Foto: Berita Harian

Tidak dinafikan insurans perubatan adalah penting kerana ia dapat melindungi dan membantu kita sewaktu mengalami kecemasan masalah kesihatan. Namun, bukan semua individu berkemampuan untuk mengambil insurans perubatan ini kerana memerlukan komitmen bayaran pada setiap bulan.

Terbaharu, Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memanfaatkan Akaun 2 untuk membeli insurans dan takaful menerusi platform i-Lindung. Ia merangkumi perlindungan hayat dan penyakit kritikal yang disediakan syarikat insurans serta pengendali takaful diluluskan seperti FWD Takaful Berhad, Prudential Assurance Malaysia Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Life Insurance Berhad dan Etiqa Family Takaful Berhad.

KWSP Lancar i-Lindung, Boleh Guna Akaun 2 Untuk Beli Insurans
Foto: Harian Metro

Penawaran perlindungan yang disediakan adalah daripada harga serendah RM30 setahun, bagi perlindungan berjumlah RM10,000 bersamaan dengan bayaran kurang RM3 sebulan.

Siapa yang boleh memohon?

IKLAN
  • Warganegara Malaysia
  • Pengguna i-Akaun (Ahli)
  • Mempunyai baki simpanan di dalam akaun KWSP

Pembelian produk di bawah i-Lindung hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli). Jenis-jenis perlindungan yang ditawarkan adalah perlindungan hayat dan perlindungan penyakit kritikal.

KWSP Lancar i-Lindung, Boleh Guna Akaun 2 Untuk Beli Insurans
Foto: Hello Doktor

Pembelian perlindungan menerusi platform i-Lindung ini juga sangat mudah kerana ia tidak memerlukan pemeriksaan perubatan dan menyediakan sebut harga serta-merta. Pengguna juga diberi kemudahan akses dan boleh menganalisis semua maklumat produk yang ditawarkan sebelum membuat pilihan.

IKLAN

Bagi yang belum mempunyai insurans, rasanya korang boleh pertimbangkan tawaran yang diberikan oleh KWSP ini. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Betul tak?

Sumber: (1)

IKLAN

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI