Baru-baru ini, pelajar tahun satu daripada Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ahmad Dani Amir Fariz meraih perhatian selepas berjaya menamatkan Kejohanan Dunia Ironman 70.3 2026 di Nice, Perancis dengan catatan masa membanggakan iaitu 6 jam 44 minit 21 saat.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook rasmi UKM, Ahmad Dani bukan sahaja berjaya mengharungi salah satu laluan perlumbaan yang terkenal dengan tahap kesukarannya, malah turut mencipta pencapaian tersendiri apabila menjadi peserta termuda dari Malaysia serta pelajar universiti awam pertama yang layak menyertai kejohanan bertaraf dunia tersebut.
Difahamkan, untuk menamatkan cabaran Ironman 70.3, para peserta perlu mengharungi tiga disiplin sukan ketahanan dalam satu perlumbaan, bermula dengan renangan sejauh 1.8 kilometer, diikuti kayuhan basikal sejauh 90 kilometer sebelum menamatkan saingan menerusi larian sejauh 21 kilometer.
Ads
Menurut Ahmad Dani, antara cabaran paling besar buat dirinya hadir ketika segmen berbasikal apabila perlu berdepan laluan berbukit dan pendakian yang curam. Namun, beliau memilih untuk menenangkan diri dengan menikmati panorama pergunungan di Nice, sekaligus menjadikan suasana sekeliling sebagai salah satu cara untuk mengurangkan tekanan sepanjang mengharungi laluan mencabar itu.
Manakala, segmen larian pula hadir dengan cabarannya yang tersendiri. Walaupun laluannya lebih landai, keadaan otot kaki yang sudah bekerja keras sepanjang kayuhan serta cuaca panas terik menjadikan fasa terakhir perlumbaan itu memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.
Lebih menarik, penyertaan di Nice merupakan kejohanan Ironman 70.3 ketiga buat pelajar tersebut. Pencapaiannya dalam Ironman 70.3 Langkawi 2025 sebelum ini, apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik bagi kategori umur 18 hingga 24 tahun, menjadi tiket yang melayakkan dirinya untuk beraksi di pentas dunia.
Ads
Di sebalik komitmen terhadap sukan lasak, Ahmad Dani turut membuktikan bahawa kecemerlangan akademik tidak perlu diketepikan apabila beliau juga merupakan penerima Anugerah Dekan bagi semester ini. Pencapaian tersebut menjadi bukti bahawa pengurusan masa yang baik mampu membantu seseorang pelajar mencapai keseimbangan antara tuntutan pembelajaran dan minat dalam bidang lain.
Sementara itu, Ahmad Dani secara tidak langsung memberi inspirasi kepada golongan muda bahawa bidang pengajian yang mencabar bukan alasan untuk mengehadkan potensi diri. Dengan disiplin, perancangan dan kesungguhan, pelajar universiti mampu melangkah lebih jauh serta membuktikan bahawa kejayaan boleh dicipta dalam pelbagai arena, termasuk di pentas sukan dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, 14 alumni Kolej PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya meraih perhatian apabila ditawarkan tempat ke beberapa universiti terkemuka dunia berasaskan pencapaian cemerlang mereka dalam pengajian peringkat High School Diploma (HSD).
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook, pihak PERMATA Pintar Negara menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan kumpulan alumni ini yang berjaya membuka laluan ke institusi pengajian tinggi berprestij di United Kingdom dan Australia.
Pada masa yang sama, perkongsian tersebut turut meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian akademik yang menjadi bukti keberkesanan sistem pendidikan dan latihan yang diterapkan sepanjang tempoh pengajian mereka.
Di samping itu, kejayaan ini dilihat sebagai satu pengiktirafan antarabangsa terhadap tahap akademik dan kurikulum PERMATA@Pintar, selain mencerminkan kemampuan pelajar Malaysia untuk bersaing di peringkat global dalam pelbagai bidang pengkhususan.
Antara 14 alumni yang menerima tawaran tersebut termasuk:
Muhammad Adib Adnan – Kejuruteraan Perisian (University of Edinburgh, University of Glasgow, University of Southampton)
Khaira Adriana Nor Azizi – Sains Data & Ekonomi (University of Sheffield, University of Warwick, University of Manchester)
Syaza Alya Kamaruzaman – Sains Data & Sains Sosial (University of Leeds, University of Sheffield, University of Warwick)
Dayana Marissa Hirman – Geologi (UCL, University of Bristol, University of Leeds)
Aishwarya R. Hemmanathan – Sains Data (University of Leeds, University of Sheffield)
Nur Hadith Zahara Suhaimi Abdullah – Sains Data (University of Leeds, University of Sheffield)
Medina Alysa Norman Yusof – Perakaunan & Kewangan (University of Bristol, University of Birmingham)
Nasreen Qasrina Nasry – Kejuruteraan Mekanikal (University of Manchester, University of Leeds)
Iman Alisya Badaruzaman – Perakaunan & Kewangan (University of Leicester)
Danyl Muqri Syamsyul Fikri – Matematik Aktuari (University of Leeds)
Qistina Erisya Mohd Khaizan – Kimia (University of Edinburgh)
Muhammad Azfar Abu Bakar – Sains Data (University of Leeds)
Adrianna Rania Saiful Baharin – Perdagangan (University of Sydney)
Ahmad Dzafran Ahmad Khairulnizam – Sains Komputer (University of Glasgow)
Selain itu, pencapaian ini juga membuktikan bahawa laluan pendidikan berasaskan kecemerlangan akademik dan sokongan sistematik mampu melahirkan graduan yang bersedia untuk menyambung pengajian di universiti bertaraf dunia.
Kejayaan ini tidak hadir secara bersendirian, sebaliknya turut diperkukuhkan dengan bimbingan berterusan para pendidik serta sokongan padu ibu bapa dan keluarga yang menjadi tulang belakang kepada perjalanan akademik para pelajar tersebut.
Oleh itu, pencapaian ini dijangka menjadi pencetus inspirasi kepada pelajar lain di Kolej PERMATA@Pintar Negara untuk terus berusaha mencapai tahap tertinggi dalam bidang masing-masing. Secara keseluruhannya, kejayaan 14 alumni ini bukan sahaja membanggakan institusi berkenaan, malah turut mengharumkan nama Malaysia di persada pendidikan antarabangsa. Tahniah kami ucapkan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanggungjawab yang disandang oleh seorang guru amat besar dalam masyarakat kerana mereka menjadi ‘ibu bapa kedua’ para pelajar ketika di sekolah.
Selain daripada mencurahkan ilmu, guru juga sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada para pelajar mereka.
Inilah yang telah dilakukan oleh seorang Guru Cemerlang Kimia dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ave Maria Convent Ipoh yang telah meraih anugerah antarabangsa, baru-baru ini.
Cikgu V.Komathy sudah berkhidmat sebagai seorang guru selama 14 tahun dengan cemerlang. Atas sebab itu, beliau telah menerima pengiktirafan The Global Teacher Award 2021 dalam sebuah majlis yang dianjurkan secara maya menerusi Facebook dan saluran YouTube rasmi AKS Education Awards.
Ketika ditemui oleh media tempatan, Cikgu Komathy menjelaskan bahawa dia masih tidak percaya dirinya terpilih daripada 321 calon dari Malaysia dan kira-kira 26,000 penyertaan dari seluruh dunia. Daripada jumlah itu, 500 orang telah disenarai pendek termasuklah enam calon guru warganegara Malaysia.
Cikgu Komathy telah menghasilkan beberapa produk inovasi untuk mencungkil minat pelajar terhadap subjek Kimia hingga dikenali di peringkat antarabangsa.
Antara produk inovasi yang dihasilkan ialah Chem-Ester Kit: Chem-Ester Kit 2.0 iaitu produk pembelajaran dan pemudahan (PdPC) Kimia berbentuk kad permainan sebagai modul bimbingan. Ia direka khas bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap penulisan formula molekul, struktur, penamaan bagi sebatian alkana, alkena, alkuna, alcohol, asid karboksilik serta ester.
Beliau turut mencipta satu produk aplikasi ilmu Kimia dalam penyelesaian masalah iaitu Biomass Activated Carbon (BAC) for Toxic Dyes Removal: Towards a Sustainable Environment. Produk ini pula bertujuan mengembangkan karbon aktif biomas daripada tiga sisa pertanian iaitu serabut tebu, sekam kelapa dan kulit pisang untuk menghilangkan pewarna beracun daripada air tercemar.
“Kimia memang subjek kurang digemari kerana penuh formula dan banyak melibatkan pengiraan. Oleh itu, saya perlu mendidik dengan cara menghiburkan agar menarik minat pelajar untuk tidak mudah putus asa ketika mempelajari subjek ini,” katanya.
Tahniah kami ucapkan kepada Cikgu Komathy atas kejayaannya ini dan semoga segala usaha dan ilmu yang dicurahkan memberi manfaat kepada anak Malaysia.
Berkat usaha keras dan disulami dengan doa, gadis comel ini tamat dengan jayanya dalam peringkat Diploma Reka Bentuk Media Digital di KolejKemahiran Tinggi Mara (KKTM) Rembau, Negeri Sembilan.
Diberi nama Nur Syahirah Mohd. Wari, graduan ini telah mencuri perhatian warganet selepas videonya menerima skrol pada majlis konvokesyen baru-baru ini tular dalam aplikasi TikTok.
Biarpun dirinya dilahirkan istimewa dan hanya memiliki ketinggian 124 sentimeter, namun ia bukanlah satu penghalang untuk dia turut sama berjaya seperti rakannya yang lain.
“Sebenarnya, majlis itu sudah lama berlalu iaitu pada Mac. Cumanya, saya baru muat naik hantaran kerana ingin berkongsi hasil penggambaran.
“Tidak sangka pula ia tular di TikTok dan ramai orang perkatakan tentang saya. Saya terharu sebab ramai komen cakap saya comel. Tiada yang pandang negatif, komen-komen semua positif,” katanya.
Cekal dalam menghabiskan pengajiannya, gadis berusia 23 tahun ini menitipkan harapan buat mereka yang senasib dengannya agar jangan sesekali merendah diri.
“Menerusi perkongsian ini, saya harap mereka yang senasib dengan saya tak mudah rasa down (rendah diri). Setiap manusia ada kekurangan dan tiada yang sempurna.
“Kita tidak boleh takut untuk ke depan kerana setiap kekurangan pasti ada kelebihan,” ujarnya.
Dia yang kini bekerja sebagai pereka grafik, turut sempat mengimbas detik-detik awal didiagnos menghidap masalah tulang yang membantutkan tumbesarannya.
Menurut Syira, dia membesar secara normal, namun mula menyedari ketinggiannya terbantut ketika menuntut di sekolah menengah.
“Masa kecil memang tak dapat kesan. Namun, apabila masuk ke sekolah menengah baru perasan. Jadi, saya tertanya-tanya juga kenapa tak tinggi-tinggi? Bila pergi hospital, dapat tahu saya ada masalah tulang.
“Doktor maklumkan, tulang saya tidak berapa okey. Namun, badan semua normal dan tiada masalah kesihatan lain. Cuma ada masalah tulang yang mengganggu tumbesaran,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Syira kini melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di sebuah kolej swasta secara separuh.
Tahniah REMAJA ucapkan!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Syira Mohd Wari & Kosmo!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!