
Tahukah anda, dengan hanya menggunakan kulit pisang boleh mengatasi masalah kulit yang berjerawat.
Caranya mudah saja,
Ambil kulit pisang yang sudah bewarna kuning kemudian letakkan pada kawasan jerawat. Biarkan selama beberapa minit sehingga kulit pisang tersebut berubah menjadi coklat sedikit. Kemudian, usap-usap bahagian bermasalah itu dengan kulit pisang selama 2-5 minit secara pelahan-pelahan.

Selepas itu, biarkan selama satu jam tanpa di bilas. Hal ini kerana, kulit pisang mampu menghilangkan infeksi pada kulit. Kemudian barulah kamu cuci dengan air. Lakukan pekara ini beberapa kali sehingga kulit kemerahan reda. Selepas jerawat pecah, jangan risau tentang bekasnya. Kerana fungsi kulit pisang mampu mengelakkan kulit kamu berbekas akibat jerawat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila Ada 7 Tanda Ini, Awas Buah Pinggang Sebenarnya Ada Masalah…

Buah pinggang antara organ terpenting dalam tubuh badan manusia. Fungsi buah pinggang adalah untuk mencuci darah dari sisa buangan dan lebihan air yang diperlukan tubuh.
Namun kegagalan buah pinggang berfungsi jika tidak diberi rawatan awal boleh membawa kepada kematian. Tidak hanya orang dewasa, golongan remaja juga terdedah kepada bahaya penyakit ini.
Bagaimana sebenarnya kita boleh tahu yang buah pinggang ada masalah? Cuba semak, adakah korang ada tujuh masalah seperti di bawah?
-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.
Kalau ada salah satu dari tanda-tanda ini, segeralah bertemu doktor. Fakta yang mungkin sedikit menakutkan, 6000 kes kegagalan buah pinggang dilaporkan setiap tahun.

Bagaimana sebenarnya buah pinggang boleh rosak? Salah satu penyebab utamanya adalah kerana penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, batu karang dan radang buah pinggang (glomerulonephritis). Masalah ini tidak hanya dihadapi oleh golongan dewasa tetapi ada juga kalangan remaja yang bermasalah.
Jangan tak tahu, berat badan berlebihan, suka makan ubat tahan sakit, ubat tradisional, merokok, suka mengawal kencing, kebocoran protein dalam air kencing antara sebab mengapa buah pinggang boleh rosak.
Data pesakit buah pinggang pada 2013 menunjukkan 23 orang bagi setiap satu juta penduduk Malaysia menghidap penyakit buah pinggang. Hasil kajian oleh kerajaan, terus menunjukkan kebimbangan kerana dijangkakan pada 2040, ada lebih 2.5 juta orang.
Gaya hidup yang tidak sihat serta penyakit-penyakit lain seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan kencing manis merupakan antara penyebab punca kegagalan buah pinggang atau ginjal. Bagi mengatasi masalah ini, dialisis antara saty cara yang dapat memanjangkan jangka hayat dan paling akhir ialah pemindahan organ dengan memasukkan buah pinggang baru tetapi kosnya antara RM300,000 ke atas.


Dalam memastikan rakyat sedar betapa pentingnya organ ini, setiap bulan Mac, diadakan sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKFM), Chua Hong Wee demi memberi kesedaran kepada masyarakat pihaknya telah menjayakan kempen penjagaan kesihatan selain memberi kesedaran awal betapa pentingnya menjaga buah pinggang khususnya di kalangan wanita.
“Kempen ini bukan saja dirai bersama Sambutan Hari Wanita yang baru disambut tetapi juga Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia. Majlis kempen penuh kemeriahan itu, bukan saja pemeriksaan kesihatan diadakan tetapi senamrobik bersama Bollywood Fitness Dances turut diadakan.
Dengan tema ‘Include, Value, Empower’ untuk sambutan tahun ini, dalam majlis ini juga Dr Nor Fadhlina dari Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia memberikan ceramah berkaitan kesan ubatan sampingan, golongan wanita dan kesedaran mengenainya.


Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Miss Universe Thailand 2021 Perjuangkan Keyakinan Wanita Tanpa Mengira Saiz Badan

Jika ada satu perkara yang kami harapkan berlaku kepada pertandingan ratu cantik antarabangsa sepopular Miss Universe pada setiap tahun, ia adalah mengenai inklusiviti lebih ramai ‘wanita biasa’ yang tidak kurus melampau, yang boleh menginspirasikan ramai remaja perempuan dengan kisah peribadi mereka dan benar-benar ingin melakukan perubahan kepada ‘beauty standard’ yang selama ini berada di takuk lama.
Berapa kerap korang dengari komen seperti wanita Asia yang cantik perlulah memiliki kulit cerah; atau wanita berambut pendek tidak kelihatan feminin dan mungkin juga komen seperti wanita yang mempunyai peha yang ‘saling bercantum’ adalah wanita obes. Ya, masih ada lagi masyarakat yang berfikiran sedemikian pada zaman moden ini. Apa yang lebih mengecewakan adalah apabila kebanyakan komen negatif ini hadir daripada perempuan sendiri terhadap perempuan lain.
Well, ada seseorang yang ingin mengubah semua itu.
Dia tidak lain tidak bukan ialah Anchilee ‘Ann’ Scott-Kemmis yang baru saja dinobatkan sebagai Miss Universe Thailand 2021.

Selalunya, Thailand terkenal dengan wakil Miss Universe yang berbadan kurus dan berkulit cerah persis puteri diraja. Namun Ann mengubah semua stigma itu setelah dia berjaya mengenepikan 29 lagi peserta Miss Universe Thailand 2021 pada hari Ahad lalu. Dia tinggi, dia tidak kurus melampau dan dia yakin untuk membawa dirinya yang berkulit sawo matang ke peringkat antarabangsa.
Apa yang lebih penting, dia ingin mengubah persepsi masyarakat terhadap ‘beauty standard’ lapuk.
Ann mewakili beauty standard realistik dalam dunia sekarang di mana dia ingin masyarakat sedar akan saiz sebenar seseorang wanita itu. Baginya, tiada salahnya untuk seorang wanita meraikan saiz badan sebenar tanpa perlu bergolok gadai membeli produk yang salah atau cuba menyakiti diri sendiri hanya untuk kelihatan lebih kurus dari yang sepatutnya.

Di sinilah kekuatan yang dimiliki oleh Ann sehingga dia terpilih sebagai wakil Thailand ke pentas Miss Universe 2021 pada bulan Disember ini di Israel. Dia raikan diversiti dan penonton wanita yang menyaksikan pertandingan itu kelak akan sedar bahawa Ann memahami apa yang mereka rasakan selama ini.
Dalam ucapan pengenalannya, Ann berkata, “Di sini saya mewakili setiap satu daripada anda yang pernah merasakan diri diketepikan, diadili atau disakiti kerana anda dikatakan tidak menepati standard. Saya ingin menjadi suara anda terutamanya gadis muda untuk meraikan keperibadian masing-masin dan keunikan anda. Saya tahu anda wujud dan saya di sini untuk anda. Terima kasih,” katanya dengan penuh yakin.
Mengenalinya dengan lebih lanjut, Ann sebenarnya merupakan seorang gadis berdarah kacukan. Dia dilahirkan oleh seorang ibu berdarah Thai manakala ayahnya berasal dari Australia.
Biarpun berdarah campur, Ann tidak kekok dengan budaya dan bahasa ibunda Thai setelah menghabiskan zaman kanak-kanak dan remajanya di Thailand sebelum berkelana ke Australia untuk melanjutkan pengajian sarjana muda dalam bidang sosiologi di University of Sydney.

Sepanjang berada di peringkat sekolah dan universiti, Ann cukup aktif menjadi kapten tiga sukan berbeza iaitu bola tampar, bola keranjang dan softball. Lebih menakjubkan apabila dia juga pernah menjadi sebahagian daripada pemain saringan pasukan kebangsaan.

Selama ini, Ann digelar sebagai model ‘plus-size’ disebabkan tubuhnya yang lebih berisi jika dibandingkan dengan model yang selalu ditempah dalam industri fesyen. Namun, ramai menyatakan bahawa Ann tidak seharusnya dilabel plus-size. Dia adalah contoh terbaik untuk menunjukkan bagaimana pakaian yang ingin mereka beli kelihatan pada tubuh badan manusia sebenar.
Adakah Anchilee Scott-Kemmis berjaya menegakkan mesejnya di pentas Miss Universe 2021. Sama-sama kita saksikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pilih Skincare Yang Sesuai, Ini 3 Idea Produk Korang Boleh Try

Memilih produk wajah yang sesuai adalah sangat penting bagi memastikan kulit wajah sentiasa bersih dan tidak berjerawat.
Terdapat pelbagai produk skincare yang ada di pasaran, namun sebaiknya elakkan menggunakan produk yang mempunyai bahan merkuri kerana ia boleh merosakkan saluran pencernaan, sistem saraf dan ginjal. Bukan itu sahaja, merkuri juga berisiko mengganggu organ tubuh manusia seperti otak, jantung, ginjal dan paru-paru.
BACA: 10 Skincare Organizer Menarik Yang Boleh Dibeli Untuk Simpanan Lebih Teratur
Kali ini, Remaja ingin memperkenalkan tiga produk skincare terbaik daripada Dermalogica, jenama penjagaan kulit yang terkenal sejak tahun 1986. Jenama ini juga telah diiktiraf cruelty-free daripada PETA dan Leaping Bunny, sekali gus menjadikan ia produk yang selamat untuk digunakan.
Jom kita lihat antara produk terbaharu mereka.
Dermalogica PreCleanse

Dirumus untuk membantu anda mencapai kulit yang sangat bersih dan kelihatan sihat, ia mencairkan sebum berlebihan, pelindung matahari, bahan pencemar alam sekitar, sisa produk dan juga solekan kalis air secara menyeluruh.
Hanya sapukan pada kulit kering, tambahkan air untuk mengubah formula hidrofilik kepada emulsi susu dan korang dapat melihat semua kotoran keluar.
Dermalogica Daily Microfoliant

Siapa yang tidak mahu kulit mereka menjadi lebih cerah dan licin bukan? Diperbuat berasaskan beras, ia cukup ikonik untuk melembutkan kulit bagi kegunaan harian. Bahan campuran yang digunakan juga dapat mencerahkan kulit dan berfungsi merawat dalam mengimbangi tona kulit yang tidak sekata.
Dermalogica Biolumin C-Gel Moisturizer

Pelembap gel pencerah harian ini dikuasakan oleh formula yang kaya dengan antioksidan, yang mengandungi kompleks Vitamin C yang sangat stabil dengan bioteknologi pengaktifan semula termaju yang membantu meningkatkan bioavailabiliti untuk kulit yang lebih cerah dan pertahanan penghalang yang lebih baik.
BACA: Gadis Ini Kongsi Produk Skincare Untuk Rawat Jerawat Badan Dengan Harga Berbaloi
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

