
Januari 2019 hampir berlalu, bagaimana dengan resolusi 2019 korang? Masih on track atau dah kelaut? Hehe… Personaliti korang mencerminkan pencapaian resolusi korang. Jangan push sangat nak kejar cita-cita tu, kita chill-chill je. YOLO kan?!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Finalis Hero Remaja Bergelar Cool Daddies! Mirip Tak Muka Anak?

Jika diimbas semula zaman permulaan mereka dalam industri seni sebagai finalis Pencarian Hero Remaja, tak sangka mereka ini sudahpun bergelar ayah, abah, papa, abi dan daddy!
Seawal era 90-an ketika finalis seperti Ar. Azhar Sulaiman, Esma Daniel dan Badrul Muhayat menyertai Hero Remaja 1990/91, mereka masih berusia belasan tahun mahupun awal 20-an.
Memasuki tahun 2020 , masing-masing semakin hebat dengan jalan karier sendiri dan memiliki keluarga bahagia.
Jom kita lihat senarai cool daddies daripada keluarga Hero Remaja. Agak-agak ada tak di antara hero lain yang akan mengikut jejak langkah mereka ini sebagai ayah tak lama lagi? Ahem!
Azhar Sulaiman
Sebagai salah seorang alumni Hero Remaja sulung, cahaya mata Azhar Sulaiman adalah di antara yang telahpun menamatkan zaman persekolahan dan kini menginjak ke usia remaja yang lebih berdikari.
Tiga orang anak ‘Abang Har’ yang sentiasa mencuri perhatian netizen di media sosial ialah Kasih Leia Ixora, 21 dan anak kembarnya, Kasih Iris Leona serta Andika Rees Pahamin.
Gelagat dan telatah Azhar yang kerap juga melakukan cameo di media sosial mereka membuatkan netizen tercuit dengan anak-beranak fun & happening ini. Selepas menerima keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM, Rees dan Leona bersetuju untuk melanjutkan pengajian mereka dalam bidang undang-undang.



.
.
Esma Daniel
Juara pencarian Hero Remaja 1990/1991 ini pernah mengakui berdepan dengan kemurungan setelah perkahwinan keduanya menemui jalan buntu, beberapa tahun lalu.
Lantas, Esma banyak bergantung kepada anak sulungnya untuk kembali positif dan ceria. Secara totalnya, Esma memiliki 6 orang anak dari perkahwinan pertama dan 2 orang anak dari perkahwinan kedua.
Hingga ke hari ini, Esma masih aktif melibatkan diri dalam aktiviti fitness di gimnasium hasil ajakan anaknya itu yang merupakan jurulatih kecergasan. Pada mulanya ia sekadar untuk melepaskan tekanan. Lama-kelamaan, Esma mula meminati gaya hidup yang lebih sihat ini.
Esma juga semakin aktif melibatkan diri dengan projek seni baharu sepanjang tahun ini.


.
.
Norman Hakim
Seperti yang ramai ketahui, keluarga Norman Hakim pernah berdepan pelbagai cabaran. Namun selepas semakin matang, Hero Favourite 1993/1994 ini berjaya untuk membentuk sebuah keluarga yang cukup ceria dan bahagia.
Walaupun perhubungan dengan 3 orang anaknya daripada perkahwinan pertama pernah terputus akibat perpisahan dengan isteri pertama, Abby Abadi, Norman mengambil jalan membuang ego, berusaha dan sentiasa berdoa untuk kembali rapat dengan anak-anaknya.
Menerusi perkahwinan dengan Memey Suhaiza pada tahun 2011 pula, Norman telah dikurniakan 3 lagi orang anak.
ARTIKEL BERKAITAN : “Papa Tak Pernah Minta..” Anak Teruna Norman Hakim Hulur Untung Niaga Sebelum SPM – REMAJA


.
.
Ammar Alfian
Kehidupan peribadi finalis Hero Remaja 2007/2008 ini agak bergelora pada tahun 2020 apabila dia berhadapan dengan kes penceraian dengan isterinya semasa mereka sedang menantikan kelahiran anak sulung Ammar.
Pelakon yang pernah membesar di Amerika Syarikat itu enggan lagi berperang bagi mendapatkan hak penjagaan anaknya, Kyro Shakur yang kini berusia dua tahun.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ini, Ammar berkongsi bahawa dia sedang melakukan perkhidmatan mengangkat barang, menghantar barang dan membuang barang kepada mereka yang memerlukan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Servis tersebut boleh dicari di aplikasi Go Getter.

.
.
Zed Zaidi
Demi kelangsungan isteri dan anak-anaknya, Presiden Seniman, Zed Zaidi, 39 sangup berbuat apa saja termasuklah berniaga makanan.
Zed dikurniakan dengan seorang anak lelaki, Ryan Ziqry dan terbaru, menerima sepasang anak kembar pada bulan Jun tahun lalu. Dia mengakui terkejut dengan kehadiran kembar ini kerana dalam sejarah keluarga mereka, tiada anak kembar pernah dilahirkan. Justeru, Zed menganggap ia sebagai rezeki setelah tujuh tahun menanti kelahiran mereka.




.
.
Fizo Omar
Siapa yang mahukan perkahwinan mereka berakhir dengan perpisahan. Namun itu nasib yang perlu diterima oleh Naib Juara Hero Remaja 2007/2008 apabila berpisah dengan bekas isterinya, Mawar Karim.
Sehingga kini, Fizo dan Mawar masih mengekalkan hubungan baik demi kebahagian anak tunggal mereka berdua, Wan Maryam yang berusia empat tahun. Mereka menjalankan tanggungjawab masing-masing demi melihat Maryam bahagia.



.
.
Saharul Ridzwan
Siapa sangka, pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2011/2012 ini merupakan salah seorang hero yang memiliki sehingga 2 cahaya mata berbanding rakan-rakan finalisnya yang lain.
Setelah dikurniakan anak sulung lelaki bernama Muhammad Luth Ali, 3, Saharul dan isterinya selamat menerima cahaya mata perempuan, Fateema Azzahra pada bulan Jun lalu. Saharul percaya kehadiran anak adalah pembuka jalan rezeki dan memberinya semangat untuk terus bekerja keras. Kini dia kembali melakukan comeback menerusi slot drama televisyen.



.
.
Hafidz Roshdi
Sesuatu yang cukup magikal berlaku tahun ini apabila finalis termuda daripada pencarian Hero Remaja 2011/12 ini menerima kelahiran anak kedua, Umar pada tarikh yang sama dengan kelahiran anak sulungnya, Humairah pada tahun 2017.
Pelakon berusia 26 tahun itu masih kekal menjadi ‘wajah pilihan televisyen’ apabila terus membintangi drama demi drama di pelbagai saluran. Antara yang terbaru ialah drama Rahimah Tanpa Rahim. Bagi Hafidz, watak utama bukan lagi menjadi satu keutamaan asalkan setiap tawaran yang diberikan memberi impak untuk karier seninya.



.
.
Fattah Amin
Penulis pasti, satu Malaya teruja melihat puteri sulung Fattah Amin dan Nur Fazura, Nur Fatima Aisya untuk membesar.
Biarpun tidaklah berkongsi mengenai Fatima secara keterlaluan pada setiap hari, Fattah masih kadangkala menyiarkan video atau foto Fatima di media sosialnya. Mengimbas semula detik kelahiran Nur Fatima, Fattah berada dalam dewan bersalin bersama Fazura dan mengaku air matanya terus mengalir selepas mendengar tangisan anaknya.
ARTIKEL BERKAITAN : “Memang Muka Daddy!” #Fattzura Kongsi Foto Pertama Wajah Anak, Fatima – REMAJA


.
.
Wan Shahlim
Tidak terlalu terbuka apabila bercakap mengenai anaknya, Wan Shahlim yang selalu dapat ditonton menerusi iklan komersil tempatan lebih gemar jika kehidupannya sekeluarga jauh daripada perhatian media.
Bagaimanapun, Wan Shahlim yang kini dikurniakan 4 orang cahaya mata comel bahagia dengan telatah mereka yang masih kecil dan semakin aktif. Menariknya, anak bongsunya dilahirkan pada tarikh hari kelahiran Hero Remaja 1997 ini.


Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
FamilyMart Nak Bagi ‘Rewards’, Aiskrim Strawberi Percuma Buat Januari Baby!

Setiap kali Familymart membuat promosi, sudah pasti ramai yang excited dan tidak melepaskan peluang untuk turut sama ‘beratur’ di kedai serbaneka dari Jepun ni.

Satu lagi berita baik yang korang kena tahu, Familymart sekali lagi melakukan promosi ‘gila’ dengan menawarkan promosi ais krim perisa Strawberi secara percuma buat korang yang lahir pada bulan Januari atau januari baby!

Bukan itu sahaja, perisa strawberi ini juga ditawarkan dalam bentuk minuman dan juga aiskrim sundae.
Jadi macam mana nak dapatkan aiskrim percuma ni?

Muat turun aplikasi FamilyMart di smartphone anda dan pastikan daftar sebagai ahli.

Pergi ke bahagian “rewards”, dan pastikan anda pilih birthday voucher. Dah habis tu, anda boleh tebus di mana-mana kaunter FamilyMart.
Kalau tak lahir bulan Januari boleh tebus ke?

Jika anda bukan seorang January baby, jangan risau, anda masih boleh mendapatkan aiskrim dengan harga RM2.90 sahaja. Masih berbaloi jika dibandingkan dengan aiskrim jenama lain.

Ayuh, apa lagi guys. Jom serbu cawangan Familymart yang terdekat esok. Hm, tapi KLIA dan Genting Highland tak ada promotion ni k..
Selamat Mencuba…Hiks!
Sumber : Facebook Familymart Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Eda Ezrin Bangkit Dengan Single Terbaru, Kini Sedia Jadi Usahawan

Penyanyi sensasi yang popular menerusi lagu ‘Bae Sobar Bae’, Eda Ezrin dijangka kembali aktif dalam dunia seni pada minggu depan selepas hampir dua minggu meluangkan masa bersama keluarga dan kemunculannya bakal dimulakan dengan penggambaran muzik video untuk single terbarunya.
Menurut laporan media tempatan, sejak dibebaskan dari Penjara Narathiwat pada 7 Ogos lalu, Eda atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail (30) telah menerima banyak tawaran persembahan dari Kuala Lumpur, Johor dan beberapa negeri lain. Namun begitu, buat masa ini, beliau lebih selesa untuk membuat persembahan di negeri kelahirannya.
“Saya masih belum bersedia untuk bergerak jauh bagi sebarang persembahan, terutamanya di luar Kelantan,” katanya.

Difahamkan, temubual beliau baru-baru ini juga menandakan penampilan pertama secara bersemuka dengan pihak media selepas pembebasannya serta kehadirannya nyata dinanti-nantikan peminat yang merindui suara dan persembahannya.
Selain menghidupkan semula kerjaya seni, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan dengan restu suaminya.
“Suami saya akan menemani saya bukan sahaja ketika membuat persembahan, malah turut bersama saya dalam perjalanan perniagaan nanti,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Eda, suami dan empat individu lain dibebaskan pada awal Ogos selepas ditahan lebih sembilan bulan di Thailand. Kesemua mereka ditahan pihak polis Sungai Golok pada 1 November tahun lalu dalam satu serbuan hotel yang turut merampas 6,059 pil Yaba.
Walaupun Mahkamah Wilayah Narathiwat pada Mac lalu membebaskan mereka daripada pertuduhan, pihak pendakwa raya Thailand memfailkan rayuan sehingga memanjangkan penahanan Eda dan rakan-rakan selama enam bulan.
Namun, selepas pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti tambahan sehingga hari terakhir penahanan pada 6 Ogos lalu, mahkamah akhirnya membebaskan Eda Ezrin, suaminya serta empat lagi individu terbabit. Kini, penyanyi itu kembali dengan semangat baru untuk meneruskan kerjaya seni dan kehidupan peribadinya.
Sumber: Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

