Berita

Lagu Rasmi Dicipta Khas Bagi Istiadat Perkahwinan Diraja Putera Mateen & Pasangan Kini Dilancarkan

Share

Bersempena dengan perkahwinan Putera Mateen bersama pasangan pilihannya Dayang Anisha Rosnah Adam yang bakal bernikah pada Khamis ini (11 Januari), Radio Televisyen Brunei (RTB) telah melancarkan sebuah lagu rasmi berjudul ‘Renjana Pengantin Diraja’.

ARTIKEL BERKAITAN: Imej Dayang Anisha Di Majlis Khatam Al-Quran Curi Perhatian, Rekaan Busana Pereka Fesyen Malaysia

Pasangan dua sejoli ini bakal diijab kabulkan pada 11 Januari.

Lagu tersebut dicipta oleh Muhd Hazwan Bin Haji Awang Madial dan dinyanyikan oleh Nur Izzah Binti Mohd Hashim.

Difahamkan nukilan lagu tersebut dipilih dari pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan oleh RTB pada Oktober 2023.

Kalian semestinya tidak sabar untuk mendengar lagu cukup istimewa ini kan? Klik sahaja video di bawah!

Istiadat Perkahwinan Selama 10 Hari

Amalan sejak turun-temurun ini mempamerkan majlis istiadat perkahwinan selama 10 hari yang telah bermula semalam (7 Januari) dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja dan mereka bakal diijab kabulkan pada 11 Januari.

Acara kemuncak dalam istiadat perkahwinan diraja selama 10 hari ini adalah Majlis Bersanding Pengantin Diraja di Istana Nurul Iman yang akan diadakan pada 14 Januari.

Bermula dengan persahabatan daripada kecil, pasangan ini bakal melayari bahtera perkahwinan tidak lama lagi.

Majlis persantapan diraja pula diadakan pada malam 15 Januari dan majlis istiadat akan berakhir pada 16 Januari dengan bacaan doa selamat serta Menutup Gendang Jaga-Jaga.

Wow meriah betul! Boleh jadi Wedding of The Year kalau begini….

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: BERNAMA

IKLAN