Siapa kata orang yang kulit gelap ini kurang cantik dan tak menarik. Cantik okay!
Jangan malu jika anda mempunyai jenis kulit sawo matang kerana ada banyak keunikan serta kelebihan yang tersendiri terutama dari aspek kesihatan. Jom baca artikel ini!
Mereka yang berkulit gelap memang beruntung kerana lapisan kulitnya sudah dilapisi ‘pelindung’ cahaya matahari semula jadi dipanggil melanin!
Berbeza dengan yang berkulit cerah, mereka kekurangan melanin membuatkan sinar uv mudah tembus sehingga ke lapisan kulit paling dalam. Sinar uv ini menyebabkan kerosakan DNA serta sel-sel yang ada padanya sehingga boleh mengakibatkan terjadinya kanser kulit.
Untuk pengetahuan semua, kanser kulit juga membunuh sama seperti mana penyakit barah yang lain.
Biarpun begitu, orang berkulit gelap ini biasanya sering kekurangan vitamin D yang biasa diperolehi dari matahari untuk kekuatan tulang.
Ads
2. Sukar kena sunburn
Sunburn atau selaran matahari biasa dialami oleh mereka yang berkulit putih. Kulit berasa perit dan jadi kemerahan apabila terdedah pada cahaya matahari untuk jangka masa panjang tanpa seberang perlindungan. Lebih parah, selaran matahari juga mampu buat sesetengah kulit mengelupas.
Berbeza dengan mereka yang berkulit gelap, biarpun harus menghabiskan sehari suntuk di bawah matahari, adalah sukar bagi mereka untuk mengalami keperitan kulit disebabkan sunburn itu!
3. Lambat nampak tua
Kulit akan cepat tua jika terlalu banyak terdedah pada sinaran matahari. Namun begitu, individu berkulit gelap tanda penuaan pada kulit mereka tidak ketara.
Pakar kulit mengatakan mereka yang berkulit hitam akan kelihatan lebih muda jika dibandingkan dengan teman sebaya mereka yang berkulit cerah. Kadar melanin yang tinggi pada individu berkulit gelap akan membantutkan tempoh penuaan termasuklah kemunculan pigmentasi, bintik hitam, kedutan serta kulit kasar.
Ads
4. Tubuh berfungsi lebih sempurna
Selain dari menentukan warna kulit dan rambut seseorang, melanin yang banyak pada kulit mereka yang berkulit hitam juga ada fungsi lain. Ia adalah sumber utama yang mengekalkan fungsi tubuh antaranya membantu otak dan saraf berfungsi sebaiknya, membantu mata untuk melihat serta menggalakkan pertumbuhan sel. Hebat kan!
5. Lagi subur
Pigmentasi gelap berupaya mengelak kerosakan DNA dan mengawal penyerapan jumlah radiasi UV yang seimbang untuk tubuh manusia. Ia juga akan melindungi tubuh dari gejala kekurangan zat folat.
Folat adalah vitamin B larut air yang boleh didapati dari sayuran berdaun hijau, bijian penuh serta buah sitrus seperti limau. Wanita amat memerlukan folat untuk mengekalkan kesihatan telur yang dihasilkan agar ia mampu disenyawakan secara sihat serta menggalak pertumbuhan plasenta yang normal selepas proses persenyawaan.
Bagi kaum lelaki pula, folat penting untuk penghasilan sperma berkualiti. Folat sememangnya mustahak untuk perkembangan kandungan, pertumbuhan organ janin serta menyokong kejadian rangka tubuh dan otak janin.
Oleh itu, individu berkulit gelap yang hamil rata-ratanya terpelihara dari ‘kecacatan janin’.
Ads
6. Melanin lawan radikal bebas
Radikal bebas mengancam kesihatan manusia. Ia boleh merosak dan memusnahkan sel tubuh manusia. Tapi individu berkulit gelap yang memiliki kadar melanin tinggi mampu membebaskan radikal bebas tersebut agar sel-sel tubuh sentiasa berada dalam keadaan baik.
Buat anda yang berkulit gelap bersyukurlah dengan apa yang anda miliki, dah tentunya setiap kejadian Tuhan itu ada hikmahnya.
7. Eksotik
Anda patut bangga kerana memiliki warna kulit yang dianggap eksotik. Tak ramai yang memiliki kelebihan ini malah ramai wanita di negara barat yang cukup mengidamkan memiliki kulit sebegini.
Kesimpulannya, tak kisah kita kulit berwana apa kerana setiap manusia dan benda ada kelebihannya dan keistimewaannya masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wanita tercantik di dunia menjadi milik aktres kelahiran Filipina. Andrea Brillantes merebut takhta no 1.
Nama Andrea Brillantes baru-baru ini menjadi perhatian kerana telah dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia untuk tahun 2024 oleh TC Candler. Beliau bahkan telah mengatasi pesaing seperti Jisoo dari ‘BLACKPINK’ dan Dasha Taran.
Andrea Brillantes dikenali sebagai aktres, model dan usahawan di Filipina. Wanita 21 tahun itu memulakan karier dalam dunia hiburan sejak kecil sebagai bintang iklan. Mungkin namanya masih belum dikenali, namun di negaranya, Andrea sudah membintangi banyak drama seperti High Street.
Enam Fakta Menarik Andrea Brillantes
Bermula Karier Sejak Kecil Andrea mula berkecimpung dalam dunia lakonan pada usia yang sangat muda, membuat debutnya di televisyen pada usia tujuh tahun. Kecemerlangannya dalam akting sejak kecil telah membina asas untuk kejayaan yang beliau kecapi hari ini.
Peranan Utama Dalam Siri TV Andrea dikenali melalui peranannya dalam siri televisi Filipina yang terkenal, “Kadenang Ginto,” di mana beliau berperan sebagai Marga Mondragon. Watak ini telah membawa beliau ke dalam sorotan utama dan memperluas pengaruhnya dalam industri hiburan.
Pengaruh Besar di Media Sosial Dengan jutaan pengikut di Instagram dan platform sosial lain, Andrea merupakan salah satu influencer terkemuka di Filipina. Beliau sering berkongsi aspek kehidupan pribadi dan profesionalnya, yang menarik minat peminat dari seluruh dunia.
Pengusaha Kosmetik Andrea tidak hanya fokus pada akting; beliau juga seorang pengusaha yang telah melancarkan jenama kosmetik sendiri. Ini menunjukkan keinginannya untuk melebarkan sayapnya ke dunia perniagaan dan menjadi inspirasi bagi wanita muda lain.
Penglibatan dalam Kegiatan Amal Andrea juga aktif dalam berbagai kegiatan amal dan aktivisme sosial. Beliau menggunakan pengaruhnya untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu penting dan membantu mereka yang memerlukan.
Bakat dan Minat Lain Di samping akting, Andrea juga memiliki minat dalam muzik dan telah terlibat dalam beberapa projek yang berkaitan.
Selain sukses sebagai aktres, Andrea juga merupakan CEO selebriti termuda di Filipina. Di usia 19 tahun, dia berjaya melahirkan jenama sendiri, Lucky Beauty.
Inilah pepatah yang sesuai digambarkan kepada juara baru Femina Miss India 2022, Sini Shetty. Seiring dengan kemenangannya itu, dia sekaligus memegang takhta Miss World India 2022 dan bakal mewakili negaranya ke peringkat antarabangsa yang bakal diadakan penghujung tahun ini.
Dilahirkan di Mumbai, gadis berusia 22 tahun ini berasal dari Karnataka. Dia merupakan seorang gadis yang bersemangat tentang tarian dan mula berlatih seni tari pada usia empat tahun dan menamatkan Arangetramnya dalam tarian Bharatnatyam ketika berusia 14 tahun.
Dari segi pendidikan pula, Sini memulakan persekolahannya dari St. Dominic Savio Vidhyalaya di Ghatkopar, Mumbai. Selepas itu, dia meneruskan pengajiannya dan menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan kewangan dari S.K Somaiya Degree College of Arts, Science and Commerce di Ghatkopar, Mumbai. Kini, dia sedang mengikuti kursus untuk bergelar Penganalisis Kewangan Bertauliah (CFA).
Sebagai sebahagian daripada inisiatifnya untuk advokasi Femina Miss India 2022, gadis cantik ini mengumpul wang untuk kanak-kanak miskin yang tidak mampu mendapatkan rawatan kanser melalui Ketto India dan Yayasan Child Help.
Berpegang teguh pada kepercayaan, dedikasi dan kerja keras, Sini mengakui bahawa neneknya adalah orang yang banyak memberikan pengaruh positif di dalam kehidupannya. “Dia seorang yang mempunyai belas kasihan, nilai positif, intelek dan rasa hormat. Bimbingan dan ajarannya menjadikan saya seperti hari ini,” katanya.
Berjaya mengalahkan 30 peserta lain dalam majlis gilang gemilang itu, turut berada dalam lingkungan tiga terbaik bersama Sini adalah Rubal Shekhawat dari Rajasthan yang dinobatkan sebagai naib juara.Manakala Shinata Chauhan dari Uttar Pradesh dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga.
Setakat ini, India pernah memenangi pertandingan Miss World sebanyak enam kali. Antara figura popular yang membawa kemenangan kepada negara ini adalah Aishwarya Rai dan Priyanka Chopra, masing-masing bermupakan Miss World bagi tahun 1994 dan 2000.
Kali terakhir India menggondol gelaran ini adalah pada tahun 2017 menerusi perwakilan Manuchi Chillar yang merupakan seorang doktor. Tahun lalu, wakil India menerusi Manasa Varanasi berjaya berada dalam kelompok top 13.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari saat berkenalan, berputik rasa suka dan hingga membawa ke perkara yang lebih serius iaitu perkahwinan. Tapi, apa tanda-tanda si lelaki dah ready untuk pilih korang sebagai pasangan hidupnya?
Inilah 10 tanda yang korang harus tahu bila si dia bersedia untuk menjadi suami.
1. Berperangai budak-budak, kadang-kadang menangis di depan korang
Pabila dia selesa dan serasi dengan kamu, kamu akan lihat sikap kebudak-budakan yang tersembunyi di dalam dirinya.
2. Dia masih mencari masa untuk korang, walaupun dalam jadual kerja yang padat
Bukan senang untuk ‘perform‘ dalam kerjaya dan relationship dalam masa yang sama, tapi si dia sanggup mengorbankan masa rehatnya untuk meluangkan masa bersama korang. Sibuk mana pun jadualnya, pasti ada masa untuk diluangkan bersama.
3. Ajak korang ke kenduri kawan
Sebenarnya, ini adalah ‘hint‘ yang jelas bahawa korang adalah calon terbaiknya untuk dikahwini.
4. Sembang pasal vacay, tentu ‘seronok’ kalau korang ada
Kalau berbicara tentang percutian, tentu dia akan ingat pada korang atau menyimpan cita-cita untuk pergi ke suatu tempat bersama-sama.
5. Setiap apa yang dia buat, tentu korang tahu
Andai si dia nak buat apa-apa, dia tentu akan inform pada korang supaya korang tahu ke mana dan apa yang dia akan buat pada hari-harinya.
6. Tak segan bawa korang jumpa keluarga dan rakan-rakan
Komitmen paling tinggi adalah memperkenalkan korang pada orang yang rapat dalam hidupnya. Something wrong kalau korang tak dikenali oleh ahli keluarga atau rakan-rakannya.
7. Tak berkira bila nak spend duit
Keutamaan untuk korang, biarpun bajunya tak berganti. Dia nak korang dapat apa yang terbaik dan happy. Tak semestinya barangan yang dia beli mahal, ikut kemampuan yang dia ada.
8. Tiba-tiba je nampak macam ada ‘wawasan’
Dalam diam, dia berkerja keras untuk mencari pendapatan lebih, yelah nak berumah tangga bukan senang.
9. Beli barang untuk korang
Semua orang tahu bahawa lelaki susah nak beli barang. Tapi kalau korang suka sangat pada barang tersebut, tentu dia akan belikan juga suatu hari nanti.
10. Korang nampak diri dia yang sebenar
Semua emosi dia korang akan lihat, termasuk marah dan cemburu. Baguskah? Ye memang bagus kerana dia nak korang memahaminya. Pernah korang tunjuk emosi yang sebenar pada orang yang korang tak rapat? Mesti tak kan. So, inilah ideanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!