Legenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos, dilaporkan telah memeluk Islam selepas mengucapkan dua kalimah syahadah dalam satu pertemuan di Brazil kira-kira empat minggu lalu.
Perkembangan mengenai Roberto Carlos peluk Islam itu bagaimanapun masih berstatus dakwaan, memandangkan bekas bintang Real Madrid dan Fenerbahce berkenaan belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai pegangan agamanya.
Dakwaan Roberto Carlos Peluk Islam
Berita tersebut mula mendapat perhatian selepas ahli Parlimen Turkiye daripada Parti Keadilan dan Pembangunan (AK Party), Ali Sahin, berkongsi mengenai perkara itu selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin komuniti Islam di Sao Paulo, Brazil.
Menurut laporan media Turkiye, Sahin mendakwa beliau dimaklumkan mengenai pengislaman Roberto Carlos oleh Sheikh Jihad Hammadeh, seorang tokoh komuniti Islam Brazil yang juga naib presiden serta penasihat agama National Association of Islamic Jurists (ANAJI).
Hammadeh dikatakan memberitahu bahawa beliau sudah berhubung dengan Roberto Carlos sejak beberapa ketika sebelum bekas pemain pertahanan itu datang menemuinya kira-kira empat minggu lalu.
Dalam pertemuan berkenaan, Roberto Carlos didakwa telah melafazkan syahadah, sekali gus menandakan penerimaannya terhadap agama Islam.
Ads
Sahin kemudiannya berkongsi perkara tersebut menerusi media sosial selepas mengadakan pertemuan bersama Hammadeh serta wakil beberapa pertubuhan Islam di Islamic Charitable Youth League of Brazil di Sao Paulo.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Roberto Carlos atas keputusan tersebut selain mendoakan kesejahteraan buat legenda bola sepak berkenaan dan keluarganya.
Perkahwinan Roberto Carlos dan Suhaila Ettahiri
Menariknya, laporan Roberto Carlos peluk Islam muncul tidak lama selepas beliau meraikan perkahwinannya bersama Suhaila Ettahiri, seorang ahli perniagaan dan ejen bola sepak berdarah Maghribi yang aktif dalam industri bola sepak antarabangsa.
Media Brazil melaporkan pasangan itu muncul bersama dalam beberapa acara sepanjang tahun ini. Pada 25 Julai lalu, mereka turut meraikan hubungan mereka menerusi sebuah majlis perkahwinan intim yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat, dengan majlis berkenaan menampilkan elemen muzik berunsurkan Maghribi.
Suhaila juga bukan nama asing dalam dunia bola sepak kerana kerjayanya berkait rapat dengan pengurusan atlet dan pemain profesional. Beberapa laporan media Brazil menyebut Roberto Carlos dan Suhaila turut mempunyai kerjasama perniagaan dalam bidang pengurusan kerjaya sukan di Brazil serta Eropah.
Ads
Legenda Real Madrid dan Brazil
Sekiranya dakwaan Roberto Carlos peluk Islam disahkan sendiri olehnya, berita itu pastinya menarik perhatian besar peminat bola sepak dunia memandangkan statusnya sebagai antara pemain pertahanan paling ikonik dalam sejarah sukan berkenaan.
Sepanjang 11 musim bersama Real Madrid dari 1996 hingga 2007, pemain yang terkenal dengan rembatan kaki kiri luar biasa itu membuat lebih 500 penampilan dan membantu kelab Sepanyol berkenaan meraih pelbagai kejuaraan termasuk tiga gelaran Liga Juara-Juara Eropah. Beliau juga menjadi sebahagian skuad Brazil yang muncul juara Piala Dunia 2002.
Selepas meninggalkan Santiago Bernabeu pada 2007, Roberto Carlos menyertai Fenerbahce dan beraksi selama beberapa musim di Turkiye sebelum kemudiannya kembali ke negara itu sebagai jurulatih Sivasspor dan Akhisarspor.
Bagaimanapun setakat ini, Roberto Carlos sendiri belum tampil secara terbuka untuk mengesahkan bahawa beliau telah memeluk Islam. Justeru, laporan mengenai pengislamannya ketika ini bersandarkan kenyataan yang disampaikan Sahin berdasarkan maklumat daripada Hammadeh.
Selagi tiada pengesahan langsung daripada Roberto Carlos, dakwaan Roberto Carlos peluk Islam wajar dianggap sebagai laporan yang belum disahkan dan bukannya pengumuman rasmi daripada legenda Brazil itu sendiri.
Sumber : NEWAGE
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dato’ Sri Siti Nurhaliza, sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air Malaysia. Kejayaan yang dikecapi sepanjang 28 tahun beliau berkecimpung jelas tidak dapat disangkal lagi.
Namun, baru-baru ini penyanyi yang terkenal dengan imej lemah lembut dan ayu ini jelas kelihatan berang dengan komentar yang diberikan oleh warganet berkaitan album terbarunya.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, tangkapan skrin dua komen berbaur hinaan dari dua individua jelas terpampang bagi dinilai sendiri oleh warganet lain.
Menerusi hantaran yang sama juga, ibu kepada dua orang cahaya mata tersebut turut serta tag akaun Instagram rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dengan tujuan agar pihak bertanggungjawab membuat siasatan terhadap komentar dari dua pemilik akaun berkenaan.
“Cantiknya bahasa kakak-kakak ini,
“Kita bagi @skmm_mcmc periksa kejap!” komennya lagi.
Sekadar info, penyanyi lagu Jerat Percintaan ini dilihat kerap memuat naik hantaran mengenai album baharu beliau yang bakal menemui peminat pada 30 Jun ini.
Katanya, album terbaharu yang berjudul Sitism itu merupakan tanda penghargaan dan hadiah buat peminat setianya yang sentiasa menyokong penglibatannya dalam industri seni selama ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kaya dan miskin adalah ujian dari Allah untuk menguji ketakwaan hati makhluknya. Jika kita dilahirkan sebagai orang kaya, jangan sesekali menghina orang miskin kerana kaya itu ujian dan agar kita tidak mudah lupa diri.
Kalau miskin pun jangan rasa hina. Usaha dan doalah kerana Allah itu Maha Mengetahui dan pemberi rezeki. Baca perkongsian dari Ustaz Ebit Lew tentang soal membantu orang lain di kala orang itu dalam kesusahan seperti ditulis di FBnya.
Baca perkongsiannya.
Sebak, balik sekolah bawa anak-anak nak beli air dalam petronas. Dekat-dekat Maghrib dah..Pergi dekat kaunter. Tengok seorang kakak dengan 2 anaknya. Anaknya beli air milo dengan jajan. Bila nak bayar dia kira duit syiling dan kertas.
Tak cukup. Aduh, mana lak duit. Muka dia macam panik dan segan sikit kot. Lama gak kaunter tu kira. Akak tu ambil air dan jajan anaknya letak semula..anaknya yang kecil lagi menangis nangis.
Ish, saya kata. Takpe kak saya belanja. Saya ambil semula jajan tu bagi kat adik tu..muka akak tu terpinga-pinga. Anak akak comel apa nama dia…dua-dua comel. Bakal jadi daie hafiz Al-Quran..terima kaseh yer..malu saya,katanya..
Takperlah kak sikit jer..saya pun selalu tertinggal duit dan tercicir.
Bila nak keluar tengok akak tu masuk kereta. Saya tanya akak dah isi minyak belum. Arrr…belum yer..saya pergi dekat pam tu guna kad saya. Akak isilah penuh..hadiah anak akak. Ni anak soleh nie..
Lebih kita mempermudahkan urusan orang, Allah akan mempermudahkan urusan kita. pix fb Ebit Lew
Akak tu menangis. Cakap terima kaseh. Sebenarnya saya ada sekeping rm50 tadi. Tercicir mana entah..suami bagi..macam mana saya nak bayar semula..takper kak..ok jer..sikit jer..
Saya happy sangat rasa. Selalu niat dari rumah jika dapat tolong walau sedikit pada orang memerlukan..
Begitulah nikmatnya hidup. Anak saya tanya. Ayah, cian makcik tu kan ayah. Ayah dulu selalu macam tu nak. Masa anak seorang, selalu susu anak takde duit nak beli. Jalan kaki pergi surau atau ke mana-mana sebab takde duit nak isi minyak.
Tak jadi pergi raya atau balik kampung sebab takde duit isi minyak. Isi minyak kereta rm5 pun biasa..masuk kedai makan selalu keluar semula sambil gelak-gelak sebab tak cukup duit..
Tak buka aircond. Buka tingkap kononnya nak jimat minyak.
Bagi yang lapang hidupnya. Makan dah kurang nikmat. Semua dah takde nikmat. Tapi bagi sesetengah orang itu semua terlalu besar nilainya..masih ramai hidup begitu..
Saya ingat Syeikh Saad Al Khandahlawi ajar anaknya semenjak kecil bawa bekas duit bagi pada orang miskin sekitar Nizamuddin. Saya lihat anaknya masa kecil ke sana sini bawa duit bagi pada orang miskin..begitu juga masa di Masjid Nabawi saya lihat anak remaja bagi duit kepada orang susah. Ayah mereka di belakang bekalkan duit…
Saya setiap kali pergi pasar malam atau berjalan, bagi rm5 pada anak suruh dia sedekah pada orang yang susah. Mereka berebut-rebut bagi. Selalu bila tengok orang berniaga susah.
Saja beli dekat mereka bagi dekat guard rumah atau pada orang susah. Anak-anak bila bagi makan pada orang di jalanan mereka menangis. Ayah, susahnya orang tu.
Kenapa ada orang susah ayah? Supaya orang kaya dan senang jangan lupa diri. Supaya anak orang susah ini belajar iman dan belajar erti kesusahan supaya menjadi manusia yang berguna..dengan susah manusia sedar diri dan mulia..
Nabi saw dah pesan selalulah bercampur dengan orang miskin dan takde nama. Tapi ada nama disisi Allah. Siapa tahukan? Tapi kita suka nak berdamping cuma dengan menteri orang kaya. Tak salah. Tapi jika tak diimbangi campur orang miskin.
Hati kita jadi rosak. Mula lupa diri. Mula nada suara dah lain. Lupa kita cuma hamba dijadikan Allah..kuat merajuk..hidup jadi sakit kerana lemah dengan pujian dan penghargaan manusia..lupa Redha Allah..
Abdullah ibnu Jaafar ra, tengok seorang peniaga gula sedih sebab gulanya tak laku. Ibnu jaafar ra beli semua gulanya dan bagi kepada orang miskin. Orang miskin gembira. Peniaga tadi gembira..
Balik ceramah johor baru ini. Orang johor suka bagi bekal makanan sedap-sedap sempena Maulid. Saya dalam perjalanan balik beri pada guard atau orang dekat bus stand. Ada antara mereka kata. Ya Allah memang tengah lapar. Tengah kira duit nak beli makanan. Saya senyum happy sangat. Terima kaseh Allah atas nikmat rasa bahagia ini..
Patutlah seorang ibu senyum bila masak untuk keluarga. Kadang-kadang tak makan pun. Mereka bahagia tengok suami dan anak-anak makan..
Ramai saya jumpa kawan-kawan kedai mereka tutup. Ramai juga. Kerana tak mampu nak bayar sewa kedai. Tak balik modal. Saya doakan Allah mudahkan rezeki mereka semua. Ya Allah, sebab tu bila jumpa remaja atau anak-anak kecil lapar atau takde duit bayar yuran sekolah saya menangis. Sebab rasa dekat dengan semua itu.
Solat hajat saya nak bayar yuran asrama dulu-dulu. Takut tak boleh ambil result. Tengok-tengok dah ada orang bayarkan..
Buat kawan-kawan usahakanlah solat awal waktu berjemaah. Solat dhuha 4 rakaat atau lebih. Hargai keluarga. Rajin dekat diri pada Allah dan rajin baca Al-Quran..Semoga Allah mudahkan buat kawan-kawan semua yer..
Saya ada tulis dalam buku Isteriku Bidadari keberkatan rezeki dalam menghargai keluarga dan hidupkan keluarga dengan amal sunnah. Jemput datang keluargasunnah nanti yer 3 Mac 2018 di MatradeKl. Sama-sama kita ingat memperingati dalam membina sunnah Nabi saw dalam keluarga
Sumber: Ebit Lew
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat sedia maklum dan terpaksa akur apabila selebriti Korea pujaan mereka perlu menyertai latihan ketenteraan di kem sana.
Latihan ketenteraan diwajibkan kepada semua lelaki di Korea Selatan tanpa pengecualian.
Jadi apabila masanya sudah tiba dan nama mereka dipanggil, sudah pasti peminat merasa kehilangan ketika idola mereka terpaksa meninggalkan aktiviti seni sepanjang tempoh latihan tersebut.
Kami bagaimanapun mempunyai berita baik buat peminat Big Bang!
Ketua kumpulan Kpop popular itu, G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Jiyong dijangka bakal menamatkan sesi latihan kententeraannya pada hari Sabtu ini.
Baru-baru ini, pemuda berusia 30-an itu turut dilihat hadir ke majlis perkahwinan kakaknya selepas mendapat perlepasan.
Peminat semakin tidak sabar untuk mengetahui hala tuju grup tersebut, lagi-lagi selepas skandal yang melanda YG Entertainment dan selepas pemergian Seungri daripada Big Bang. Adakah mereka akan terus membuat come back pada tahun hadapan atau kita terpaksa memberi masa untuk Big Bang mencari inspirasi dan menunggu mereka bangkit semula?