
Setiap orang pasti mempunyai BFF, paling tidak pun pasti kamu mempunyai seorang rakan yang boleh menjadi tempat luahan perasaan dan penyimpan rahsia terbesar kamu. Untuk elakkan dari kamu bergelar seorang kawan ketika susah, jom main kuiz ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari Perkampungan Nelayan Ke Nadi Ekonomi, Pasir Gudang Kini Bergelar Bandaraya.

Johor Darul Takzim sememangnya sebuah negeri yang pesat membangun. Terbaru DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan mengisytiharkan Majlis Perbandaran Pasir Gudang dinaiktaraf menjadi Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Pasir Gudang dahulunya dikenali sebagai sebuah perkampungan nelayan sebelum dibangunkan sehingga memiliki 500’000 orang kepadatan penduduk. Kini Pasir Gudang merupakan kawasan perindustrian terbesar di Malaysia sekaligus menjadi penyumbang utama kepada kepesatan pembangunan negeri Johor.
Watikah pemasyuran pengisytiharan MBPG diserahkan Baginda Tuanku Sultan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad di Istana Pasir Pelangi, Johor baru pada 22 November 2020. Turut berangkat sama ke majlis tersebut ialah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

SEJARAH PASIR GUDANG
Menurut kisah yang tertulis di portal Majlis Bandaraya Pasir Gudang, suatu ketika dahulu, Pasir Gudang hanyalah sebuah perkampungan nelayan.
Pada tahun 1918 kawasan Pasir Gudang (dahulu disebut Kampung Pasir Udang) telah diterokai oleh seorang yang bernama Long Abu yang dipercayai berasal dari Riau, Indonesia. Apabila penduduk Kampung Pasir Udang semakin bertambah, kampung-kampung berikut telah didirikan:-
1. Kampung Ulu (kini limbungan baik pulih MSE)
2. Kampung Tengah (kini kawasan Tenaga Nasional Berhad)
3. Kampung Hilir
4. Kampung Sungai Perembi. Balai Polis Pasir Gudang terletak di sini.
Penduduk kampung-kampung ini terdiri dari bangsa Melayu dan sedikit Cina, kesemuanya berjumlah 83 keluarga. Kebanyakan penduduk kampung ini bekerja sebagai nelayan, petani dan buruh ladang.
Pada tahun 1920, empat buah lagi kampung telah dibuka iaitu:-
1. Kampung Air Biru (kini menjadi tapak pelabuhan).
2. Kampung Pasir Merah (kini menjadi tapak pelabuhan).
3. Kampung Pasir Puteh, masih kekal sehingga sekarang.
4. Kampung Pulau Tekong, menjadi wilayah Singapura.
Secara tidak langsung nama Pasir Udang mengalami perubahan menjadi Kampung Pasir Gudang oleh kerana di Kampung Ulu terdapat lombong pasir untuk dieksport ke Singapura. Pasir-pasir yang telah dikumpul akan dilonggokkan dengan banyaknya di suatu tempat. Bertitik dari peristiwa itu maka timbulnya nama Pasir Gudang.
Pada pertengahan abad ke 19, peneroka berbangsa Cina dari suku Teochew telah meneroka lebih jauh ke daratan melalui jalan sungai yang dipenuhi kayu bakau untuk peladang.
Kegiatan mereka akhirnya diperakukan melalui ‘surat sungai’ yang dikeluarkan oleh Sultan Johor yang membenarkan mereka membangunkan kawasan Kangkar Masai, Kangkar Plentong dan Kangkar Lunchu di bawah ketua-ketua sungai yang dipanggil Kangchu. Di tebing-tebing sungai inilah mereka mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam.
Inilah serba sedikit sejarah tentang Pasir Gudang yang memiliki sejarah panjang lebih seratus tahun lamanya. Semoga penduduk Pasir Gudang mendapat manfaat dari penaiktarafan.
Sumber: Facebook The Royal Johor & Portal Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untung 40% Bila Nak Tonton Filem Di GSC & TGV Sekarang, Ini Caranya..

Setelah Malaysia membenarkan pawagam seperti Golden Screen Cinemas (GSC) dan Tanjung Golden Village (TGV) kembali beroperasi selepas musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai peminat filem negara yang tak sabar untuk ke pawagam. Tak kurang juga yang sedikit kecewa kerana seleksi filem yang ditayangkan kini tidak bervariasi. Sikit sangat pilihan!
Namun, dengan tayangan filem Disney, Mulan bermula September ini, kita boleh menjangkakan lebih banyak filem yang dinanti-nantikan akan menemui pawagam. Inilah masa yang terbaik untuk korang layan semula filem di skrin layar lebar.
Sambil layan tu, apa kata korang buat pilihan bijak dan berjimat dengan aplikasi Klook.

Semasa tayangan perdana Mulan tempoh hari, REMAJA mendapat tahu bahawa Klook kini juga menyediakan perkhidmatan membeli tiket filem di atas talian (online). Haa, rupanya Klook bukan lagi sekadar platform untuk membeli tiket bercuti saja tau.
Menerusi kategori ‘Movies’ di dalam apps tersebut, peminat wayang boleh menikmati baucar daripada 600 buah pawagam GSC dan TGV di seluruh negara. Baucar tersebut boleh dibeli terlebih dahulu dan terpulang kepada korang bila dan di mana untuk menggunakannya. Kira macam baucar open-dated lah ni. Beli dahulu, gunakan pada bila-bila masa.
Menurut Ketua Pemasaran Klook Malaysia iaitu Emily Tan, filem Mulan menandakan permulaan servis baharu ini di Klook. Apps itu juga komited untuk menyediakan lebih banyak lagi tawaran menarik untuk peminat wayang dalam masa terdekat ini.
Cuba korang lihat perbandingan harga di antara pembelian di Klook dan pembelian di kaunter TGV dan GSC untuk filem Tenet dan Mulan ini.

Bagi peminat Mulan, kini Facebook Klook sedang melangsungkan sebuah peraduan dari sekarang hingga 20 September ini tau. Seramai 5 oang pemenang bertuah akan memenangi merchandise rasmi Mulan daripada Disney. Korang boleh mencuba nasib di SINI.
Jadi selepas ini, korang dah tau kan di mana untuk membeli tiket wayang. Layari saja klook.com dan rebut diskaun yang ada di sana.
Nak tahu pelakon Mulan, Liu Yifei dengan lebih dekat? Ini dia..
Cantik & Berbakat! Kenali Siapakah Pelakon HUA MULAN Dalam Filem Disney Baru
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demi Moore Raih Kemenangan Pertama Selepas 45 Tahun Di Golden Globes

Selepas hampir setengah abad berkecimpung dalam industri hiburan, Demi Moore akhirnya meraih kemenangan pertamanya di Anugerah Golden Globes.
Perjalanan Karier Demi Moore
Demi Moore, yang memulakan kerjayanya pada awal tahun 1980-an, telah lama dikenali sebagai salah satu wajah yang paling berpengaruh dalam dunia filem Hollywood. Dengan pelbagai peranan ikonik dalam filem seperti Ghost, G.I. Jane, dan Indecent Proposal, Moore telah menunjukkan kepelbagaian bakatnya, daripada drama hingga aksi.

Kemenangan di Golden Globes
Di Golden Globes tahun ini, Demi Moore membuktikan bakat dan kerja kerasnya diperakui apabila meraih anugerah pertama di Golden Globes bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik – Filem Komedi atau Muzikal, pagi ini.
Moore atau Demi Gene Moore, 62, tidak menyangka mampu menundukkan pesaingnya, Amy Adams, Cynthia Erivo, Karla Sofia Gascon, Zendaya dan Mikey Madison menerusi filem The Substance.
Pernah Diherdik
Bintang terkenal Amerika itu turut membuktikan kemampuannya sebagai pelakon selepas pernah diherdik seorang penerbit di awal penglibatan dalam industri seni.

“Saya tak menyangka dan masih terkejut. Sudah 45 tahun saya jadi pelakon tetapi ini kali pertama saya menang.
“Dengan rendah hati saya sangat teruja. 30 tahun lalu ada seorang penerbit cakap saya cuma aktres bertih jagung.
“Ketika itu, saya fikir tak patut digelar begitu. Saya boleh buat filem berjaya dan meraih banyak wang tetapi saya tak diiktiraf,” katanya semasa menerima trofi di Hotel The Beverly Hilton, Los Angeles.
Dalam ucapan kemenangannya, Moore menyatakan rasa terima kasih yang mendalam kepada keluarganya, rakan-rakan dalam industri, dan para peminat yang telah menyokongnya sepanjang karier.
“Ini bukan hanya kemenangan bagi saya, tetapi bagi semua wanita di industri ini yang terus berjuang dan menunjukkan bahawa kita kuat, relevan, dan penting pada setiap usia,” kata Moore dengan penuh emosi.
Untuk info, sebelum ini Moore pernah tercalon untuk anugerah Golden Globe 1991 menerusi filem Ghost dan If The Walls Could Talk pada edisi 1997.
BACA LAGI : Menang 2 Anugerah di Golden Globe Awards 2020, 1917 Antara Filem Wajib Tonton Tahun Ini
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

