Sekumpulan nelayan mencuba nasib untuk mendapatkan hasil tangkapan ikan yang banyak dan mereka telah berlayar di tempat yang dilarang di tengah laut. Namun begitu, mereka terpaksa berhadapan dengan bencana yang berlaku.
10. Deep Water Horizon
Disebabkan berlakunya masalah teknikal, sebuah pelantar minyak telah meletup dan terbakar. Para pekerja yang terselamat terpaksa berusaha untuk menyelamatkan diri daripada pelantar tersebut.
Ha, kalau bosan-bosan bolehlah layan filem-filem yang kami senaraikan ini. Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ben Ali Kongsi Rasa Gembira Lihat Kejayaan Ikmal Amry

Selepas lebih kurang dua tahun berkecimpung dalam industri hiburan tanah akhir, rezeki finalis Hero Remaja 2017 Ikmal Amry semakin mencurah-curah dengan tawaran lakonan yang diterima.
Dari sebuah drama ke satu lagi drama yang lain, Ikmal meluahkan rasa syukur kerana diberikan kepercayaan dan peluang untuk menimba lebih banyak lagi pengalaman bersama dengan individu-individu hebat yang telah lama berkecimpung dalam industri.

“Alhamdulillah, sekarang ni saya sedang menjalani shooting untuk drama Puteri Yang Ditukar sebanyak 80 episod di Astro Prima. Kalau ikutkan jadual shooting sampai bulan Oktober nanti. Jadi sekarang ni saya memang agak busy sikit. Alhamdulillah rezeki,” jelas Ikmal Amry.
Segala penat lelah dan usahanya berbaloi kerana di dalam perkongsian yang telah dibuat oleh teman rapat Ikmal, Ben Ali mengucapkan tahniah buat anak muda ini kerana akhirnya sudah mampu untuk membeli kereta atas titik peluh sendiri.
Sepertinya ia sebuah appreciation post buat Ikmal kerana Ben antara individu yang ada bersamanya sewaktu dia bukan siapa-siapa lagi.
“Ben adalah individu yang banyak menolong saya semenjak saya berpindah ke Kuala Lumpur. Dia juga orang yang memberi sokongan dan menyuruh saya untuk pergi casting Hero Remaja. Dan sekarang saya juga diuruskan oleh absolut management, yang juga dikelola oleh Ben sendiri,”
“Segala urusan dan tawaran kerja yang diperoleh, memang Ben orang yang selalu ada dengan saya. Saya bersyukur kerana mempunyai sebuah team pengurusan yang baik,”
Bercakap tentang ‘kereta baru’, Ikmal tertawa dengan soalan yang kami berikan.
“Ala beli kereta je pun. Tapi saya berterima kasih kepada semua teman-teman dan peminat yang menyokong serta ada juga yang mengucapkan tahniah kepada saya. Tak salah rasanya saya nak berkongsi berita gembira ini kepada semua yang telah menyokong kerjaya saya sebelum ini,”
Persiapan raya
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Ikmal Amry akan beraya di kampung halamannya, Melaka. Kalau korang mengikutinya di Instagram, Ikmal memang seorang yang rapat dengan keluarga. Bukan hanya hari raya, dia juga kerap pulang ke kampung untuk melawat kedua ibu bapanya.
“Walaupun busy dengan shooting, tapi semua persiapan untuk keluarga di kampung Alhamdulillah saya sudah persiapkan. Tinggal nak balik kampung je ni. Hehe!”

Apa-apa pun kami juga turut ingin mengucapkan tahniah kepada Ikmal Amry kerana tahun ni balik beraya dengan kereta baru. Hiks! Semoga terus sukses dan sentiasa dimurahkan rezeki.
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari kami.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

