
Pada usia yang masih muda, Lamine Yamal telah menunjukkan bakat yang luar biasa dan menjanjikan masa depan yang cerah dalam sukan ini.
Terbaru, remaja berusia 17 tahun ini, dinobatkan sebagai pemain muda terbaik dunia tahun ini setelah memenangkan Kopa Trophy 2024 berkat penampilannya yang gemilang bersama Barcelona dan team Sepanyol.
Penghargaan ini diberikan semalam, selepas Yamal berjaya membuktikan dirinya sebagai pemain utama Barcelona dan memberikan sumbangan besar dalam kejayaan Sepanyol di Euro 2024.

Yamal meraih trofi ini sebagai pemain terbaik di bawah usia 21 tahun, menggantikan pemenang tahun lalu, Jude Bellingham dari Real Madrid.
Dengan pencapaian ini, dia mengikuti jejak rakan sepasukannya di Barcelona, Gavi dan Pedri, yang juga pernah memenangi anugerah serupa, sementara Kylian Mbappe dan Matthijs de Ligt turut berada dalam kalangan pemenang terdahulu.
Yamal Turut Berada di Kedudukan 10 Teratas Ballon d’Or 2024
Selain merangkul anugerah Trofi Kopa 2024, Lamine Yamal juga berjaya mencatatkan namanya dalam 10 teratas Ballon d’Or 2024.
Beliau menamatkan persaingan di kedudukan ke-8 dan menjadi pemain Barcelona yang berada di kedudukan tertinggi dalam senarai 30 teratas Ballon d’Or 2024 kali ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akibat Seleweng Dana Untuk Kanak-Kanak Miskin, Isteri Bekas Presiden Dipenjara 14 Tahun

Harapkan pagar, pagar makan padi! Inilah perumpamaan yang boleh disamakan dengan pemimpin yang menjadikan rasuah makan harian mereka demi kepuasan diri sendiri. Tanpa rasa segan mereka rakus menggunakan wang rakyat demi kepentingan diri sendiri.
Terbaharu, isteri bekas Presiden Honduras, Rosa Elena Bonilla telah dijatuhi hukuman penjara selama 14 tahun akibat menyeleweng dana yang dikhususkan untuk membantu kanak-kanak miskin di negaranya.
Menurut Kementerian Awam, wanita berusia 55 tahun itu membelanjakan kira-kira 12.2 juta lempiras (bernilai kira-kira USD 590 ribu ketika itu) yang merupakan dana untuk kanak-kanak berpendapatan rendah untuk pembayaran kad kredit peribadi, yuran sekolah anak-anaknya dan pembinaan hartanah persendirian.
“Rosa Elena Bonilla telah dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan sebulan kerana jenayah penipuan berterusan dan penyelewengan dana awam yang diperuntukkan untuk program sosial,” kata Carlos Silva, jurucakap Mahkamah Agung kepada pemberita.
ARTIKEL BERKAITAN: Penerbitan Buku ‘Korupsi, Kemunafikan Dalam Politik Melayu’ Berdasarkan Skandal Rasuah Di Malaysia
Bonilla sebelum ini telah dijatuhkan hukuman penjara 58 tahun dalam perbicaraan terdahulu. Namun keputusan itu telah dibatalkan oleh Mahkamah Agung Honduras pada awal 2020 dengan alasan hujah yang tidak konsisten. Mahkamah Agung kemudiannnya memerintahkan perbicaraan semula oleh mahkamah rendah, yang mendapati Bonilla bersalah pada Mac tahun ini.
Suaminya Porfirio Lobo telah dipilih sebagai Presiden Honduras pada akhir 2009 selepas rampasan kuasa tentera menggulingkan Presiden Manuel Zelaya ketika itu. Beliau berkhidmat sehingga 2014.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Canberra Times
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak Orang Asli Cipta Sejarah, Genggam Ijazah Kelas Pertama Universiti Terkemuka Dunia

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Orang Asli di Malaysia kini semakin cemerlang apabila melakar kejayaan berterusan dalam bidang yang diceburi. Bakat dan usaha masyarakat ini seharusnya diraikan bersama kerana mereka juga layak untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
ARTIKEL BERKAITAN : Anak Pemungut Sampah Dinobat Miss Universe Thailand 2022, Ketepikan Calon Pilihan Ramai

Baru-baru ini, sekali lagi anak Orang Asli dari suku Semai melakar sejarah. Mahasiswa Orang Asli ini menamatkan pengajian peringkat Sarjana Muda dengan ijazah kelas pertama di universiti ternama, University College London (UCL).
Menurut Persatuan Mahasiswa Orang Asli (PMOA), Susherrie Suki yang berasal dari Perak menamatkan pengajian Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Hartanah di Bartlett School of Planning UCL.
“Beliau merupakan graduan Orang Asli yang pertama dari Semenanjung Malaysia yang dianugerahkan ijazah kelas pertama dari UCL. UCL merupakan universiti terkemuka di dunia, di mana kedudukan semasa universiti ini adalah di tangga kelapan dunia (QS World University Ranking 2023).
“Sherrie berasal dari Perak, di mana ibu dan bapanya merupakan Orang Asli suku kaum Semai yang berasal dari Kampung Orang Asli Chinggung, Behrang Ulu di Tanjung Malim, dan Kampung Orang Asli Ulu Geruntum di Gopeng.
“Saudari Susherrie Suki kini telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Rekabentuk Bandar dan Perancangan Bandar di universiti yang sama,” kata persatuan itu di Twitter.

Pelajar Bijak Dengan 10A SPM
Pada 2016, anak jati berdarah asli Semai ini mendapat keputusan 10A dalam peperiksaan SPM dan diterima melanjutkan pengajian di Kolej Mara Seremban. Menurut PMOA, Susherri adalah salah seorang pelajar Orang Asli yang menerima biasiswa Mara di bawah Program Pembangunan Bakat Muda susulan keputusan cemerlangnya dalam SPM.
Selain bidang akademik, dia juga aktif dalam kegiatan di dalam dan di luar kampus, termasuk menjadi anggota Royal Town Planning Institute, ketua biro publisiti Bartlett Urban Planning Society dan ketua biro dalam UCL Malaysia Society.
Kejayaan luar biasanya Susherrie ini berjaya membanggakan ibu dan bapanya serta seluruh masyarakat Orang Asli Semai. Moga lebih ramai masyarakat Orang Asli mengikut jejak gadis ini dan terus berjaya.
ARTIKEL BERKAITAN: Guru Sekolah Rendah Dinobatkan Sebagai Unduk Ngadau Kaamatan 2022
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Serius Seperti Adik-Beradik! Lihat 8 Pelakon Hollywood Ini & Anak Remaja Mereka

Mungkin disebabkan darah genetik daripada ibu bapa yang terlalu kuat, wajah mereka saling tak tumpah seperti pelakon popular Hollywood!
Jom lihat siapakan anak-anak cantik dan helok yang kelihatan persis ibu bapa masing-masing.
01
Jennifer Garner, 37 & Violet, 13

Pelakon Fantastic Four itu kini mempunyai ketinggian yang sama dengan anak perempuan sulungnya, Violet walaupun baru berusia 13 tahun. Dia merupakan anak hasil perkahwinan Jennifer bersama Ben Affleck. Namun mereka berdua berpisah pada tahun 2015.
02
Catherine Zeta Jones, 50 & Dylan Douglas, 19

Pelakon cantik itu baru-baru ini dilihat berkunjung ke kampus kolej anak lelakinya, Dylan dan terus memuat naik foto selfie bersama di hadapan bangunan kampus. Dengan caption berbunyi, “On campus with my boy, Dylan”, anaknya itu mengikuti pengajian di Brown University. Dia juga dikenali sebagai remaja yang sukakan aktiviti ekstrem seperti skydiving.
03
Reese Witherspoon, 43 & Ava Elizabeth, 20

Serius seperti kakak dan adik! Ava kini merupakan seorang instafamous dengan jumlah pengikut seramai 809,000 orang dan kini sedang melanjutkan pengajian di University of California, Berkeley.
04
Lisa Bonet, 51 & Zoe Kravitz, 30

Zoe Kravitz selalu ditemani oleh ibunya ke mana-mana acara eksklusif di Hollywood dan setiap kali mereka muncul berdua, ramai akan berkata mereka kelihatan seperti kembar. Tapi tak ramai yang tahu mereka mempunyai perbezaan usia sejauh 21 tahun.
05
Julianne Moore, 57 & Liv Freundlich, 16

Liv merupakan anak keduanya selepas anak sulung, Caleb yang berusia 21 tahun. Kedua dua wanita berambut merah ini gemar untuk keluar dengan memakai pakaian yang seakan sama.

06
Gwyneth Paltrow, 47 & Apple Martin, 14
OMG, serius seperti kembar!
Pada bulan lalu, Gwyneth dan Apple mengambil foto bersama ibu Gwyneth, Blythe Danner sempena hari jadi pelakon itu dan mereka berdua kelihatan serupa.

07
Brooke Shield, 54 & Grier Hency, 12
Brooke yang merupakan pelakon popular 80-an dan 90-an dalam filem The Blue Lagoon kelihatan hampir sama dengan anak perempuannya, Grier dan Rowan. Seperti Gwyneth, Brooke juga jarang memuat naik foto bersama anak remajanya.

08
Kate Moss, 45 & Lila Moss, 16
Anak perempuan Kate Moss ini mengikut jejak langkah ibunya yang merupakan salah seorang supermodel pertama dunia. Dia mengikat kontrak bersama Kate Moss Agency tahun lalu dan telahpun menjadi model kempen fesyen untuk Marc Jacobs Beauty.
*
THE GIRLS ARE BACK!

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

