Ingatkan sudah reda namun satu lagi dakwaan mengenai isu pelakon popular dan kacak Korea Selatan, Nam Joo-hyuk yang terpalit isu membuli sewaktu di sekolah.
Rupanya belum habis lagi ye guys, jika minggu lalu, seorang individu ‘B’ mendakwa pernah dibuli pelakon itu semasa di sekolah dan menceritakan insiden itu pada sebuah saluran media.
Dengan bertindak pantas, agensi pelakon k-drama twenty five twenty one ini iaitu Management SOOP menegaskan bahawa ianya palsu dan bertindak menfailkan saman terhadap wartawan, individu ‘B’ dan saluran media berkenaan.
Terkini, pada 28 Jun, satu lagi saluran media melaporkan sebuah temubual bersama individu lain ‘A’ yang pernah bersekolah bersama Nam Joo-hyuk dan turut mengatakan bahawa dia merupakan mangsa buli pelakon tersebut dan rakan-rakannya. Penuduh terbaru ini yang tidak pernah menceritakan hal berkenaan kepada mana-mana saluran media atau memuat naik mengenai insiden itu secara atas talian menyatakan bahawa dia memilih untuk tampil ke hadapan selepas melihat rakan sekelas ‘B’ dituduh menipu dan disaman agensi lelaki berkenaan.
Foto Via Netflix
‘A’ menuduh antara cara dia dibuli ialah dengan disuruh melakukan pelbagai benda selain dipaksa Nam Joo-hyuk untuk membuka hotspot data telefon pintar mereka dan selalu menggunakan telefon berkenaan untuk membeli permainan berbayar dan barangan dalam permainan itu.
Ads
Ketika di sekolah, Nam Joo-hyuk memegang telefon bimbit saya lebih kerap dari saya sendiri. Katanya lagi,
Disebabkan ibu bapa saya yang membayar (permainan dan barangan dalam permainan) yang dibeli menerusi telefon bimbit saya, saya meminta dia duit untuk membayarnya. Tapi jawabnya, ‘Kenapa saya perlu bayar?’. Akhirnya, dia tak pernah membayarnya langsung.
‘A’ turut mendakwa bahawa sekiranya mereka menolak permintaan Nam Joo-hyuk atau melakukan perkara yang menyebalkannya, pelakon dan kumpulan rakannya akan membuat bulatan sekeliling mereka dan memaksa orang yang dipilih mereka untuk berlawan sesama sendiri. Disebabkan ‘A’ tidak mahu bergaduh, dia memilih untuk dibelasah tanpa membalas apabila menghadapi situasi itu.
Ads
Pun begitu, agensi Nam Joo-hyuk dengan pantas memberi respon mengenai dakwaan terbaru ini. Kata mereka,
” Kami sudah mengesahkan yang ianya tidak berasas…”, kata agensi
Hmm….sabarlah Nam Joo-hyuk, gitulah bila dah popular dan dikenali ramai macam-macam la cerita keluar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usahawan dan jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri menzahirkan rasa syukur apabila dirinya dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji, selepas 15 tahun tidak menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.
Difahamkan juga, Aliff bersama putera sulung tersayangnya, Ammar Ahyan pergi menunaikan haji.
“Akhirnya Allah memanggilku ke tanah suci.. semoga aku berubah menjadi hambamu yang lebih baik..
“Ya Allah… kau permudahkan lah perjalanan hambamu ini untuk menunaikan haji kali ini… Alhamdulillah setelah hampir 15 tahun barulah hati saya terbuka untuk mulakan haji dengan kerelaan diri sendiri tanpa paksaan..
“Doakan dengan langkah ini saya menjadi seorang yang lebih baik berguna kepada ibu bapa keluarga dan juga sahabat amin-amin yarobal alamin,” kongsinya di Instagram.
Dalam pada itu, menerusi hantaran lain, pelantun lagu Bobo Di Mana itu memuat naik video bersama puterinya, Raudah yang dilihat menangis teresak-esak kerana tidak ingin berjauhan daripada ayahnya.
“Cinta hati pertama anak perempuan. Raudah dan Qadejah. Sebulan abah tinggalkan anak-anak abah. Abah sayang anak abah semua. Sungguh sedih nak meninggalkan keluarga kecil bila saya menunaikan haji.
“Banyak-banyak anak saya, Raudah paling manja dengan saya. Setiap malam tidur dengan saya. Saya tak tahu nak cakap macam mana rindunya dengan anak dara kecil saya,” coretnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti mendoakan agar urusan jutawan kosmetik itu di sana dipermudah selain menerima haji yang mabrur.
“Selamat pergi dan balik Datuk. Semoga dapat haji yang mabrur! Labbaikallah hummalabbaikk,” komen penyampai radio Anna Aljuffery.
“Seronoknya… moga mendapat haji yang mabrur….” komen juga usahawan Azril Radzi.
“Alhamdulillah Datuk dan anak sulung dapat jadi tetamu Allah tahun ini. Semoga dipermudahkan perjalanan dan urusan dan semoga mendapat haji mabrur dan selamat semuanya,” tulis seorang pengikutnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Lihat keadaan sekeliling, mana-mana pun ada orang memasak. Setiap kali tengok makanan, tekak terus telan air liur. Dalam hati, “alangkah bagus kalau aku pandai memasak”.
Jangan risau, semua orang pun have to start from somewhere. Even Masterchef sekali pun bermula dari bawah. Kalau ingin mula memasak kamu boleh amalkan beberapa tip yang Remaja berikan di bawah.
Let’s go!
Ikut Resepi Dengan Baik
Sebelum mula memasak, baca dengan teliti resipi bahan-bahan diperlukan dan cara memasaknya. Dan satu lagi pastikan kamu ada kelengkapan yang sesuai. Bagi beginner usahlah pandai-pandai nak bereksperimen dengan resipi sendiri. Nanti karang ada juga yang ulang-alik masuk tandas buat ‘pelaburan’.
Be Nice To Yourself
Kekalkan sikap optimis dan jangan terlalu menjadi pengkritik tegar terhadap kerja sendiri. Just take it easy and slowly. Kamu pasti boleh!
Pastikan Sink Kemas
Sebelum nak mula masak pastikan sinki kamu kemas dan tiada sebarang pinggan mangkuk kotor. Bukan apa, ia boleh melemahkan semangat kamu. Bayangkan baru nak masak tapi sinki dah bersepah. It’s a big no!
Sediakan Bahan Yang Cukup
Ini satu lagi faktor penting kalau nak mula belajar memasak. Bahan-bahan perlu disediakan dengan lengkap. Kalau tak cukup macam manalah masakan tu boleh jadi sedap, bukan?
Latih Diri Dari Semasa Ke Semasa
Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Teruskan memasak dan cuba resepi berbeza. Lama-kelamaan kamu akan terbiasa dan dapatkan hasil yang pasti mengejutkan diri sendiri.
Gunakan Perkasasan Lebih Besar
Cutting board, mixing bowl atau colander. Untuk dapatkan aura memasak gunakan saiz yang lebih besar. Sebab ia memang berfungsi lebih daripada apa yang kamu bayangkan!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sempat menitipkan kata-kata semangat buat anak saudaranya, Ahmad Daiyan atau mesra dipanggil Amad, selepas berjaya melangkah ke pentas akhir program realiti Talk To My Manager (TTMM) pada malam Ahad lalu.
Menurut Siti, nyanyian Amad sudah cukup baik namun beliau mengingatkan bahawa aspek persembahan pentas juga menjadi elemen penting dalam menambat hati penonton serta juri.
“Walaupun nyanyian Amad bagus, persembahan pentas adalah antara tarikan untuk setiap persembahan yang hebat.
Kena usaha lebih lagi untuk final (minggu akhir). Terima kasih semua juri yang menegur dan guru yang mengajar,” katanya menerusi hantaran di Instastory.
Dalam masa sama, biduanita negara itu turut mengucapkan tahniah buat Amad selain menasihati agar anak saudaranya itu terus belajar daripada kesilapan dan tidak cepat berpuas hati dengan kejayaan yang diperoleh.
“Alhamdulillah tahniah Amad, belajar daripada kesilapan dan jangan terlalu selesa,” pesannya.
Untuk info, persembahan Amad menerusi lagu Apokalips telah berjaya meraih tempat kedua minggu lalu sekaligus melayakkan dirinya ke pusingan akhir TTMM.
Di final nanti, Amad bakal berentap bersama lima lagi peserta hebat iaitu Thalita, Auddra, Marsya, Ammar dan seorang lagi finalis.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!