Selepas lebih kurang dua tahun berkecimpung dalam industri hiburan tanah akhir, rezeki finalis Hero Remaja 2017 Ikmal Amry semakin mencurah-curah dengan tawaran lakonan yang diterima.
Dari sebuah drama ke satu lagi drama yang lain, Ikmal meluahkan rasa syukur kerana diberikan kepercayaan dan peluang untuk menimba lebih banyak lagi pengalaman bersama dengan individu-individu hebat yang telah lama berkecimpung dalam industri.
“Alhamdulillah, sekarang ni saya sedang menjalani shooting untuk drama Puteri Yang Ditukar sebanyak 80 episod di Astro Prima. Kalau ikutkan jadual shooting sampai bulan Oktober nanti. Jadi sekarang ni saya memang agak busy sikit. Alhamdulillah rezeki,” jelas Ikmal Amry.
Segala penat lelah dan usahanya berbaloi kerana di dalam perkongsian yang telah dibuat oleh teman rapat Ikmal, Ben Ali mengucapkan tahniah buat anak muda ini kerana akhirnya sudah mampu untuk membeli kereta atas titik peluh sendiri.
Sepertinya ia sebuah appreciation post buat Ikmal kerana Ben antara individu yang ada bersamanya sewaktu dia bukan siapa-siapa lagi.
“Ben adalah individu yang banyak menolong saya semenjak saya berpindah ke Kuala Lumpur. Dia juga orang yang memberi sokongan dan menyuruh saya untuk pergi casting Hero Remaja. Dan sekarang saya juga diuruskan oleh absolut management, yang juga dikelola oleh Ben sendiri,”
“Segala urusan dan tawaran kerja yang diperoleh, memang Ben orang yang selalu ada dengan saya. Saya bersyukur kerana mempunyai sebuah team pengurusan yang baik,”
Ads
Bercakap tentang ‘kereta baru’, Ikmal tertawa dengan soalan yang kami berikan.
“Ala beli kereta je pun. Tapi saya berterima kasih kepada semua teman-teman dan peminat yang menyokong serta ada juga yang mengucapkan tahniah kepada saya. Tak salah rasanya saya nak berkongsi berita gembira ini kepada semua yang telah menyokong kerjaya saya sebelum ini,”
Persiapan raya
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Ikmal Amry akan beraya di kampung halamannya, Melaka. Kalau korang mengikutinya di Instagram, Ikmal memang seorang yang rapat dengan keluarga. Bukan hanya hari raya, dia juga kerap pulang ke kampung untuk melawat kedua ibu bapanya.
Ads
“Walaupun busy dengan shooting, tapi semua persiapan untuk keluarga di kampung Alhamdulillah saya sudah persiapkan. Tinggal nak balik kampung je ni. Hehe!”
Apa-apa pun kami juga turut ingin mengucapkan tahniah kepada Ikmal Amry kerana tahun ni balik beraya dengan kereta baru. Hiks! Semoga terus sukses dan sentiasa dimurahkan rezeki.
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari kami.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hanya individu berkaca mata saja yang faham macam mana rasanya jika cermin mata mereka mula dipenuhi dengan cap jari dan kesan calar.
Bahagian cermin mata paling sensitif, kotor sikit saja mulalah pandangan si pemakai rasa tak selesa dan terganggu.
Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini dengan mudah, ada satu petua yang korang boleh cuba. Caranya mudah saja dan menggunakan bahan yang confirm ada di rumah juga, iaitu ubat gigi.
Ubat gigi boleh menghilangkan kotoran seperti cap jari dan kesan calar yang tidak serius.
Caranya mudah saja, sapukan ubat gigi secara perlahan-lahan pada cermin mata dan bilaskan dengan air.
Selain itu , baking soda juga boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran pada cermin mata. Campurkan sedikit baking soda dengan air, dan sapukan hingga rata pada cermin mata.
Kemudian, bilas dengan air bersih.
Mudah je rupanya nak hilangkan kotoran pada cermin mata ni. Tak perlu guna modal yang banyak pun. Memang berbaloi!
Kalau nak tengok hasilnya, boleh tonton video ini..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita berkenaan dengan kisah dua tahun lepas apabila lapan orang remaja yang menunggang basikal lajak meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta daripada belakang kembali berbangkit setelah keputusan mahkamah melepaskan tertuduh.
Selepas mengambil kira pemandu yang menggunakan jalan serta situasi jalan yang berselekoh pada waktu malam tidak boleh menjangkakan kewujudan basikal lajak tersebut, gadis tersebut dilepaskan dan wang jaminan serta lesen memandunya juga dikembalikan serta merta.
Isu basikal lajak ini bukan lagi sesuatu yang baru, malah ia perlu ditangani dengan komprehensif oleh semua pihak. Walaupun pelbagai operasi telah dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia, namun ia seakan tidak memberi ketakutan kepada remaja tentang aktiviti berbahaya ini.
Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang bertanggungjawab haruslah menanamkan sikap kesedaran dalam diri untuk kebaikan bersama.
Perlu korang tahu, basikal yang di modified adalah sangat bahaya terutamanya kepada kanak-kanak. Kedudukan yang tidak ergonomic ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Berikut adalah antara bahaya basikal lajak yang telah dikongsikan oleh Public Health Malaysia untuk peringatan bersama.
Kecederaan otot/tulang belakang kerana postur kerusi yang tinggi dan badan perlu membongkok pada kadar yang lama
Kecederaan lutut kerana dalam keadaan basikal rendah dan kedudukan yang membongkok memerlukan tenaga dan daya yang tinggi menyebabkan masalah koyak lutut
Kecederaan di tangan/badan yang menyerap getaran daripada basikal yang diubah suai
Risiko kecederaan kepala jika tidak memakai helmet
Semua pihak sama ada pihak berkuasa, ibu bapa, sekolah, kejiranan dan masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam memantau kegiatan remaja di sekeliling mereka. Lebih membimbangkan lagi jika ianya membabitkan kehilangan nyawa.
Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam pandemic COVID-19 ini, ramai yang bertungkus lumus mencari rezeki tanpa kenal erti penat dan Lelah. Jika minggu lagi tular apabila seorang gadis di Perak hanya melakukan penghantaran khidmat pesan Food Panda dengan hanya menaiki basikal, rupa-rupanya ada lagi yang lebih susah apabila hanya berjalan kaki sahaja untuk menghantar pesanan.
Dalam satu perkongsian oleh Ustaz Ebit Liew, dia telah bertemu dengan lima orang penghantar Food Panda yang selama ini hanya berjalan kaki. Dalam pertemuan tersebut setiap seorang dari mereka menerima basikal lipat dengan kecanggihan Sembilan gear bagi memudahkan proses perjalanan dan basikal tersebut juga boleh dilipat untuk dibawa masuk ke dalam LRT.
Menurut Ustaz Ebit liew dalam hantaran di laman Facebooknya, “Best tadi sebelum solat Jumaat, saja beli 5 basikal boleh lipat hadiahkan pada 5 orang adik foodpanda. Mereka hantar makanan jalan kaki. Purata seminggu rm100-rm300. Muka semua rajin dan baik-baik jer. Ada seorang kakak ibu tunggal. Naik LRT datang sini. Sedih dengar latar belakang keluarga masing-masing.
“Mereka tiada lesen dan tiada motor atau basikal. Tak mampu beli lagi. Jadi hantar jalan kaki. Katanya mandi peluh hari-hari. Kerja sebab nak sara keluarga. Ada seorang lagi kakak dia dapat bulan ni rm450. Suami tukang urut dapat rm400 juga. Ada seorang adik ni tinggal dengan ibu sahaja. Ibubapa berpisah. Selepas SPM tiada kerja. Nak tolong mak. Katanya paling best bila dapat bagi rm500 pada mak. Baki sikit-sikit untuk makan sendiri. Aduh menangis dengar.
“Suka terkesan tengok anak muda rajin begini. Tahniah adik semua yang rajin tolong keluarga. Sebulan rm700 ke rm800. Sayu hati ni. Saya hadiahkan basikal lipat. Mereka suka senang nak bawa naik lrt. Dan ada 9 gear. Ringan nak kayuh. Special untuk mereka. Dan saya beri sedikit duit belanja. Buat 5 orang. Dan yang ada disitu tadi. Semoga adik ini terus kuat yer dan diluaskan rezeki.”
Semoga lima pekerja Food Panda tersebut lebih bersemangat untuk menjalankan tugas selapas ini.
***P/S – Pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah 5 penghantar pesanan ini, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Walaupun tiada kenderaan namun mereka tetap gigih demi mencari rezeki. Bak kata pepatah usaha tangga kejayaan dan alah bisa tegal biasa.
Sumber: Facebook Ustaz Ebit Liew
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persahabatan WOODZ Jennie akhirnya terbongkar selepas 10 tahun, mendedahkan kisah sebenar hubungan mereka sejak zaman sekolah yang menyentuh hati peminat.