Berita

Lama Tahan Impian, Bella Astillah Sebak Akhirnya Miliki Mikrofon Idaman

Share

Penyanyi dan pelakon jelita, Bella Astillah tidak dapat menahan air mata apabila menerima sebuah mikrofon putih yang sudah lama menjadi impiannya.

Momen itu dikongsikan oleh pembantu peribadinya, Niel Rafeq, yang mendedahkan bahawa Bella sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki mikrofon sendiri.

Malah, ketika menyertai program Famili Duo sebelum ini, Bella terpaksa meminjam mikrofon milik rakan artis kerana belum mampu membeli peralatan yang sesuai untuk latihan vokal.

Lama sangat dia menantikan saat ini, di mana dia ada mic dia sendiri. Sampai satu tahap dulu dia pinjam mic rakan artis masa bertanding di Famili Duo.

“Dia cakap dia nak practice nyanyi banyak-banyak supaya boleh ada mic sendiri. Alhamdulillah, proud of you Bella… hadiah untuk diri dia sendiri,” tulis Niel.

Dalam video yang dimuat naik, Bella dilihat memegang mikrofon tersebut erat sambil menahan sebak selain jelas terpancar rasa terharu terhadap pencapaian kecil namun besar maknanya dalam perjalanan kariernya.

Momen spontan itu turut tular di Threads dan mendapat perhatian netizen. Ramai yang memahami perasaan Bella setelah melalui fasa kehidupan yang cukup mencabar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tidak kurang juga yang berkongsi mengenai harga mikrofon tersebut yang dikatakan bernilai agak tinggi.

Mesti mahal kan mic tu,” tulis seorang pengguna.

Mahal you… around RM30k lebih dan ke atas, bergantung pada kualiti,” dedah seorang warganet.

Walau apa pun, ramai bangga melihat Bella membahagiakan diri sendiri dan meraikan usahanya selepas melalui perjalanan panjang penuh dugaan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath