Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Karangkraf kerana telah dipilih sebagai penerima Anugerah Anugerah Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 pada majlis kemuncak sambutan Hawana di Banda Hilir, Melaka.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub. Menurut beliau, anugerah itu merupakan penghargaan bagaimana wartawan, akhbar dan organisasi media tersebut boleh memberi impak kepada masyarakat.
Ini termasuk beberapa siri program dan kempen yang diperkenalkan serta dilaksanakan seperti Rumah Ngaji, kempen World #QuranHour dan #RasuahBusters. Pengiktirafan ini juga menunjukkan bahawa apa yang diusahakan selama ini bukan setakat menyampaikan berita, namun dapat menukarkan budaya dan juga mengembalikan integriti yang telah hilang kepada masyarakat.
“Di mana nilai moral dan karakter bangsa yang telah runtuh sebelum ini dapat dipulihkan melalui usaha-usaha yang telah dibuat oleh wartawan.
Ads
“Syukur Alhamdulillah, Karangkraf diiktiraf pada hari ini dan di Karangkraf kita berpadu tenaga,” katanya.
Anugerah itu julung kali diberikan kepada organisasi media yang dapat memberi impak dan manfaat kepada masyarakat. Karangkraf melalui akhbar utamanya, Sinar Harian dilihat sentiasa berusaha untuk memberikan sesuatu kepada masyarakat seperti menerusi kempen World #QuranHour yang bertambah penyertaannya setiap tahun, seterusnya kempen #RasuahBusters.
Ads
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Kumpulan Karangkraf atas pengiktirafan yang telah diterima.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermacam-macam pendapat dilontarkan oleh warganet setelah mendapat tahu seorang pelajar perubatan dari Universiti Malaya (UM) baru-baru ini mendakwa dirinya telah dihalang daripada menduduki peperiksaan.
Nik Farah Ellisha Mohd Razif, 22 mendakwa pihak pentadbiran UM telah menghalangnya pada 8 dan 9 Jun lepas setelah dia gagal menerima suntikan vaksin COVID-19 sebelum tarikh peperiksaan tersebut.
*
Terdahulu, Farah enggan menerima suntikan COVID-19 atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan olehnya. Apabila pihak Universiti Malaya ‘memaksa’ semua calon termasuk dirinya untuk mendapat suntikan sabagai syarat menduduki peperiksaan, Farah akhirnya akur untuk mendapatkan vaksin. Keputusannya itu telah dilapor kepada pihak universiti sekitar bulan April.
Malangnya, Farah tidak berjaya menempah slot temujanji suntikan sebelum tarikh peperiksaan. Farah mendakwa Universiti Malaya kemudian telah menghalangnya daripada terus menjawab kertas peperiksaan tersebut sebelum memintanya meninggalkan dewan.
Sehubungan itu, isu ini mendapat perhatian warganet dan respon di media sosial dilihat bercampur baur.
Ada pihak bersetuju dengan tindakan universiti memandangkan pelajar itu terlibat dalam persekitaran yang berisiko (pusat perubatan). Tanpa menerima suntikan vaksin, dia boleh membahayakan calon peperiksaan serta petugas yang berada dalam dewan yang sama.
Sebelah pihak lagi berpendapat halangan yang dilancarkan oleh Universiti Malaya ke atas seorang pelajar seperti ini adalah tidak wajar. Menurut mereka, tindakan universiti yang memaksa pelajar mendapat suntikan vaksin demi menjawab kertas peperiksaan secara fizikal seharusnya tidak berlaku dan ia seakan menafikan hak seorang pelajar.
Tambahan pula pelajar terbabit merupakan pelajar perubatan. Tentunya dia arif dengan kelebihan dan kekurangan pengambilan vaksin serta memahami risiko yang diambil apabila enggan menerima suntikan COVID-19, pada awalnya.
*
Isu ini memuncak setelah Universiti Malaya dikatakan menolak permohonan Farah untuk menangguhkan tarikh peperiksaannya sementara dia mendapatkan tarikh temujanji suntikan. Pelajar tersebut tidak teragak-agak membuat laporan ke balai polis Daerah Brickfields dan tindakannya itu telah disahkan oleh Ketua Polos Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar.
Kata beliau, kes berkenaan kini dalam siasatan.
Dalam pada itu, Universiti Malaya semalam mengeluarkan satu kenyataan menerusi Pejabat Komunikasi Korporat universiti. Kata pengarahnya, Mohd Khairi Md Jaafar, pihak universiti sedang meneliti perkara ini secara teliti dan terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak terbabit bagi menyelesaikannya. Ia memandang serius laporan polis yang dibuat oleh Farah .
Kenyataan itu turut berbunyi, “Sebagai sebuah universiti yang menerapkan nilai kebersamaan, Universiti Malaya sentiasa berjuang bersama-sama dengan rakyat Malaysia dalam memerangi wabak COVID-19.
“Adalah menjadi tanggungjawab Universiti Malaya untuk menyediakan kampus yang kondusif dan selamat kepada warga kampus dalam berdepan dengan pandemik ini.”
*
Bagi REMAJA, kedua-dua pihak mempunyai rasional di sebalik tindakan masing-masing. Kita biarkan sajalah kes ini untuk disiasat oleh pihak polis dan pihak Universiti Malaya tanpa perlu menokok tambah info yang tidak sahih.
Kepada Nik Farah, kami berharap agar pengajiannya di universiti tersebut akan kekal lancar selepas ini di samping diberikan peluang untuk menduduki kertas peperiksaan yang dimaksudkan.
Untuk menonton video yang telah tular sejak semalam setelah pelajar tersebut membuat laporan polis, klik pautan di bawah:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kematian seorang remaja, Sathiswaran akibat kebodohan manusia yang melemparkan kerusi pejabat dari tingkat 21 Flat PPR Seri Pantai, Kuala Lumpur lalu tepat mengenai kepalanya hingga mengakibatkan otaknya terburai ternyata menimbulkan kemarahan orang ramai.
Remaja semalam menyiarkan luahan emaknya, Kasthuribai A/P M. Sattayappan, 45 tahun yang terpaksa menadah otak anaknya dengan kedua belah tangan sebelum anak lelaki bongsunya itu rebah di hadapan matanya dan mati dalam pelukan.
Kasthuribai A/P M. Sattayappan bertanya mengapa anaknya dibunuh…
Semalam, mayat mendiang Sathiswaran selesai dibedah siasat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan telah dibawa balik ke rumah keluarganya sebelah petang.
Tepat jam 1 tengahari tadi, setelah mengambil kira “masa” yang baik, satu upacara keagamaan telah dilakukan di ruang permainan hadapan flat berkenaan sebelum mayatnya dibawa ke Damansara, Kayu Ara untuk upacara pembakaran.
Satu upacara agama dilakukan bagi mendoakan mendiang Satiswaran
Bukan saja tangisan ahli keluarganya bergema tetapi juga penduduk sekitar jelas begitu sedih dengan nasib yang menimpa remaja yang baik hati ini.
Rata-rata menyuarakan kesedihan dengan tragedi yang menimpa dan berharap isu pembuangan sampah ini tidak lagi berulang. Ramai penduduk menyifatkan, mendiang Satiswaran seorang remaja yang disenangi dan disayangi penduduk setempat. Setiap kali bertemu, mendiang akan selalu menegur dan memberikan satu senyuman untuk mereka.
Ibu mendiang tidak dapat menahan tangisan pilu
Poster Good Bye Sathiswaran
Turut hadir di majlis upacara keagamaan ini Ahli Parlimen Lembah Pantai, Yb Nurul Izzah Anwar.
YB Nurul Izzah banyak membantu urusan keluarga ini kerana berasa terlalu sedih dengan nasib menimpa mendiang Sathiswaran
YB Nurul Izzah turut memaklumkan, kos pengkebumian sebanyak RM4000 sudah dibantu oleh pihaknya bersama-sama dermawan lain yang menzahirkan rasa simpati atas nasib menimpa Satiswaran.
“Buat masa ini, kita sedang mengusahakan pekerjaan untuk ayahnya yang sudah lama tidak bekerja. Masa yang sama juga, di pihak saya akan bertemu abang mangsa dan memujuk untuk dia menyambung kembali pelajarannya mengggunakan dana Tabung Pendidikan. Malah saya sendiri sudah menghubungi majikan tempat emaknya bekerja untuk memberi ruang dan masa kepada emaknya menenangkan fikiran,” katanya ketika ditemui di lokasi upacara keagamaan tersebut.
Kejadian ini satu contoh keluarga golongan bawahan yang perlu diberi perhatian –Yb Nurul Izzah
Malah semalam, YB Nurul Izzah turut membantu keluarga mendiang Satiswaran mendapatkan lokasi pengkebumian seperti diminta serta lain-lain selaku menzahirkan rasa simpatinya.
“Saya bercakap seperti seorang ibu yang tahu akan peritnya kehilangan seorang anak yang baik. Kita bercakap tentang nyawa seorang remaja yang menjadi mangsa atas perbuatan orang lain.
“Islam agama yang sejahtera. Berkonsepkan rahmatanlilalamin. Kalau kita ingin negara menjadi hebat, golongan hebat tetapi kehebatan itu harus dirasai oleh semua golongan. Kehebatan bukan hanya dirasai oleh golongan berada tetapi wajar dinikmati oleh pertengahan dan bawahan.
“Kes Satiswaran adalah satu bukti contoh banyak lagi yang harus diperbaiki. Golongan ini perlu diberi perhatian sewajarnya. Kemudahan tempat tinggal, kemudahan persekitaran sekeliling serta lain-lain faktor.
“Secara jujurnya saya sedih kerana selepas kes Satiswaran ini, pihak berwajib belum mengambil tindakan pantas memasang jaring keselamatan bagi mengelak perkara buruk berlaku lagi. Ini mungkin terjadi kepada Satiswaran tetapi bagaimana kepada nasib orang lain. Berapa banyak lagi kejadian-kejadian baru kita mahu buka mata mengenainya.
“Mendiang Satiswaran dan keluarganya adalah satu contoh keluarga golongan bawahan yang perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib tentang isu keselamatan di tempat tinggal mereka. Wajarkah satu nyawa tergadai akibat kegagalan kita? Sebagaimana kita mahukan sebuah kehebatan, kondisi golongan bawahan juga perlu perhatian serius kerana nyawa bukan boleh bertukar ganti,’ katanya akui begitu sedih.
Upacara agama dilakukan bagi mengelak roh tidak tenteram – Nithia
Tepat jam 11.30 pagi, orang ramai sudah mulai memenuhi ruang taman permainan tempat mayat mendiang Satiswaran akan ditempatkan.
Beberapa ahli keluarganya mulai berkumpul dan melakukan upacara mandian sebelum mula memegang keranda mayat mendiang.
Menurut Nithia, seorang penduduk di PPR berkenaan, upacara mandian itu adalah satu pembersihan diri bagi memastikan diri bersih sebelum mula memegang keranda mendiang. Ia satu upacara suci yang dilakukan oleh ahli keluarga terdekat dan mempunyai pertalian darah sahaja dengan mendiang.
Nithia memaklumkan upacara agama adalah bagi mendoakan kesejahteraan mendiang
“Selepas upacara keagamaan ini, satu bekas lilin akan dibawa naik ke rumah mendiang dan perlu terpasang sekurang-kurangnya 30 hari dari hari ini. Jika bekas lampu ini terpadam ia memberi petanda tidak berapa baik. Ia seperti roh si mati dalam keadaaan tidak baik. Maka pihak sami akan melakukan upacara agama lagi bagi membolehkan roh dalam keadaan damai. Mungkin mengambil masa lebih lama sekurangnya 60 hari.
“Biasanya bagi cara kematian dengan cara kurang baik (contoh terbunuh, dibunuh dan sebagainya), akan lebih banyak doa dibaca bagi membolehkan roh mendiang aman,” katanya yang menerangkan tentang adat dan upacara agama Hindu.
Saksikan Video Upacara Keagamaan Mayat Mendiang..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular di media sosial video dan imej yang menunjukkan adegan pergaduhan sehingga mengakibatkan pertumpahan darah di Hospital Taiping. Kejadian yang dirakam dan dimuat naik itu kemudiannya bertukar tular setelah warganet terkejut ia berlaku di kawasan awam seperti hospital.
Begitupun pada hari ini, Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Supreintenden Razlam Ab Hamid telah menjernihkan keadaan dan mendedahkan bahawa adegan tular itu hanyalah latihan simulasi kebakaran sahaja.
Latihan dari jam 11-50 pagi hingga 1 tengah hari itu dianjurkan oleh Hospital Taiping dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Taiping sebagai stau bentuk pendedahan terhadap warga hospital sekiranya berlaku bencana.
Turut dipertontonkan di lokasi Jabatan Diatetik & Sajian Hospital Taiping adalah kaedah mencegah dan langkah-langkah yang perlu diambil semasa berhadapan kebakaran pada masa akan datang.
Setelah ia mula tersebar di platform Facebook, orang ramai nyata tertarik untuk menonton habis simulasi realistik yang dirakam sehinggakan ramai yang pada awalnya percaya ia merupakan pergaduhan sebenar membabitkan tukang masak di Hospital Taiping.
Selain itu, ada juga video lain daripada simulasi sama yang memaparkan seorang lelaki ditusuk pisau pada bahagian dada kanan dan seorang lagi lelaki yang melecur seakan disiram minyak masak panas.
Tambah realistik apabila ‘mangsa kejadian’ dibawa menaiki pengusung ke arah ambulans oleh petugas perubatan.
Lah, rupanya ia hanyalah simulasi untuk memastikan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersiap-sedia jika perlu berdepan bencana seperti kebakaran dan lain-lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...