Siapa kata orang yang kulit gelap ini kurang cantik dan tak menarik. Cantik okay!
Jangan malu jika anda mempunyai jenis kulit sawo matang kerana ada banyak keunikan serta kelebihan yang tersendiri terutama dari aspek kesihatan. Jom baca artikel ini!
Mereka yang berkulit gelap memang beruntung kerana lapisan kulitnya sudah dilapisi ‘pelindung’ cahaya matahari semula jadi dipanggil melanin!
Berbeza dengan yang berkulit cerah, mereka kekurangan melanin membuatkan sinar uv mudah tembus sehingga ke lapisan kulit paling dalam. Sinar uv ini menyebabkan kerosakan DNA serta sel-sel yang ada padanya sehingga boleh mengakibatkan terjadinya kanser kulit.
Untuk pengetahuan semua, kanser kulit juga membunuh sama seperti mana penyakit barah yang lain.
Biarpun begitu, orang berkulit gelap ini biasanya sering kekurangan vitamin D yang biasa diperolehi dari matahari untuk kekuatan tulang.
Ads
2. Sukar kena sunburn
Sunburn atau selaran matahari biasa dialami oleh mereka yang berkulit putih. Kulit berasa perit dan jadi kemerahan apabila terdedah pada cahaya matahari untuk jangka masa panjang tanpa seberang perlindungan. Lebih parah, selaran matahari juga mampu buat sesetengah kulit mengelupas.
Berbeza dengan mereka yang berkulit gelap, biarpun harus menghabiskan sehari suntuk di bawah matahari, adalah sukar bagi mereka untuk mengalami keperitan kulit disebabkan sunburn itu!
3. Lambat nampak tua
Kulit akan cepat tua jika terlalu banyak terdedah pada sinaran matahari. Namun begitu, individu berkulit gelap tanda penuaan pada kulit mereka tidak ketara.
Pakar kulit mengatakan mereka yang berkulit hitam akan kelihatan lebih muda jika dibandingkan dengan teman sebaya mereka yang berkulit cerah. Kadar melanin yang tinggi pada individu berkulit gelap akan membantutkan tempoh penuaan termasuklah kemunculan pigmentasi, bintik hitam, kedutan serta kulit kasar.
Ads
4. Tubuh berfungsi lebih sempurna
Selain dari menentukan warna kulit dan rambut seseorang, melanin yang banyak pada kulit mereka yang berkulit hitam juga ada fungsi lain. Ia adalah sumber utama yang mengekalkan fungsi tubuh antaranya membantu otak dan saraf berfungsi sebaiknya, membantu mata untuk melihat serta menggalakkan pertumbuhan sel. Hebat kan!
5. Lagi subur
Pigmentasi gelap berupaya mengelak kerosakan DNA dan mengawal penyerapan jumlah radiasi UV yang seimbang untuk tubuh manusia. Ia juga akan melindungi tubuh dari gejala kekurangan zat folat.
Folat adalah vitamin B larut air yang boleh didapati dari sayuran berdaun hijau, bijian penuh serta buah sitrus seperti limau. Wanita amat memerlukan folat untuk mengekalkan kesihatan telur yang dihasilkan agar ia mampu disenyawakan secara sihat serta menggalak pertumbuhan plasenta yang normal selepas proses persenyawaan.
Bagi kaum lelaki pula, folat penting untuk penghasilan sperma berkualiti. Folat sememangnya mustahak untuk perkembangan kandungan, pertumbuhan organ janin serta menyokong kejadian rangka tubuh dan otak janin.
Oleh itu, individu berkulit gelap yang hamil rata-ratanya terpelihara dari ‘kecacatan janin’.
Ads
6. Melanin lawan radikal bebas
Radikal bebas mengancam kesihatan manusia. Ia boleh merosak dan memusnahkan sel tubuh manusia. Tapi individu berkulit gelap yang memiliki kadar melanin tinggi mampu membebaskan radikal bebas tersebut agar sel-sel tubuh sentiasa berada dalam keadaan baik.
Buat anda yang berkulit gelap bersyukurlah dengan apa yang anda miliki, dah tentunya setiap kejadian Tuhan itu ada hikmahnya.
7. Eksotik
Anda patut bangga kerana memiliki warna kulit yang dianggap eksotik. Tak ramai yang memiliki kelebihan ini malah ramai wanita di negara barat yang cukup mengidamkan memiliki kulit sebegini.
Kesimpulannya, tak kisah kita kulit berwana apa kerana setiap manusia dan benda ada kelebihannya dan keistimewaannya masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Budak-budak 90an pasti ingat fesyen-fesyen yang bakal kami sebutkan ini. Kalau kami tunjukkan 5 fesyen ini mesti ada yang tersenyum teringat kembali kenangan waktu persekolahan dahulu.
Trend fesyen ini bukanlah satu gaya fesyen terbaru tetap ia sudah wujud sejak berabad lamanya. Namun, jangan korang tak tahu kerana fesyen ini masih tetap wujud hingga ke hari ini. Jom kita lihat 7 fesyen yang mungkin korang pernah gayakan satu ketika dahulu.
Sepit Rama-Rama
Foto – Pinterest
Jaket Bikers
Foto – Pinterest
Busana Daripada Kulit
Foto – Vogue
Flannel
Foto – Pinterest
Lipstick Coklat
Foto – Pinterest
Kasut Boots Dr. Martens
Foto – Pinterest
\
Denim On Denim
Foto – Pop Sugar/Pinterest
Boleh dikatakan kalau kita pakai fesyen-fesyen ini dulu dah habis cantik dah kan…hehe
Namun, seperti biasa trend fesyen akan berulang mengikut zaman, kesemua gaya dan fesyen ikonik viral ini masih bernafas dalam dunia fesyen masa kini, kerana masing-masing mempunyai kelas serta peminat yang tersendiri dan menjadikan fesyen ikonik era 90an ini tidak akan lupus dari ingatan.
Dalam kesemua fesyen yang old school ni, mana yang paling menggamit memori korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemilik baharu organisasi Miss Universe (MUO), Anne Jakkaphong Jakrajutatip nampaknya tidak bercakap kosong apabila berjanji akan mengembalikan era glamor terhadap pertandingan ratu cantik itu.
Belum sampai dua bulan sebelum pentas akhir Miss Universe dilangsungkan di New Orleans, Amerika Syarikat pada 14 Januari kelak, Anne yang baharu sahaja memiliki hak ke atas organisasi itu dengan nilai USD200 juta (atau kira-kira RM947.9 juta) telahpun menjemput lima bekas pemenang Miss Universe terlebih dahulu ke negaranya, Thailand.
Ia bersempena acara Miss Universe Extravaganza yang diadakan buat julung-julung kalinya pada malam ini hasil idea bilionaire dan pengacara televisyen berdarah Thai itu.
Mereka terdiri daripada juara dari Kanada, Natalie Glebova daripada Miss Universe 2005; Leila Lopes (Angola, 2011); Catriona Gray (Filipina, 2018); Andrea Meza (Mexico, 2020) dan Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu dari India.
Miss Universe 2011, Leila Lopes dari Angola.Miss Universe 2020, Andrea Meza dari Mexico dan Miss Universe 2005, Natalie Glebova dari Kanada.Miss Universe 2018, Catriona Gray dari Filipina.Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu dari India.
Wow! Bukan mudah untuk mengumpulkan lima orang juara Miss Universe seperti ini. Kebiasaannya, ia hanya dapat disaksikan sewaktu pertandingan Miss Universe peringkat kebangsaan atau antarabangsa sahaja.
Anne turut tidak lupa menjemput Presiden MUO, Paula Shugart dan CEO, Amy Emmerich.
Demi memeriahkan lagi acara Miss Universe Extravaganza pada malam ini, khabarnya syarikat kendalian Anne iaitu JKN Global Group PCL juga menawarkan hadiah bernilai sehingga 7 juta Baht kepada peminat yang hadir ke lokasi di Paragon Cineplex, Bangkok bagi menyaksikan acara itu.
‘Berkepuk’ betul ya duit Anne dan syarikatnya itu. Tak sabar pula untuk melihat apa lagi idea kreatif yang akan dilakukan oleh Anne sepanjang akhir tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya, klip video bagi single Naim Daniel berjudul Sembah keluar juga!
Single yang menampilkan Man Keedal sebagai gitaris jemputan ini adalah single yang cukup istimewa buat Naim sendiri memandangkan dia baru sahaja dinobatkan sebagai juara di Anugerah Juara Lagu ke-34 menerusi lagu Sumpah.
Mestilah ada tekanan yang dirasai oleh Naim sendiri untuk mencapai expectation yang diletakkan ke atas dirinya.
Katanya kepada REMAJA, jemputan yang diberikan olehnya kepada abang Man Keedal untuk sama-sama menjayakan Sembah hanya dilakukan menerusi mesej DM di Instagram!
Man Keedal pantas menerimanya dengan hati terbuka dan – well, the rest is history as the saying goes.
Satu perkara yang menarik perhatian penulis menerusi klip video ini adalah dandanan rambut cornrow yang digayakan oleh Naim.
Menurutnya, dandanan itu adalah simbolik tanda sokongannya kepada pergerakan Black Lives Matter yang hangat diperkatakan terutamanya di Amerika Syarikat.
Naim percaya setiap orang layak untuk dilayan secara saksama. Lantas dia tidak merasakan dandanan itu adalah cubaan cultural appropriation tetapi lebih sebagai tanda solidariti ke atas nasib mereka di sana.
*
Sebenarnya, penulis sendiri merasakan gaya cornrow ini amat ‘onz’ dengan imej Naim dalam video Sembah. Tapi macam susah je nak maintain..
Kami menanyakan tip daripada jurusolek dan jurudandan selebriti, Ayang Kamell bagaimana sebenarnya cara terbaik untuk mengekalkan gaya cornrow untuk tempoh beberapa hari.
Guys, serius senang!
01
Sebelum korang ‘berangan’ nak buat gaya rambut cornrow, rambut perlulah sekurang-kurangnya sepanjang 2 inci.
02
Bersihkan dahulu kulit kepala dengan syampu bersesuaian sebelum rambut didandan. Jangan pula pilih syampu yang mengeringkan lagi tekstur rambut. Susah nanti nak braid, sakit!
03
REMAJA cadangkan untuk korang guna cecair khas seperti Fashion Collection Braid Aid 03 Braid Defining Lotion daripada Redken inI. Ratakannya ke seluruh rambut dan barulah mulakan pintalan braiding. Baru mudah untuk braid kerana ia membuatkan rambut lebih tahan lama dan berbau harum.
Langkah ini penting kerana jika tersalah menggunakan losyen atau cecair, kulit kepala boleh menjadi gatal, terasa berat dan paling memalukan, berbau masam gaiss!
04
Kami tidak menasihatkan korang untuk kekal dengan dandanan cornrow bagi tempoh masa yang terlalu lama. Mungkin 2 ke 3 hari sudah memadai. Sepanjang tempoh itu, rajin-rajinkanlah diri ratakan minyak rambut kepada rambut cornrow.
05
Sebelum tidur ataupun semasa melakukan aktiviti yang membuatkan korang berpeluh., apa kata korang ikatkan kepala dengan do-rag ataupun serkup bandana. Ia akan membolehkan cornrow korang bertahan lebih lama dalam keadaan baik.
*
Apa lagi, cer lah try.
Sementara itu, jom layan Sembah oleh Naim Daniel & Man Keedal.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.